MELUR UNTUK FIRDAUS 2 EPISOD 4 TV3

MELUR UNTUK FIRDAUS 2 EPISOD 4 TV3 | Disebabkan mendapat sambutan yang menggalak kan pada musim pertama Melur untuk Firdaus, TV3 membuat keputusan untuk melanjutkan drama bersiri ini untuk musim kedua. Drama Melur Untuk Firdaus 2 bersiaran pada 16 March 2023 dengan 35 episod.



Tarikh Tayangan: 16 Mac 2023, Khamis-Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hasan

Pengarah: Zamri Zakaria & Arield Mohd Rifin

Produksi: A-Ten Alliance Sdn Bhd

Pelakon Melur Untuk Firdaus 2


Meerqeen sebagai Firdaus

Anna Jobling sebagai Melur

Eyka Farhana sebagai Mawar

Azim Yusof sebagai Zack

Fimie Don sebagai Haris

Sabrina Sharleen sebagai Rania

Kuza sebagai Kamariah

Azhar Amir sebagai Kamaruzzaman

Haleeda Mazlin sebagai Rohana

Zainol Ismail sebagai Nasaruddi
n

Hani Nazrina sebagai Lili

Hairi Safwan sebagai Zain

Qaseh Qhairiena sebagai Damia

Taib Zamannuri sebagai Raikal

Tengku Tieya sebagai Nana

Melur Untuk Firdaus Episod 4 TV3

Hj Din sebenarnya sudah lama memerhatikan Melur dan Firdaus yang berbuual gembira sejak tadi. Dia mula bersangka buruk dengan Melur. Dia cuba menghubungi Firdaus tapi panggilan nya tidak dijawab.

Hj Din terus menegur Melur dan memarahi Melur. Dia menuduh Melur tak pandai menjaga batasan sebagai isteri dan memalukan Firdaus dan dirinya yang bergelar haji. Dia bertanya pada Melur jika Firdaus tahu yang Melur keluar berjumpa Haris.

Haris terus menjawab yang Firdaus tahu kerana dia adalah kawan baik Firdaus. Hj Din menegur Haris dan Melur kerana Melur adalah isteri orang dan menuduh Haris tidak tahu hukum.

Tiba-tiba Ayah melur, kamaruzzaman muncul dan bertanya apa yang berlaku. Hj Din terus memberitahu anaknya , melur tak pandai jaga diri dan maruah keraa keluar berdua dengan lelaki lain.Sikap biadab Hj Din membuatkan Kamaruzzaman marah dan meminta Hj DIn berhati-hati dengan apa yang diucapkan. Hj Din tidak puas hati dan memberitahu yang kamaruzzaman sepatutnya menjaga dan mendidik Melur.

Kamaruzzaman memberitahu sebenarnya dia sendiri yang mengajak Haris dan melur berjumpa disitu. Hj Din terus menuduh kamaruzzman bersubahan dengan Melyr dn hariz . Lagipun Hariz adalah anak angkatnya. Tidak salah untuk dia bertemu dengan haris bersama-sama melur.


Melur meminta ayah dan mertuanya agar jangan bergaduh., Dia mengajak Hj Din minum bersama mereka., Tapi Hj Dn menuduh Melur sengaja ingin merasuah nya. Mendengar kata-kata Hj Din mereka meminta diir untuk pergi dan meninggalkan Hj Din sendiri. 

Hj Din Masih belum berpuas hati. Dia berusaha menelefon Firdaus semata-mata ingin mengadu tentang Firdaus.

Haris sangat kasihan dengan Melur yang terpaksa berhadapan dengan j Din. Dia tetap memberi semangat pada Melur termasuk memberi cadangan tentang buku yang Melur sedang tulis. 

Ketika Lily sedang menyiapkan kerjanya , Zain tiba-tiba muncul dan mencekik Lily. Zain sangat marah kerana lily menuntut cerai ketika dia sedang di dalam penjara. Lily menjerit. Rupanya dia hanya bermimpi.

Tanp[a lily sedar Zain sedang memerhatikan nya dari jauh....

Firdaus melihat panggilan dari ayahnya. Dia terus telefon semula  j Din. Hj Din menjawab panggilan dan terus bercakap buruk tentang Melur. Firdaus pening memikirkan Hj Din yang asyik bercakap buruk tentang melur. Dia terus meletak  telefon dan malas melayan ayahnya.

Firdaus terus menelefon Melur. ketika Melur sudah berada di talian Mawar masuk dan menegur Firdaus. Melur mendengar suara mawar. Tapi Firdaus terus meletak kan telefon. Melur Hairan dengan pa yang berlaku.

Melur sampai dirumah dan melihat Firdaus sudah ada dirumah. Firdaus terus memarahi Melur kerana lewat pulang dan keluar rumah berjumpa lelaki seperti kata Hj Din. Melur malas nak bergaduh dengan Firdaus. Dia tahu tentu Hj Din sudah mengadu tentangnya pada firdaus. Melur berlalu menuju ke dapur. Firdaus mengekori dan terus bertanya ke mana Melur pergi.

Melur memberitahu yang dia sudah menghantar pesanan pada Firdaus dan dia juga sudah menelefon Firdaus untuk keluar dengan Haris. Mendengar nama Haris Firdaus terdiam kerana dia bersangka buruk dengan Melur. 

Firdaus membuka hadiah yang dikirimkan Haris padanya. Dia menyesal kerana memarahi Melur dan termakan dengan kata-kata Hj Din.

Kamariah bergegas ingin keluar menuju ke rumah Hj Din. Dia mahu berdepan dengan Hj Din. Mujur suaminya menghalang dan memujuknya agar bertenang. 

Selepas solat, Firdaus datang pada Melur dan meminta maaf pada Melur. Tapi Firdaus mengakui yang dia masih mempunyai rasa cemburu kerana Haris seorang lelaki yang pernah mempunyai perasaan pada Melur satu ketika dlu.

Melur bertanya tentang suara wanita yang didengar ketika menelefon Firdaus tadi. tapi Firdaus mengelak dan menukar perbualan


Melur berfikir bagaimana kah cara untuk membuat hj Din berhenti bercakap buruk tentang dirinya.

Rohana menasihati Hj Din agar menjaga kata-kata terutamanya di hadapan keluarga besan nya. tapi Hj Din tetap berkeras dan merasakan tindakan nya menegur Melur dan kamaruzzaman adalah satu tindakan yang betul.

Ketika sedang makan Firdaus berbual tentang Melur mengenai Haris. Melur memberitahu yang jika Firdaus membuka syarikat sendiri tentu Firdaus lebih berjaya dari Haris. Tapi Firdaus mengakui dia rasa serik selepas di tipu dahulu. Namun Melur tetap memberikan kata semangat pada firdaus.

Dari jauh Zain memperhatikan anaknya. Dia kelihatan sangat merindukan keluarganya.

Mawar sampai awal ke pejabat namun tiada siapa yang ada di pejabat. Dia keluar semula dan terserempak dengan Firdaus yang sedang membawa sejambak bunga. Firdaus menghulurkan bunga tersebut kepada Mawar sambil mengucapkan kata-kata yang manis membuatkan Mawar tersenyum gembira

..bersambng...

Catat Ulasan

0 Ulasan