REVIEW DAN SINOPSIS | KHUDA HAAFIZ :CHAPTER 2 - AGNI PARIKSHA

REVIEW DAN SINOPSIS |  KHUDA HAAFIZ :CHAPTER 2 - AGNI PARIKSHA| Untuk anda yang dah lama tak menonton filem menarik, mendebarkan, dan penuh dengan berbagai perasaan ketika menonton, boleh la anda tonton filem Hindi Khuda Haafiz.



Filem lakonan Vidyut Jamwal ni diarahkan oleh Faruk Kabir. Saya belum menonton Khuda Haafiz Chapter 1 jadi saya tak mahu membanding kan kedua-dua filem ni. 

Filem ini sangat meruntun emosi sejak dari awal hingga akhir.  Saya hanya mahukan penamat yang memuaskan setelah 2 jam di asak dengan rasa marah , simpati dan rasa sedih. 

Diawal filem saya ada rasa simpati, kemudian bahagia, rasa marah dan endingnya sangat-sangat memuaskan hati. 

Dari segi lakonan pula saya tabik hormat pada keseluruhan pelakon terutamanya Vidyut dan Sheevaleeka kerana berjaya membawa watak dengan baik sehinggakan saya terbawa emosi bersama kedua pelakon ini.

Plot cerita tersusun dengan sangat baik. Tidak tersasar dan menyimpang walaupun Sameer mula berdepan dengan musuh-musuh dari dalam penjara. Di sini saya jangka kan jalan cerita akan kucar kacir dari tujuan sebenar Sameer yang ingin menegakkan keadilan untuk anaknya. Namun Pengarah dan penulis filem ni berjaya meluruskan jalan cerita supaya tidak tersasar dan membuatkan jalan cerita lebih menarik. 


Walaupun musuh sebenar Sameer ialah hanya seorang budak sekolah, mungkin ramai yang akan memandang rendah pada watak Sameer. Namun budak sekolah yang dilindungi oleh orang berpengaruh dan berkuasa bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

BACA:REVIEW DAN SINOPIS: FIR - TAMIL 2022

SINOPSIS KHUDA HAAFIZ :CHAPTER 2 - AGNI PARIKSHA (Hindi 2022)

Selepas melalui kejadian diperkosa sehingga meninggalkan kesan trauma dalam hidupnya, Nargis menjalani rawatan dan kaunseling bersama Sameer agar mereka dapat membina hidup baru bersama. 

Muncul seorang gadis kecil mewarnai hidup mereka walau pada awalnya Nargis berkeras tidak mahu menerima Nandhini. Namun Nandhini berjaya membuka hati Nargis dan kehidupan mereka kembali bersinar dengan adanya Nandhini dalam hidup pasangan ini.

Kebahagian mereka tidak bertahan lama apabila Nandhini di culik bersama seorang gadis di hadapan sekolah dan mereka di perkosa oleh 3 pelajar sekolah yang salah seorangnya adalah cucu kepada seorang ahli politik berpengaruh.



Sameer berusaha mencari Nandhini dan menemui anaknya itu terbaring separuh nyawa dan tidak dapat diselamatkan.Sejak hari itu Sameer nekad untuk mencari pelaku tersebut dan mengembalikan senyuman di wajah isterinya. 

PELAKON KHUDA HAAFIZ :CHAPTER 2 - AGNI PARIKSHA (Hindi 2022)

Vidyut Jammwal

Shivaleeka Oberoi

Sheeba Chadda

Riddhi Sharma

Rajesh Tailang

Dibyendu Bhattacharya

Catat Ulasan

0 Ulasan