REVIEW DAN SINOPSIS : EVE

REVIEW DAN SINOPSIS : EVE | Kdrama EVE baru saja disiarkan pada 1 Jun 2022. Drama yang diterajui oleh Seo Yea Ji sebagai teraju utama. Drama dengan genre thriller ini disarkan setiap Rabu dan khamis. Drama arahan Park Bong Sun iaitu pengarah yang sama untuk drama The uncanny Counter yang sangat popular pada tahun 2020.



Drama ni dijangka menaik kan kembali nama Seo Ye Ji selepas dia terlibat dengan kontroverssi melibatkan bekas kekasihnya tahun lepas. Berbagai kecaman yang dia terima disebabkan sikap buruk nya. Untuk Episod pertama dan kedua aku tak terkejut tengok rating yang rendah. Maklum balas orang korea tentang personaliti artis mereka yang teruk memang macam ni. 

Tapi kalau dekat negara luar Seo Yea Ji masih lagi artis yang ditunggu-tunggu kemunculan nya dalam drama-drama. Buktinya walaupun baru episod 2, Drama Eve ni dah diperkatakan ramai. Tak mustahil pada minggu ke 5,6 nanti mesti drama ni trending di Malaysia

Lakonan Seo Yea Ji tak perlu disangkal lagi. Sekali lagi dia membawa watak yang sangat berat. Untuk Drama ni , episod awal pun dah buat aku teruja nak tengok episod seterusnya. Kecantikan dia, karisma dia, memang patut la ramai yang suka kan pelakon ni. Untuk 2 episod awal, paling best scene dia menari tango. Dalam setiap drama Seo Yea Ji memang nampak berbeza. Juga dalam Drama ni dia jadi wanita penggoda yang penuh dendam.



Episod 1 ada babak intim sama dengan episod 2, pun ada. Jadi tak payah la drama ni ditonton seisi keluarga.  Takut ada yang demam nanti. Hahah. 

Mula-mula aku tak faham kenapa dia nak berkahwin dan ada anak sedangkan dia ada misi balas dendam yang  besar. Buat apa berkakwin dan ada anak. Kan? Kemudian goda lelaki lain pulak sedangkan suami ada disebelah.. Dekat situ aku tak berapa setuju dengan watak yang dia bawa ni. Tapi aku percaya untuk episod akan datang akan ada sesuatu yang didedahkan untuk merungkai status dia yang Sebenar.

Sinopsis EVE

Kdrama Eve mengisahkan Lee La-El yang menyaksikan sendiri kejadian bapanya disiksa dan dibunuh. Kejadian tersebut membuatkan dia menyimpan dendam untuk menghancurkan semua yang terlibat dengan kematian bapanya. 

Lee La-El bertemu dengan Seo Eun-Pyeong, seorang lelaki yang dibesarkan dirumah anak yatim. Melihatkan kesengsaraan keluarga Lee La El, Seo Eun Pyeong membantu Lee La El dengan mengghantar Lee La El Ke luar negara agar dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik. 



Dalam masa yang sama Seo Eun Pyeong nekad untuk menjadi seorang yang berkuasa. 13 tahun kemudian Lee La El muncul dan walaupun identitinya di sembunyikan , Seo Eun Pyeong tahu wanita tersebut adalah Lee La El, gadis yang pernah dikenalinya. Dia juga tahu kemunculan Lee La El hanya lah untuk melunaskan dendam yang sudah disimpan sekian lama.

Walaupun sudah bersuami dan mempunyai anak, Lee La El cuba mendekati dan menggoda Kang Yoon Kyun- lelaki yang bertanggungjawab dengan kematian ayahnya.

Dia mula menjalin hubungan sulit dengan Kang Yoon Kyun agar dapat menghancurkan LY company.

Pelakon EVE


Seo Yea Ji

Han So-Ra

Park Byung-Eun

Lee Sang-Yeob

Lee Il-Hwa

Lee Ha-Yul

Jeon Kuk-Hwan

Jung Hae-Kyun

Cha Ji-Hyuk

Shin Woo-Hee

Catat Ulasan

0 Ulasan