MELUR UNTUK FIRDAUS 2 EPISOD 3 TV3

MELUR UNTUK FIRDAUS 2 EPISOD 3 TV3 Disebabkan mendapat sambutan yang menggalak kan pada musim pertama Melur untuk Firdaus, TV3 membuat keputusan untuk melanjutkan drama bersiri ini untuk musim kedua. Drama Melur Untuk Firdaus 2 bersiaran pada 16 March 2023 dengan 35 episod.

MELUR UNTUK FIRDAUS 2


Tarikh Tayangan: 16 Mac 2023, Khamis-Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hasan

Pengarah: Zamri Zakaria & Arield Mohd Rifin

Produksi: A-Ten Alliance Sdn Bhd

Pelakon Melur Untuk Firdaus 2


Meerqeen sebagai Firdaus

Anna Jobling sebagai Melur

Eyka Farhana sebagai Mawar

Azim Yusof sebagai Zack

Fimie Don sebagai Haris

Sabrina Sharleen sebagai Rania

Kuza sebagai Kamariah

Azhar Amir sebagai Kamaruzzaman

Haleeda Mazlin sebagai Rohana

Zainol Ismail sebagai Nasaruddi
n

Hani Nazrina sebagai Lili

Hairi Safwan sebagai Zain

Qaseh Qhairiena sebagai Damia

Taib Zamannuri sebagai Raikal

Tengku Tieya sebagai Nana

Melur Untuk Firdaus Episod 3 TV3

Mawar yang tergaman menoleh kebelakang. Dia melihat Firdaus. Firdaus terus memberitahu Mawar bahawa bajunya koyak  dan terus berlalu pergi. Mawar tersenyum sendiri mengingatkan Firdaus. Baginya Firdaus lelaki yang gentleman. 

Firdau dan Raikarl masih menunggu Mawar. Tuan Idrus meminta maaf pada Firdaus dan Raikarl kerana Mawar masih belum muncul seperti yang dijanjikan.Tuan Idrus sangat suka kan  Raikarl. 


Mawar tiba-tiba muncul. Firdaus tergamam kerana wanita yang dibantu tadi adalah Mawar. Tuan Idrus memperkenalkan mawar pada Raikarl dan Firdaus.  Mawar tidak menyangka rupanya dia dapat bertemu firdaus lagi. Dia tersenyum gembira.

Rohana gembira melihat barang-barang yang dibeli oleh Melur untuknya tadi. Suaminya merasakan melur hanya ingin membodek Rohana. Rohana mengatakan yang melur hanya ingin membahagiakan mertua. Rohana menghulurkan barang yang dibeli pada suaminya. Dia memberitahu barang tersebut dibeli Oleh Melur. Suaminya membuka bungkusan tersebut dan mengatakan dia tidak teruja dengan hadiah Melur sambil menggayakan baju ke tubuhnya.

Ketika sedang makan bersama Mawar berterima kasih kepada Firdaus  kerana membantunya diluar tadi. Mawar lebih berminat pada Firdaus berbanding Raikarl .


Melur mengejutkan suaminya bangun menunaikan solat subuh. Firdaus pulang agak lewat malam tadi. Dia agak mamai untuk bangun. Melur mengejutkan Firdaus sekali lain. Tiba-tiba firdaus tersasul dan menyebut nama Mawar. 

Wajah melur berubah dan bertanya siapakah Mawar. Firdaus terus terjaga dari tidur dan dia memikirkan apa yang harus di jjawab. Dia mengelak dan mengatakan yang dia menyebut "melur lawa' supaya isterinya tidak mengesyakinya.

mawar bersiap untuk ke pejabat. Dia melihat blazer yang diberikan Firdaus semalam. Dia tersenyum sendirian sambil memasuk kan blazer tersebut kedalam bag kertas. Dia ingin memulangkan blazer tersebut pada firdaus.

Pagi itu Melur masuk ke bilik untuk melihat note board . dia ingin melihat apa pesanan yang ditinggalkan firdaus untuk nya. Firdaus memberitahu dia tidak sempat kerana pagi ini dia mempunyai meeting. Melur sempat bertanya dimana blazer yang dipakai suaminya semalam.Firdaus menipu dengan mengatakan da meninggalkan nya di pejabat.

Ketika bersarapan Tuan Idrus memuji Mawar kerana bangun awal dan bersarapan bersama. Tuan Idrus bertanya pada Mawar tentang Raikarl. Mawar tak mahu berbual lama dengan ayahnya dan terus bangun. Tuan Idrus tahu sikap anaknya akan berubah selepas mengenali Raikarl nanti.

Di pejabat Raikarl mengajak Mawar makan. Firdaus bergegas keluar . Mawar agak kecewa kerana Firdaus tak banyak berbual dengan nya. Dia terus menolak pelawaan Raikarl untuk makan bersama.

Kamariah dan suaminya sedang makan bersama. Kamariah mengadu tetang hj Din yang menghantar pesaan suara agar Melur mengandung cepat. Kamarul sangat marah dengan sikap Hj Din. Suaminya menceritakan  satu hari ketika berada di Masjid  Kamaruz terserempak dengan Hj Din. Hj Din masih lagi membangkitkan isu Melur yang tidak mengandung. Ayah melur sangat tak selesa membincangkan perkara tersebut dengan Hj Din. Dia bergegas meminta diri untuk pulang dan meninggal 

Kamariah yang mendengar sangat terkejut kerana dia tidak menyangka Hj Din tergamak bertanya tentang perkara tersebut pada suaminya. Mereka berdua sangat kasihan dengan nasib Melur.

Mawar bosan berada di pejabat kerana dia langsung tak paham apa-apa tentang kerja nya. Tambahan pula dia asyik teringatkan Firdaus. Mawar keliru dengan perasaan nya. Dia tahu dia tak boleh menyukai Firdaus kerana dia sudah tidak percaya dengan lelaki. Tapi dia asyik teringatkan Firdaus.

Mawar berjumpa dengan Firdaus. Dia fikir dia mahu memulangkan blazer Firdaus. Tapi dia berubah fikiran dan mengajak Firdaus berbincang tentang kerja. Waktu Firdaus menerangkan tentang projek, Mawar hanya memerhatikan Firdaus. 

Melur dan Firdaus berjumpa di Mall. Ketika sedang berbual dengan Haris , tiba-tiba Hj Din muncul di depan mereka dan menengur melur. Melur terkejuy kerana dia tidak menyangka ayah mertua nya ada di situ..

bersambung...


Catat Ulasan

0 Ulasan