REVIEW DAN SINOPSIS : TODAY'S WEBTOON ( KDRAMA 2022 )

REVIEW DAN SINOPSIS : TODAY'S WEBTOON ( KDRAMA 2022 ) | Bagi peminat-peminat Kim Se Jeong, mesti drama Today's Webtoon ni dapat melepaskan kerinduan korang selepas beliau tampil dalam drama Business Proposal yang juga mencetus fenomena pada awal 2022. 



Selain Kim Se Jeong drama ini juga turut dibintangi oleh pelakon Daniel Choi, Park Ho San  dan Nam Yoon Soo. Drama ini menfokuskan kepada cara bekerja mereka-mereka yang berada disebalik sesebuah karya webtoon.

Jalan cerita mungkin sedikit membosan kan bagi mereka yang lebih suka kan drama yang fokus kepada cinta atau thriller. Tapi untuk drama yang ringan dan berkait dengan kehidupan dan perjuangan saya rasa karyanya cukup baik bagi mereka yang meminati drama tentang perusahaan dan proses disebalik tabir.

BACAREVIEW DAN SINOPSIS : THE KING OF PIGS

Selalunya kita cuma baca saja webtoon. Pernah tak kita terfikir bagaimana pelukis-pelukis ni menghasilkan webtoon dan siapakah dibelakang mereka sehinggakan mereka berjaya menghasilkan webton yang menarik. Jadi Dalam drama ni banyak perkara yang kita boleh belajar tentang webtoon.

Kita juga dapat lihat bagai mana mereka berjuang untuk mengekalkan karya mereka.



Sinopsis Today's Webtoon (Kdrama 2022)

On Ma Eum pernah menjadi seorang atlet Judo. Sejak kecil hanya Judo sahaja mengisi hidupnya dengan sokongan ayah dan ibu. namun disebabkan kecederaan Ma Eum sedar yang dia sudah tidak dapat menerus sukan kegemaran nya itu dan perlu beralih kerjaya yang lain. 

Disebabkan minatnya terhadap webtoon dia, memohon pekerjaan di sebuah syarikat webtoon. Tertarik dengan personaliti Ma Eum, jang Man Cheol mengambil Ma Eum untuk pasukan nya. Selain Ma Eum, Goo Jun Yeong juga diterima untuk bersama jabatan editorial webtoon.

Awalnya Ma Eum sukar menyesuaikan diri tambahan pula dia perlu berurusan dengan beberapa karyawan webtoon lain. Namun disebab kan minat dan rasa kagumnya terhadap para seniman dia seronok dapat bekerja bersama mereka.

sikap Ma Eum yang sentiasa ceria dan bersemangat membuatkan ramai yang senang bekerja dengan Ma Eum termasuk lah para atasan nya. 

Ma Eum diberi kepercayaan menguruskan Na Gam Nam yang karyanya sangat diminati Ma Eum. Berbagai cabaran dan perkara berlaku sepanjang Ma Eum mengurskan seniman ini.



Dalam masa yang sama Ma Eum masih risau jika keputusan nya untuk bekerja akan mengecewakan ayahnya yang masih berharap agar Ma Eum menjadi atlet Judo. 

Pelakon Today's Webtoon (Kdrama 2022)

Kim Se Jeong

Daniel Choi

Nam Yoon Soo

Park Ho San

Yang Hyun Min

Ahn Tae Hwan

Kim Kap Soo

Lim Chul Soo

Ko Chang Seok 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan