PARENTING KNOWLEDGE : SEXUAL GROOMING TEKNIK PENJENAYAH KEATAS MANGSA BAWAH UMUR

PARENTING KNOWLEDGE : SEXUAL GROOMING TEKNIK PENJENAYAH KEATAS MANGSA BAWAH UMUR | Jenayah membabitkan mangsa bawah umur semakin berleluasa. Kurangnya pengetahuan tentang sexual grooming membuatkan ada ibu bapa merasakan ianya bukan masalah besar. Seperti yang baru-baru ini berlaku di Pulau Pinang apabila seorang lelaki tua di kesan mencabul seorang kanak-kanak. Malangnya ibu bapa kanak-kanak tersebut menolak untuk membuat laporan kerana merasakan orang ramai salah faham dengan tindakan lelaki tua tersebut yang dikatakan rapat dengan keluarga mangsa



Kes kedua melibatkan seorang penceramah yang bergelar ustaz ditahan kerana merogol seorang kanak-kanak berusia 14 tahun berulang kali. kedua-dua kes yang dinyatakan diatas mempunyai unsur-unsur sexual grooming iaitu penjenayah mendekati mangsa dengan berbuat baik, mengambil berat atau berlagak alim demi membina kepercayaan mangsa bawah umur.

Mangsa bawah umur ini akan merasa selamat berada bersama penjenayah dan rasa selesa disebabkan perwatakan dan sikap pura-pura baik si penjenayah. Ada kanak-kanak yang lebih mempercayai penjenayah berbanding ibu bapa mereka sendiri. Penjenayah mengambil peluang tersebut untuk 'groom 'kanak-kanak ini. Kanak-kanak yang terpikat dengan penjenayah mula merelakan apa sahaja yang dilakukan penjenayah.

Mangsa kebanyakan nya tidak sedar penjenayah melakukan kesalahan kerana rasa percaya yang tertanam dalam minda mereka yang sudah dibentuk sekian lama oleh penjenayah.  Apatah lagi mangsa masih dibawah umur dan fikiran mereka tidak matang dan mudah dipengaruhi.

Apabila mangsa sudah terperangkap, penjenayah akan menakut-nakutkan mangsa dengan stigma bahawa ianya berlaku atas dasar suka sama suka atau atas kerelaan diri sendiri.

Mangsa menjadi takut untuk membuat laporan dan mendedahkan penjenayah kerana merasa bersalah sedangkan dia tidak sedar menjadi mangsa sexual grooming si penjenayah.



Jenis dan contoh sexual grooming yang kerap dilakukan penjenayah.

1- Groomed For Silence

Mangsa - Kanak-kanak yang jauh dari keluarga dan tidak mendapat perhatian ahli keluarga. penjenayah akan terus menarik mangsa jauh dari keluarga dan mula membentuk kepercayaan mangsa. penjenayah akan membuat mangsa merasa istimewa sehinggakan mangsa akan mengikut kata-kata penjenayah sahaja. 

BACA: KESAN DEDAHKAN ANAK-ANAK DENGAN BERBAGAI BAHASA SEJAK KECIL

2- Groomed For Betrayel 

Mangsa - Sesiapa sahaja. Penjenayah akan berpura-pura bertindak seperti ahli keluarga (ibu atau ayah). Mangsa akan mula menganggap penjenayah seperti ahli keluarga yang bertindak seperti pelindung dan tempat bergantung. Penjenayah akan menggunakan peluang ini untuk mencabul dan lama-kelamaan mangsa akan merasakan perkara tersebut adalah sesuatu yang normal.


3- Groomed For Disbelief

Mangsa - Sesiapa sahaja. Penjenayah akan mendekati keluarga mangsa. Menjalin hubungan baik dan membentuk kepercayaan keluarga mangsa. Dia mungkin boleh menjadi guru, jurulatih atau pengasuh. Penjenayah juga akan memastikan keluarga lebih mempercayai dirinya berbanding mangsa. Apabila mangsa sudah terjerat , dia akan memanipulasi keadaan dan memastikan keluarga akan menyalahkan mangsa dan tidak akan percaya apa yang dikatakan oleh mangsa.

4- Groomed For Unawareness

Mangsa- Kanak-kanak yang langsung tidak ada pengetahuan seksual. Awalnya penjenayah akan berbual dan melakukan perbincangan tentang perkara-perkara yang melibatkan sexual.  Berlagak seolah-oleh mengajar tentang sek. dan mula melanjutkan perbincangan tentang seks yang diingini oleh mangsa. Penjenayah akan melakukan pencabulan tanpa disedari oleh mangsa.  Penjenayah akan memberitahu mangsa bahawa apa yang dilakukan mereka adalah perkara biasa dan normal.


 


5- Groomed For Self-blamed

Mangsa -Sesiapa sahaja. Penjenayah akan memanipulasi pemikiran mangsa dengan stigma , mangsa bersalah jika perlakuan penjenayah terhadap mangsa diketahui umum. Jadi jika mangsa mahu selamat, mangsa perlu merahsiakan perkara tersebut. Penjenayah juga mengugut akan memberitahu umum bahawa mangsa yang mula menggoda penjenayah. Mangsa yang tidak bersalah mula merahsiakan dan menanggung segalanya. Dengan ugutan dan manipulasi mangsa menjadi semakin takut untuk mendedahkan hal yang berlaku.


6- Groomed For Amnesia.

Mangsa- Sesiapa sahaja yang mempunyai sejarah hitam dalam hidup. Penjenayah akan memanipulasi pemikiran mangsa dengan meyakin kan mangsa akan lebih bahagia dan kehidupan akan berubah total. Penjenayah hanya memastikan memori hitam mangsa padam. Proses lebih kurang sama dengan grommed cara yang lain cuma dipenghujungnya mangsa akan melupakan segala kenangan hitam yang pernah dilalui. Pemikiran nya dimanipulasi sehinggakan segala dalam kehidupan nya berubah termasuk kepercayaan nya. Penjenayah akan menggunakan peluang ini untuk terus memastikan mangsa sentiasa bersamanya dalam apa juga keadaan. 

Semoga dengan sedikit pengetahuan ini akan membuka mata para ibu bapa agar berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang mendekati anak-anak kita. Perkara buruk mungkin boleh dielak kan jika kita berwaspada dan memerhatikan anak-anak kita didalam dan luar rumah. 

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan