RAMAI YANG BANTAH PENAYANGAN FILEM PULAU TAPI PELAKON KATA KALAU TAK SUKA JANGAN TENGOK.

RAMAI  BANTAH PENAYANGAN FILEM PULAU TAPI PELAKON KATA KALAU TAK SUKA JANGAN TENGOK | 2 bulan sahaja lagi filem Pulau akan ditayangkan di pawagam. Sejak trailer filem ini disiarkan ramai yang mula mengkritik filem ini yang dikatakan terlalu kearah kebaratan dan mempunyai unsur-unsur "soft-porn" yang tidak sesuai dengan masyarakat Malaysia.

filem Pulau 2023


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil juga menyatakan pendapatnya bahawa trailer filem ini tidak sesuai ditayangkan namun dia menyerahkan segalanya kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk membuat keputusan .

Fahmi berkata bagaimanapun beliau tidak boleh bercakap bagi pihak Lembaga Penapis Filem (LPF) yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri.

 

“Saya tak boleh bercakap bagi pihak LPF dan saya juga difahamkan pihak FINAS telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini, tetapi dia bukan pada aspek penapisan. Apa-apa prosedur yang dipantau oleh FINAS itu adalah berlandaskan kepada SOP (prosedur operasi standard) perhubungan antara LPF dengan FINAS. 

“Pandangan saya mungkin kita kena teliti semula beberapa SOP kerana jelas di sini telah berlaku satu pelanggaran dan saya difahamkan dari segi kelulusan LPF itu telah diberi pada bulan September tahun lalu, sebelum saya jadi menteri, sebelum kerajaan yang ada sekarang ini,”


Selain itu beberapa pendakwah terkenal juga sudah menyatakan pendirian mereka menentang penayangan flem ini yang dikatakan agak keterlaluan.

Salah seorang pelakon dalam filem tersebut, Ikmal Amry sedar tentang kritikan yang diterima untuk filem yang bakal ditayangkan pada 9 March nanti, dan dia sempat memberi pesanan kepada semua yang mengkritik filem tersebut.

“Awak tak suka? jangan tengok”

Filem Pulau 2023



Semasa sidang media baru -baru ini , Ikmal berkata tiada siapa yang memaksa penonton untuk membayar dan menonton filem tersebut. Katanya, penonton bebas memilih genre filem yang diingini untuk ditonton tanpa perlu menghakimi sesebuah karya



“Terdapat banyak video YouTube dengan adegan panas seperti itu. Jika kalian meninggalkan komen, bermakna kalian memilih untuk menontonnya,” tambahnya lagi.

Dia kemudian berkata, “Jika kalian tidak menyukainya, maka saya cadangkan kalian jangan menontonnya. Tetapi jangan nilai saya untuk sesuatu yang saya tidak pernah lakukan (adegan panas),”

Pulau 2023



Sebagai respons kepada adegan berbaur kontroversi yang melibatkan model tempatan, Cik Pui Yi, Ikmal berkata dia tidak terlibat dalam mana-mana babak panas dalam filem Pulau, yang menjalani penggambaran di Langkawi tahun lepas.

Bagi Ikmal, dia hanya menanggalkan baju apabila perlu, mengikut skrip.

“Saya seorang lelaki yang sudah berkahwin. Saya cuba mengelak adegan seperti itu. Tetapi saya hanya menanggalkan baju saya untuk berenang,” jelasnya.

“Jika kalian suka, sebarkan maklum balas positif. Kalau tak suka, diam saja,” katanya.

Pulau dibintangi oleh Amelia Henderson dan Alif Satar dalam watak utama dan dibintangi bersama oleh Wan Hanafi Su, Nam Ron, Vikram, Cik Pui Yi, Mark O'Dea dan beberapa influencer tempatan.

Catat Ulasan

0 Ulasan