REVIEW DAN SINOPSIS : THE JINX'S LOVER

REVIEW DAN SINOPSIS : THE JINX'S LOVER | Drama genre fantasi lakonan Na In Woo dan Seohyun (Girl's Genaration) ini disiarkan di saluran KBS. Drama ni adalah adaptasi dari webcomic berjudul Jinxui Yeonin yang sangat popular pada tahun 2016 - 2020.



Agaknya pengarah Yun Sang Ho ni senang bekerjasama dengan Na In Woo , jadi untuk projek 2022 ni dia masih jadi pilihan selepas drama River Where The Moon Rises yang menggantikan watak salah seorang pelakon yang terlibat kes buli masa sekolah.

Hari ni aku nak review la drama The Jinx"s Lover. Aku memang ikut drama ni dan ada beberapa perkara tak best yang aku nak ceritakan pasal drama ni. Yang best tu kita cerita kemudian ye. Awal-awal kasi yang tak best dulu.

Drama ni awal-awal nya memang menarik. Aku memang rasa ini drama fantasi yang ada jalan cerita menarik. Kisah seorang wanita yang ada kemampuan melihat masa depan apabila menyentuh tangan mereka.

Tapi bila muncul watak Lee Seul Bi , aku rasa rimas nya tengok dia nih. Macam kanak-kanak tak cukup umur. Sedangkan ibu dan nenek dia ada watak yang elegant dan matang. Itu satu yang aku rasa tak best. Drama ni akan nampak berkelas bila watak Seul Bi lebih matang dan menjaga penampilan. Sebab dia kan sebelumnya tinggal terkurung didalam rumah macam istana. kan?

Yang keduanya plot cerita semakin lama semakin membosankan.Bermula dengan plot yang bagus tapi dipertengahan nampak dah hilang arah. Tak tahu kenapa kita masih perlu meneruskan menonton drama ni sedangkan semua nya berjalan dengan baik. hahah



Lakonan Seohyun juga kurang menyerlah begitu juga dengan Na In woo. Rasanya lebih ramai penonton yang tertarik dengan kehidupan watak2 peniaga di pasar Seodong yang lebih realistik dan dekat dengan penonton.

Yang best tentang drama ni ialah awal cerita yang mengesan kan hingga membuat kita terpaku untuk episod seterusnya. Macam kena tipu pun ada. Awal-awal best, bila dah sampai tengah2 rasa boring. Tapi tetap nak tahu apa penghujung kisah mereka ni. So kita pun terpaksa la tengok dan abaikan saja babak-babak yang tak menarik tu. Haha.

BACA:SINOPSIS DAN REVIEW : CAFE MINAMDANG

Satu lagi yang menarik ialah pelakon-pelakon yang memang best-best terutamanya yang memegang watak sebagai peniaga-peniaga di pasar Seodong. Contohnya seperti  Woo Hyeon,  Hong Seok Cheon, Hwang Young Hee dan  Hwang Suk Jung.

Ok tu saja .

Sinopsis The Jinx's Lover

Drama The Jinx's Lover mengisahkan Seul Bi seorang gadis yang memiliki kemampuan melihat masa depan orang lain apabila menyentuh tangan mereka. Kemampuan tersebut diperolehi dari ibu nya. Mereka tinggal terkurung didalam sebuah hotel mewah milik Seon Sam Jung, ahli perniagaan terkenal . 


Seon Sam Jung menjadikan ibu Seul Bi sebagai alat untuk memastikan masa depan perniagaan nya berjalan dengan lancar. Seul Bi dan ibunya tidak dibenarkan keluar kerana risau orang lain akan memanfaatkan kemampuan mereka.

Satu hari Seul Bi bertemu dengan Soo Gwang dan berjaya keluar dari tempat dia tinggal.  Dia mengikut Soo Gwang keluar tanpa disedari Soo Gwang. Soo Gwang yang risau jika berlaku sesuatu pada Seul Bi, menghantar Seul Bi ke hotel semula.



Namun kerana salah sangka, Soo Gwang dimarahi Seon Sam Jung dan dipecat. Dia kecewa dan dalam perjalanan pulang , ibunya kemalangan dan meninggal dunia. Tidak lama kemudian seorang nelayan menemui tubuh Soo Gwang ketika menangkap ikan. Tersebar berita bahawa Soo Gwang sudah mati membunuh diri akibat kecewa dengan kematian ibunya.

Soo Gwang yakin apa yang berlaku pada dirinya adalah disebabkan Seul Bi. Nelayan yang menyelamatkan Soo Gwang memberi identiti baru pada Soo Gwang dan menukar nama menjadi Myung Sung demi keselamatan Soo Gwang. 

Soo Gwang berpindah dan menjalankan perniagaan disebuah pasar dengan identiti baru . 2 tahun kemudian Seul Bi tiba-tiba muncul dihadapan kedainya. 

Pelakon The Jinx's Lover 

Na In Woo

Seohyun



Jeon Kwang-Leol

Ki Do-Hoon

Choi Jung-Woo

Yoon Ji-Hye

Woo Hyeon

Hong Seok-Cheon

Hwang Young-Hee

Hwang Suk-Jung

Catat Ulasan

0 Ulasan