TERKEJUT NAMPAK POLIS, PASANGAN KEKASIH PECUT KERETA DIKEJAR 10 KERETA PERONDA POLIS

TERKEJUT NAMPAK POLIS, PASANGAN KEKASIH PECUT KERETA DIKEJAR 10 KERETA PERONDA POLIS | Johor Bahru, Hanya kerana terkejut melihat polis seorang pemuda berusia 20 tahun yang sedang berdua-duan dengan kekasihnya didalam kereta , terus memecut dan melarikan diri. Pemuda tersebut juga melanggar kereta MPV milik anggota polis.

Polis Peronda


Anggota polis terbabit terus membuat aduan dan melaporkan kejadian dan meminta bantuan Bilik Gerakan IPD Johor Bharu. Sebaik menerima laporan 10 buah kereta peronda mula mengejar suspek dan aksi kejar mengejar sempat dirakam orang awam.

Aksi kejar mengejar sehingga KM 76.6 Lebuhraya Johor Bahru - Ayer Hitam. Suspek berjaya di tahan dan ketika disoal siasat pemuda tersebut mendakwa dia melarikan diri kerana terkejut melihat anggota polis.

BACA:BUDAK LELAKI USIA 10 TAHUN TERPERANGKAP DALAM LUBANG KONKRIT

Hasil siasatan juga mendapati pasangan kekasih tersebut tidak mempunyai rekod jenayah. namun kedua-duanya direman 4 hari.

polis kejar pemandu

10 kereta peronda polis




Video aksi kejar mengejar tersebar di sosial media dan mengundang berbagai komen netizen. 

"Tak paham kenapa nak kena lari . Dah buat maksiat dlm kereta kau hadap je la abam polis tu. Paling kuat pon abam polis bg nasihat unless kau xde lesen memandu. Tak pasal2 10 kereta polis kejar hareyy"

"weh malunyaa parents diorg. mesti org akan ingat sampai ke mati. “ehh ni lah anak rokiah yg kena kejar dengan kereta polis banyak2 tu kan”

"Advice : jangan lari, most of the time diorang just bagi pengajaran je. So, nangis he depan diorang"

"Allahu aku risau ada kucing2 melintas dkat gerai mkn tu.aku xbole kalau kucing kene langgar"


Catat Ulasan

0 Ulasan