FILEM THOR TIADA UNSUR LGBT - PUNCA DISNEY BATAL TAYANGAN THOR DI MALAYSIA MASIH JADI TANDA TANYA

FILEM THOR TIADA UNSUR LGBT - PUNCA DISNEY BATAL TAYANGAN THOR DI MALAYSIA MASIH JADI TANDA TANYA| Peminat-peminat filem Thor berasa kecewa apabila diumumkan bahawa filem Thor : love And Thunder tidak ditayangkan di Malaysia. Rangkaian pawagam terbesar di Malaysia, Golden Screen Cinema memaklum perkara tersebut di media sosial mengesahkan bahawa filem itu tidak akan ditayangkan di Malaysia .



Pada awalnya Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada 7 july namun keputusan tersebut ditarik dan dimaklumkan penayangan nya di tunda pada 21 July. Namun pada minggu ini GSC memaklumkan bahawa filem tersebut tidak akan ditayangkan di Malaysia. Walau bagaimanapun alasan pembatalan tayangan tersebut tidak dinyatakan oleh pihak GSC atau Disney sendiri.

Peminat mengesyaki pembatalan tersebut adalah disebabkan beberapa unsur LGBT dalam filem tersebut menjadi punca nya. Pada 2 Jun 2022 Disney terpaksa membatalkan tayangan Lightyear di beberapa buah negara termasuk Malaysia kerana terdapat unsur hubungan sejenis dipaparkan dalam filem tersebut.


BACASELEPAS GSC DATARAN PAHLAWAN MELAKA DIDENDA RM45 RIBU, NETIZEN DEDAHKAN BANYAK LAGI KEDAI YANG MENCATUT HARGA BARANG 

Terdapat juga ura-ura mengatakan lembaga Penapisan Filem Malaysia meminta beberapa adegan di dalam filem Thor di potong namun Disney menolak cadangan tersebut.

Penonton-penonton Filem Thor : Love And Thunder yang sudah menonton filem ini di Indonesia menjelaskan bahawa tiada adegan hubungan sejenis yang dipaparkan dalam filem tersebut. Ini membuatkan peminat-peminat di Malaysia masih tertanya-tanya apa punca pembatalan filem tersebut di Malaysia.

Namun ada penonton yang merasakan pembatalan filem tersebut di Malaysia adalah disebabkan terdapat adegan di mana penjahat Gorr The God Butcher yang menghina agama  dan tuhan dalam salah satu adegan di dalam filem ini. 



Catat Ulasan

0 Ulasan