TEPUNG SEGERA PANCAKE CHOCOLATE NORAINI MUDAH DIMASAK DAN SEDAP

TEPUNG SEGERA PANCAKE CHOCOLATE NORAINI MUDAH DIMASAK DAN SEDAP | Kat tempat korang mesti ada kedai ECO kan? ECO Shop ni memang menjadi pilihan ramai sebab selain harganya yang murah, banyak barang juga yang kita boleh dapat di kedai Eco ni. Selain barang -barang  kegunaan harian, produk makanan adalah antara barangan yang dijual di ECO Shop.

Pancake Chocolate


Kalau pergi ke Eco Shop saya lebih suka membeli beberapa produk makanan disitu. Antaranya yang wajib dibeli ialah Tepung Segera Pancake chocolate jenama Noraini. Plastik biru dan ada gambar pancake chocolate. Memang sengaja saya akan beli lebih untuk dijadikan stock makanan anak-anak.

Anak-anak memang suka kan rasa pancake Chocolate Noraini ni sebab ianya sangat lembut. kerja saya pun jadi mudah sebab cara menyediakan nya pun cepat. Pagi-pagi sebelum ke sekolah boleh makan pancake.

Tepung segera Noraini


Rasa gebu dan penuh rasa chocolate nya juga buat ianya menjadi kegemaran anak-anak. Bancuhan tepung pancake ni juga korang boleh bancuh awal, dan simpan dalam peti sejuk. Esok pagi boleh terus goreng saja. Tak kalut aih.. Untuk Bancuhan tepung korang cuma perlu tambah 2 sudu besar minyak masak, 1 biji telur, sedikit air dan gula.

BACASET TAKOYAKI LENGKAP  UNTUK YANG TAK PERNAH BUAT TAKOYAKI - MASAK TAKOYAKI JADI MUDAH

Kalau korang suka lebih rasa coklat , korang boleh letak kan coklate chip dalam bancuhan tepung.  Letak starwberry pun boleh. Tapi anak-anak saya lebih suka pancake ni di makan dengan chocolate rice yang ditabur diatas pancake. Awal-awal dulu saya sediakan dengan Hershey's Chocolate Syrup tapi anak-anak kurang gemar kerana mereka tak suka rasa pancake yang terlalu lembab.

Pancake Noraini ini memang dah cukup gebu, lembut dan lembab. Jadi lebih sesuai dimakan dengan coklat rice atau nutella. Kalau nak makan dengan Syrup Hershey's sebaik nya letak di tepi pancake saja. Tak perlu tuang atas pancake. ianya lebih sedap.

tepung segera pancake




Pancake sebagai sarapan anak-anak mampu membuatkan anak kenyang dan mengurangkan rasa lapar sebelum waktu rehat kelas. Ianya juga memberi tenaga dan berkhasiat.

Korang boleh dapatkan Tepung segera pancake Chocolate Noraini ini di kedai Eco Shop, lazada dan Shopee. Kalau di kedai Eco  harganya lebih murah iaitu rm2.40. tapi di Lazada dan Shopee harganya berbeza sedikit

Catat Ulasan

0 Ulasan