REVIEW DAN SINOPSIS : THE GLORY KDRAMA SEASON 1

REVIEW DAN SINOPSIS : THE GLORY KDRAMA SEASON 1| Kdrama yang disiarkan di Netflix dengan 8 episod ini menampilkan Song Hye Kyo sebagai watak utama. Drama ini bersiaran sejak 30 Disember 2022 . The Glory diarahkan oleh Anh Gil Ho dan ditulis oleh Kim Eun Sook yang juga penulis untuk drama Descendants Of The Sun. The Glory menjadi Kdrama paling ramai di tonton disiaran Netflix dan menduduki tangga ke 5 diperingkat antarabangsa.

The Glory


Percubaan Song Hye Kyo membawakan watak yang berbeza dengan watak-watak dalam drama sebelum ini dikatakan berjaya membuatkan drama ini menjadi Kdrama paling ramai ditonton. Ramai yang tidak menyangka Son Hye Kyo mampu membawatakan watak antagonis. Malah ada yang mengharapkan selepas ini Song Hye Kyo mendapatkan tawaran untuk watak-watak melibatkan aksi dan pertarungan.

Review The Glory

Bagi aku The Glory Kdrama ni memang cukup menarik. Drama pembalasan dendam memang ramai peminatnya. Mungkin sebab penonton akan berasa puas apabila pelaku mendapat balasan satu persatu keatas mereka.

Tapi setiap drama yang nak ditonton di Netflix ni , korang kena tarik nafas dulu la . Memang banyak babak-banyak dewasa yang tak sesuai untuk tontonan umum. 

The Glory


Yang keduanya tentang watak Joo Yeo Jeong yang dipegang oleh Lee Do Hyun. Bila digandingkan dengan Song Hye Kyo, baru nampak Song Hye Kyo sedikit berusia. Jelas nampak jurang usia mereka ni. Tapi aku tetap suka gandingan mereka ni. Lee Do Hyun nampak matang dengan sikap gentleman nya tu. Jadi gandingan mereka ni nampak serasi.

BACA:REVIEW DAN SINOPSIS : UNDER THE QUEEN'S UMBRELLA 

Selain jalan cerita, aku percaya gandingan 2 pelakon kegemaran ramai ni juga membuatkan drama ni berjaya. Sebelum drama ni disiarkan ramai yang tak yakin dengan gandingan 2 pelakon ni disebabkan jarak usia yang terlalu jauh.

Plot drama ni agak sedikit laju. Mungkin sebab drama ni cuma 8 episod untuk musim pertama. jadi ada sebab mengapa penulis jadikan drama ni sebegini. Contohnya, di episod terakhir, rasa macam terlalu mudah Moon Dong Eun mendedahkan niat sebenarnya pada Ha Do Yeong.

Untuk penceritaaan , drama ini agak realistik terutamanya cara Moon Dong Eun membalas dendam. Tak memerlukan dia untuk bertarung. Hanya dengan sedikit trick dan helah dia berjaya mengkucar kacirkan kehidupan pelaku yang pernah membulinya.

Penulis drama ni juga mungkin dah belajar dari kesilapan sebelum ni. Dalam drama Descendant Of The Sun , skrip nya dikritik terutamanya dihujung drama yang memasuk kan banyak babak-babak2 yang tak penting. Tapi untuk The Glory, aku boleh katakan drama ni sangat memuaskan dan dia memberi apa yang kita patut tonton sahaja.

Tak sabar nak tunggu The Glory Season 2 yang dikatakan akan disiarkan March 2023. Where to watch The GLory Season 2? The Glory season 2 akan kembali menemui korang di netflix pada march depan

The Glory


Sinopsis The Glory

Moon Dong Eun seorang pelajar yang sering dibuli. Pembulinya bukan sahaja mengganggu mental Moon Dong Eun, malah turut mencederakan fizikalnya hingga meninggalkan parut yang kekal di seluruh tubuhnya. Seperti mana kekalnya parut-parut tersebut begitu juga lah rasa benci dan dendamnya terhadap 5 pelajar yang membulinya. Ianya kekal sehingga menjadi impian Moon Dong Eun, hidupnya hanya untuk membalas dendam terhadap mereka.

Dia kemudian nya berhenti sekolah dan bekerja sambil belajar. Keputusan nya yang baik membuatkan dia diterima masuk ke universiti perguruan. Dalam masa yang sama dia tetap mengikuti kehidupan pembuli-pembuli nya. 

Moon Dong Eun diterima mengajar di sebuah sekolah dimana anak salah seorang pembuli belajar. Tujuan nya adalah untuk mendekati mereka. Kemunculan Moon Dong Eun berjaya membuatkan kehidupan 5 pembuli tersebut kucar kacir .

The Glory


 The Glory Cast

Song Hye Kyo

Lee Do Hyun

Lim Ji Yeon

Yum Hye Ran

Park Sung Hoon

Jung Sung Il

Kim Hieora

Cha Joo Young

Kim Gun Woo


Catat Ulasan

1 Ulasan