REVIEW DAN SINOPSIS : FIR

REVIEW DAN SINOPIS: FIR - TAMIL 2022 |Rating 9/10 Filem tamil paling best dan berbaloi untuk ditonton. Dari jalan cerita, muzik latar , aksi dan semuanya dalam filem ni korang akan suka.  Mantap oi filem macam ni. Boleh ulang tengok la . Tak sempat nak mengantuk la masa tengok citer ni. 



Dia punya babak aksi memang terbaik. Ternganga la tengok . Part sedih tu menitik jugak la air mata ghimau aku ni. 🤣 . Sedih gila masa mak dia meninggal tu. Aku bukan boleh tengok lelaki menangis. Sebak .. airmata ikhlas tu..🤭 

Aku dapat rasa akan ada FIR 2 lepas ni. Sebab ending dia tu macam tak pasti dia meninggal ke tidak. 

Plot twist memang tak sangka². Korang sendiri pun mesti takkan boleh bayangkan perkara sebenarnya terjadi dihujung² filem ni. 

Dan yang penting sekali , nak tau apa makna FIR, kena tunggu sampai habis.. 

Aku rasa filem ni tayang di masa yang sangat tepat. Disaat India memandang serong pada orang² Islam. Semoga diaorang dapat buka mata tentang bagaimana islam ini sebenarnya. 

Tapi kalau dah memang tak suka islam, buat la cemana pun diaorang tetap tak suka. Malah ada yang kata filem ni sengaja nak tonjolkan orang macam Zakir Naik tu sebagai pendakwah yang baik. Terserah la. 



Sinopsis Filem Tamil Fir

Irfan seorang jurutera kimia yang juga pemenang pingat emas di IIT.Dia bekerja disebuah syarikat kecil. bunya seorang pegawai polis. dia mempunyai kawan-kawan hindu yang baik. Dia lelaki biasa yang hidup bahagia dengan sederhana. 

Satu hari dia diberikan tugas untuk membekalkan bahan kimia kepada sebuah syarikat milik pendakwah Islam terkenal, Dr. Zazi.

Selepas selesai urusan nya dia kelapangan terbang untuk pulang. Dia menyedari telefon bimbitnya hilang dan cuba melaporkan kepada polis airport, namun disebabkan kesuntukan masa dia berlari ingin memasuki pesawat. Malangnya dia ditahan dan polis cuba memeriksa bag Irfan. Tapi irfan tidak membenarkan polis menggeledah bag nya.

Irfan di tangkap dan disoal siasat. Dia mula dianggap seorang pengganas islam. Berita penangkapan nya tersebar luas diseluruh dunia.Media mula menggambarkan Irfan sebagai lelaki jahat dan pengganas paling kejam di dunia.


 

Irfan buntu namun dia tahu dia perlu melakukan sesuatu agar namanya dapat dibersihkan dari tuduhan sebagai pengganas.

Pelakon Filem Fir


Vishnu Visyal

Reba Monica

Raiza Wilson

Manjima Mohan

Gautham Vasudev Menon

Catat Ulasan

0 Ulasan