REVIEW DAN SINOPSIS : THE LAW CAFE ( KDRAMA 2022 )

REVIEW DAN SINOPSIS : THE LAW CAFE ( KDRAMA 2022 ) | Drama The Law Cafe memulakan siaran nya pada 5 september 2022 dan mengandungi 12 episod setiap isnin dan selasa di saluran KBS2.



Drama lakonan Lee Seung Gi dan Lee Se Young ini saya boleh katakan ianya ditonton kerana mempunyai ramai pelakon kegemaran ramai seperti Lee Seung Gi, Kim Do Hoon dan Anh Dong Go. Namun untuk jalan cerita ianya cukup-cukup membosan kan. 

Boleh la saya katakan ini adalah drama lakonan Lee Seung Gi yang terburuk sepanjang 10 tahun karier lakonan nya. Drama dengan pelakon yang baik namun malangnya pengarah dan penulis yang terburuk. 

Saya cuba mencari sesuatu yang menarik tentang drama ni tapi tak ada . Watak-watak dalam drama ni juga tak ada satu pun yang menonjol dan di tambah dengan jalan cerita yang terlalu lambat dan tak ada naik turun yang boleh buat penonton tak nak skip babak-babak dalam drama ni.

Macam ada sesuatu yang hilang dalam drama ni. Saya percaya drama ni boleh jadi lebih baik jika kekurangan tersebut dapat diatasi oleh pengarah dan penulis skrip drama ni. 



Sinopsis The Law Cafe (Kdrama 2022)

Kim Yoo Ri seorang peguam yang mempunyai karisma dan keberanian. Satu hari dia memilih untuk membuka firma guaman nya sendiri dan mencari bangunan untuk disewa. Dia terkejut apabila mendapati bangunan yang akan disewa ialah milik rakan baiknya yang sudah lama terpisah. 

Kim Jung Ho, dulunya seorang peguam. Namun disebabkan bapanya terlibat dalam skandal rasuah sebuah syarikat pembinaan, dia berhenti kerja dan menjadi penulis novel. 

Kim Jung Ho awalnya menolak untuk menyewakan unit bangunan nya kepada Yoo Ri. Namun setelah di desak , dia bersetuju dengan beberapa syarat. Yoo Ri hairan mengapa Jung Ho langsung tidak menyokong hasratnya untuk membuka firma guaman sendir malah Jung Ho juga seakan-akan menjauhkan diri darinya. 

BACA:REVIEW DAN SINOPSIS : EVE

Jung Ho sebenarnya mempunyai perasaan pada Yoo Ri namun dia sedar dia tidak layak untuk Yoo Ri kerana ayah Jung Ho pernah menjadi peguam dalam kes kematian ayah Yoo Ri. Keluarga Yoo Ri Langsung tidak mendapat keadilan kerana ketika itu ayah Jung Ho telah dirasuah oleh syarikat pembinaan yang menyebabkan kematian ayah Yoo Ri. 



Pelakon The Law Cafe (Kdrama 2022)

Lee Seung Gi

Lee Se Young

Kim Nam Hee

Anh Dong Goo

Kim Do Hoon

Jang Hye Jin

Baek Hyun Jo


 


Catat Ulasan

1 Ulasan