MELUR UNTUK FIRDAUS 2 TV3 EPISOD 2

MELUR UNTUK FIRDAUS 2 TV3 EPISOD 2 | Disebabkan mendapat sambutan yang menggalak kan pada musim pertama Melur untuk Firdaus, TV3 membuat keputusan untuk melanjutkan drama brsiri ini untuk musim kedua. Drama Melur Untuk Firdaus 2 bersiaran pada 16 March 2023 dengan 35 episod.

MELUR UNTUK FIRDAUS MUSIM KE 2



Tarikh Tayangan: 16 Mac 2023, Khamis-Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hasan

Pengarah: Zamri Zakaria & Arield Mohd Rifin

Produksi: A-Ten Alliance Sdn Bhd

Pelakon Melur Untuk Firdaus 2


Meerqeen sebagai Firdaus

Anna Jobling sebagai Melur

Eyka Farhana sebagai Mawar

Azim Yusof sebagai Zack

Fimie Don sebagai Haris

Sabrina Sharleen sebagai Rania

Kuza sebagai Kamariah

Azhar Amir sebagai Kamaruzzaman

Haleeda Mazlin sebagai Rohana

Zainol Ismail sebagai Nasaruddi
n

Hani Nazrina sebagai Lili

Hairi Safwan sebagai Zain

Qaseh Qhairiena sebagai Damia

Taib Zamannuri sebagai Raikal

Tengku Tieya sebagai Nana


Melur Untuk Firdaus 2 Episod 2

... Firdaus muncul dari belakang. Melur terkejut dan memarahi Firdaus kerana menakutkankan. Firdaus memberitahu dia ingin membuat kejutan untuk melur. 
Firdaus bertanya mengapa Melur kelihatan takut semsa diluar. Melur menceritakan tentang kaklong kepada Firdaus .

Tuan Idrus melihat Mawar sedang mengemas pakaian nya., Mawar memberitahu da ingin ke London. Tuan Idrus sangat marah kerana Mawar bersikap keanak-anakan. Mawar hanya ingin menenangkan fikirannya. Tan idrus megatakan dia tidak mahu memberi wang kepada mawar lagi. Tuan Idrus sangat berang ekerana Mawar seorangyag tidak bertanggungjawab.


Mawar menuduh mak tirinya menghasut Tuan Idrus. Tan Idrus meminta Mawar menghormati ibu tirinya. Jika Mawar berdegil dia tidak akan mempedulikan mawar lagi. Mawar kecewa kerana niatnya untuk ke luar negara dihalang tuan Idrus.

Melur mendapat pesanan dari Haris. Melur sangat gembira dan mengajak Haris keluar. Haris menolak kerana dia sangat sibuk. Melur kecewa kerana dia sudah lama tidak bertemu haris.

Melur berjalan di taman permainan. Dia melihat kanak-akank yang bermain disitu. Jauh disudut hatinya dia ingin menimang cahaya mata. Dia memujuk dirinya sendiri. Dia tahu semua ini ada hikmah dari Nya.

Dia teringat pernah Firdaus meminta Melur tidak risau tentang walidnya yang asyik bertanya tentang anak.

Sedang Melur menulis di laptopnya muncul Haris secara tiba-tiba. Melur sangat gembira. Bagi Melur Haris adalah sahabat sejatinya yang sentiasa ada disisinya. 


Walid melihat Rania sedang membuat rakaman video.. Dia merasakan apa yang Rania lakukan hanya membuang masa. Dia juga berniat mencarikan jodoh untuk Rania. Rania membantah kerana dia mahu mencari jodohnya sendiri. Bukan calon yang dipilih walidnya., Walid menuduh Rania mengikut perangai Melur yang kuat melawan.

Raikarl memberitahu Firdaus yang malam ini mereka akan bertemu Tuan Idrus dan Mawar. Firdaus risau kerana dia sudah berjanji dengan Melur untuk makan bersama. Raikarl mengingatkan Firdaus perbincangan mereka malam ini mungkin akan mengambil masa yang lama.

ketika Lili sedang sibuk diruang kerjanya dia ,mendengar bunyi aneh. Dia risau jika Zain muncul disitu. Perlahan-lahan Lili ke dapur dan mencapai pisau. Dia menjenguk pintu dan mendapati ia hanya seekor kucing. Lili tidak dapat menahan kerisauan dan trauma.

Firdaus dan melur sedang makan bersama . Firdaus bertanya Melur jika Melur tidak kisah berjauhan memandang kan firdaus akan sibuk dan tidak dapat meluangkan masa untuk Melur. Melur mengatakan dia risau namun dia tetap berbangga dengan Firdaus yang semakin berjaya dalam kerjayanya.

Melur sempat meluangkan masa membeli belah dengan bonda dan ibu mertuanya. Walid sempat menghantar pesanan suara untuk Rohana spupaya menasihati Melur supaya cepat mengandung. Melur dan Bonda sempat terdengar pesanan suara tersebut. Wajah Melur berubah kecewa. Tapi dia mahu bonda dan uminya biarkan apa sahaja yang walid mahu fikir. Namun kata-kata walid itu tetap terngiang-ngiang di telinganya. 

Mawar dalam perjalanan bertemu Firdaus Dan Raikarl. Dia sudah berniat jika perjumpaan mereka membosankan dia akan pulang sahaja. Keluar saja dari kereta , muncul 2 orang lelaki yang hanya memerhatikan Mawar. 

Firdaus yang kebetulan berada disitu menyedari 2 lelaki tersebut memandang ke arah Wanita di hadapannya. Dia terus membuka coat yang dipakai dan meletak kan di belakang Mawar. Mawar terkejut dan menoleh ke belakang. Dia tergamam melihat Firdaus...

Tonton Melur Untuk Firdaus 2 Episod 2


...bersambung...



Catat Ulasan

0 Ulasan