THE HEAVENLY IDOL

THE HEAVENLY IDOL |Drama: The Heavenly Idol (English title) / Holy Idol (literal title)

Revised romanization: Sungseuryeowoon Idol

Hangul: 성스러운 아이돌

Director: Park So-Yeon, Lee So-Yoon

Writer: Shin Hwa-Jin (web novel), Lee Cheon-Geum

Network: tvN

Episodes:

Release Date: February 15, 2023 --

Runtime: Wed. & Thur. 22:30

Language: Korean

Country: South Korea

the heavenly idol


Review The Heavenly Idol Kdrama 

Drama genre fantasy memang kegemaran aku. Mungkin aku stress dengan realiti kehidupan sebab tu aku suka kan dunia khayalan dan fantasy. Nampak agak tak matang kan? Tapi kesah apa aku.  


Drama ni ditunggu-tunggu peminat Kim Min Kyu. Selama ni asyik tengok dia pegang watak sampingan je. kali ni dia pegang watak utama sebagai Pontifex Lembrary, Seorang yang mempunyai kuasa yang abadi. Kiranya macam dewa yang mampu membunuh syaitan dan kejahatan. Pontifex adalah gelaran yang diberikan dalam agama mereka.

the heavenly idol



Sesuai la dengan muka kacak tapi sombong tu. Kalau dah punya kuasa yang hebat tak kan lah wajah biasa-biasa. Mestilah kacak. . Bab lakonan aku tak nak komen sebab dia memang dah berpengalaman belakon banyak drama2 trending walaupun hanya watak sampingan. 

Drama ni ada versi webtoon tapi ada watak dan babak yang tak sama dalam webtoon. Jadi jangan tinggi sangat harapan nya.. Cuma yang aku boleh katakan drama ni kelakar dan cukup menarik cuma jalan ceritanya klise. Baru masuk episod ke 2 sehingga artikel ni di tulis,  dan masih banyak watak belum berkembang.


Kalau nak tengok babak-babak lucu boleh la layan drama ni. Tapi kalau korang suka kan drama aksi dan pertarungan hebat, dendam dan penuh dengan dunia gelap, aku tak rasa drama ni sesuai untuk korang sebab drama ni bukan macam tu. Ianya cuma drama lucu dunia artis idol tapi diselitkan dengan genre fantasy.

Where to watch this kdrama? Korang boleh tonton drama ni di aplikasi VIU dan TVN (astro 395). 

Sinopsis The Heavenly Idol

Ketika sedang bertarung dengan syaitan, Pontifex Lembrary tiba-tiba sahaja masuk ke dunia yang berbeza dan bertukar tubuh dengan seorang penyanyi kumpulan idol, Woo Yeon-Woo . Dunia yang sangat asing baginya itu membuatkan dia begitu terdesak untuk kembali kedunia asalnya.

the heavenly idol



Dia terpaksa melalui kehidupan seperti penyanyi idol yang baru ingin memulakan kerjaya. Tinggal di asrama kecil, tak boleh makan sembarangan dan menghadapi  wartawan dan media .

Perubahan sikapnya yang ketara membuatkan rakan-rakannya fikir dia tidak sihat dan hilang ingatan. Agensi nya juga menghadapi masalah dengan sikapnya. Namun seorang peminat nya ,Kim Dal menyedari tingkah lakunya yang aneh dan percaya lelaki yang selama ini diminatinya bukan lah Woo Yeon-Woo yang sebenar.


Kim Dal kemudian nya berusaha membantu Pontifex lembrary agar mendapatkan kembali ingatan dan menjalani kehidupan normalnya. 

Pontifex Lembrary berjaya berhubung dengan Woo Yeon Woo. Namun Woo Yeon Woo tidak mahu kembali ke dunia idol. Dia lebih seronok didunia barunya. Mereka kemudian nya membuat perjanjian bahawa jika pontifex Lembrary berjaya menaik kan nama kumpulan idol baru lah Woo Yeon Woo setuju untuk pulang kedunia dan mengembalikan tempat pontifex Lembrary.

the heavenly idol


The Heavenly Idol Kdrama Cast

Kim Min-Kyu - Pontifex Lembrary / Woo Yeon Woo

Go Bo-Gyeol - Kim Dal

Lee Jang-Woo - Shin Jo Woon

Ye Ji-Won - Im Sun Ja

Hong Seung-Bum - Choi Jung Seo

Shin Myung-Sung - Hwang Tae In

Choi Jae-Hyun - Cash

Catat Ulasan

0 Ulasan