ADAKAH NESTUM SESUAI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

ADAKAH NESTUM SESUAI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN | Bila dah datang semangat nak turunkan berat badan tentu ada makanan yang kita singkirkan dan ada yang  perlu untuk di tambah dalam menu diet harian. Salah satu yang paling mudah dan kerap di pilih ialah Nestum. Tapi sesuaikah nestum dijadikan menu untuk kurangkan berat badan?

Nestum untuk diet


Sebelum tu kena tahu apa kandungan yang terdapat dalam Nestum. Satu amalan yang patut di lakukan jika nak mula turunkan berat badan ialah memeriksa kandungan bahan dan nutrisi didalam produk yang akan kita ambil. Di bahagian belakang packaging akan tertera kandungan nutritional facts sebagai rujukan. 

Berikut adalah nutrition facts pada produk nestum.

Serving Size: 1 serving
Serving Weight: 25g



Nestum untuk diet
Dalam setiap proses menurunkan berat badan , perkara paling penting sekali ialah mengurangkan pengambilan karbohidrat dan menyingkirkan gula. 

BACA: ORANG KEDEKUT SERING MERASA STRESS

Jika dilihat pada jumlah karbohidrat dalam nestum mengandungi 19g hanya untuk 25g nestum. 25g untuk satu hidangan nestum belum cukup untuk mengenyangkan kita.

Untuk wanita dewasa kita memerlukan sekurang-kurangnya 100g nestum untuk berasa kenyang. 100g nestum sudah mengandungi 1900g carb. Jumlah yang cukup tinggi.

Bayangkan jika kita makan nestum untuk 3 kali sehari. Jumlah nya sudah melebihi 5000g carb.

Lihat pula kandungan gula dalam nestum. Untuk 25g nestum mengandungi 3.3g gula. Jumlah yang cukup tinggi untuk pengambilan gula sebanyak 3 kali sehari.

Nestum untuk diet



Anda mungkin menjadikan nestum hanya untuk sarapan. Untuk tengahari dan petang anda memilih menu yang berbeza. Namun kandungan gula dalam nestum yang diambil ketika sarapan pasti membuatkan diet anda akan menjadi sia-sia.


Kemudian lihat pulak bahan sampingan yang ditambah didalam nestum anda. Adakah mengandungi kacang, kismis, buah-buahan atau pun produk tenusu? Setiap bahan yang diletak kan di dalam nestum anda juga mengandungi carb dan gula yang perlu di perhatikan.

Kemudian beralih pula pada jumlah kalori yang anda ambil. Jumlah kalori untuk seorang wanita yang aktif seharian ialah 1500 kalori setiap hari. Manakala bagi lelaki yang aktif setiap hari jumlah kalori untuk lelaki yang patut mereka kawal ialah tidak lebih 2500 kalori.

Sedangkan dalam 25g nestum mengandungi 90.8 kcal. Jika anda mengambil 100g nestum jumlah kalori adalah melebihi 300 kcal. Jika anda hanya makan nestum 3 kali sehari yang dibancuh dengan air kosong tanpa menambah apa-apa bahan lain jumlah kalori adalah melebihi 1000kcal. Tapi mampukah anda bertahan seharian dengan nestum sahaja??

Dah tentu tidak. Anda akan craving dengan makanan-makanan lain dan ini akan memusnahkan program diet anda.

Adalah lebih baik jika anda pelbagaikan makanan dalam menu diat anda. Pastikan mengandungi sayuran hijau, ayam,ikan dan daging yang mencukupi dan jumlah karbohidrat yang terkawal agar anda cukup kenyang dan tidak craving dengan makanan lain yang boleh merosak kan diet anda.

Catat Ulasan

0 Ulasan