INI ADALAH ANTARA PEKERJAAN PALING BAHAYA DALAM SEJARAH DUNIA



INI ADALAH ANTARA PEKERJAAN PALING BAHAYA DALAM SEJARAH DUNIA | Sekali pandang gambar diatas mungkin kelihatan biasa saja. tak ada yang menarik. Hanya gambar seorang wanita sedang melakar sesuatu . Namun tahu tak bahawa gambar diatas menunjuk kan salah satu pekerjaan paling merbahaya didunia dalam sejarah dunia.

Wanita didalam gambar ini sedang melukis nombor siri pada Radium. Pada abad ke 20 radium digunakan oleh syarikat pembuatan untuk membuat "glow" dalam cat. Ramai wanita muda, remaja dan berusia 20-an diupah untuk melukis nombor berseri kecil pada radium.

Untuk menulis dengan tepat ada satu tenik yang digunakan itu 'Lip pointing" dimana hujung berus akan di letak kan pada bibir untuk meluruskan berus ukiran. Cara yang kerap kita gunakan untuk meluruskan benang sebelum dimasuk kan ke dalam lubang jarum.

Ramai wanita tersebut tidak tahu cara yang digunakan mereka amat merbahaya sehinggalah ada wanita yang mengalami kesan dari keracunan radium.


Terdapat laporan ada wanita mengalami keadaan dimana  bahagian tulang rahang terdorong ke dalam mulut mereka dan merosak kan tulang rahang sepenuhnya.. Sesetengah wanita mengalami pembengkakan tumor di muka mereka. Kesakitan yang dihadapi oleh gadis-gadis ini sukar

dibayangkan.



Lebih buruk lagi syarikat-syarikat yang mengupah wanita-wanita ini tidak mahu bertanggungjawab malah menyembunyikan laporan kesihatan dan mempertikaikan saintis yang membongkar tentang keracunan radium.

Tidak dapat dipastikan jumlah kematian wanita yang menjadi mangsa keracunan radium namun dipercayai jumlah nya agak tinggi.

sumber: Quora

**Radium adalah sejenis unsur logam radioaktif bersimbol. Ia berwarna putih keperakan dan terdapat secara semula jadi dalam bijih uranium dan digunakan dalam bidang perubatan, radiografi, dan cat berkilau- wikipedia

Catat Ulasan

0 Ulasan