REVIEW DAN SINOPSIS : INI UTHARAM

REVIEW DAN SINOPSIS : INI UTHARAMFilem Malayalam dengan genre penyiasatan ini diarahkan oleh Sudeesh Ramachandran dan ditulis oleh Ranjith Uni. Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Aparna Balamurali , Harish Uthaman , Kalabhavan Shajohn , Chandhunadh , Siddique , Jaffar Idukki dan Siddharth Menon.

ini utharam


Muzik dalam filem ini digubah oleh Hesham Abdul Wahab . Filem ini telah diterbitkan pada 7 Oktober 2022. Selepas itu, ia mempunyai keluaran digital pada 23 Disember 2022 melalui ZEE5.

Review Ini Utharam

Filem ini mendapat banyak kritikan disebabkan filem ini dianggap biasa-biasa sahaja. Malah jalan ceritanya yang mudah dijangka diawal cerita dianggap tidak menjadi. 

Aku akui pendapat ramai yang mengatakan jalan cerita filem ini mdah dijangka seawal 30 minit filem ini bermula. Cuma aku teruskan menonton hanya untuk melihat bagaimana pelaku  dan pembunuh dihukum diakhir cerita.

ini utharam


Mungkin itu yang ingin disampaikan penulis , berbeza dengan filem lain yang ingin memberi penonton tanda tanya dan debaran hingga penghujung filem. Tapi untuk filem ini semuanya sudah dijangka. Tiada debaran dan tiada tekanan. 

Mungkin itu yang membuatkan filem ini dianggap biasa-biasa sahaja.

Walaupun begitu filem ini menarik untuk di tonton. Walaupun sudah dijangka tapi menulis sangat kreatif menimbulkan beberapa plot yang membuatkan kita terus menonton dan rasa ingin tahu tetap muncul ketika aku menonton filem ni.

Untuk aku sendiri flem ini tetap terbaik. Apa yang ingin disampaikan dalam filem ini ialah sikap berani. Tidak kira perempuan atau lelaki perlu ada sikap berani dalam menegak dan mencari keadilan. Jika ramai lagi wanita yang berani tampil ke depan dan bertindak seperti Janaki pasti jenayah dapat dikurangkan.

BACA: REVIEW DAN SINOPIS: FIR - TAMIL 2022

Sinopsis ini Utharam

Janaki seorang gadis dan mempunyai teman lelaki bernama Ashwin. Satu hari dia datang ke balai polis dan mengaku yang dia sudah melakukan pembunuhan. Pada awalnya pagawai polis tidak mempercayai Janaki. Namun campur tangan media membuatkan Polis bertindak. 

Ini Utharam


Janaki kemudian nya mendedahkan tempat dimana dia melakukan pembunuhan dan menanam mayat mangsa. Di tempat kejadian, tanah mula digali dan mangsa ditemui. Namun lebih mengejutkan lagi , mangsa kedua ditemui. Ini bermakna Janaki melakukan 2 pembunuhan.

Ditempat kejadian juga Janaki mendedahkan rakan subahatnya yang turut sama membunuh. Media dan pegawai polis lain sangat terkejut kerana nama yang disebut oleh Janaki ialah CI Karunan. iaitu seorang Inspektor dan Ketua balai Polis didaerah itu.

Pendedahan Janaki menjadi berita tergempar di India. Pagawai polis yang mengetuai sisasatan kes tersebut bukan sahaja berjaya mendedahkan pesalah yang membunuh malah ia juga berjaya membongkas kes disebalik pembunuhan tersebut.

Catat Ulasan

1 Ulasan