QUEEN OF TEARS REVIEW AND SYNOPSIS

QUEEN OF TEARS REVIEW AND SYNOPSIS | Queen Of Tears disiarkan bermula 9 March 2024 di saluran Netflix. Kdrama lakonan  Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won ini diarahkan oleh Jang Young-Woo dan Kim Hee-Won.



QUEEN of Tears ditulis oleh Park Ji Eun yang pernah menulis drama-drama popular seperti Crash Landing On You dan The Lgend Of Tje Blue Sea . Drama ini disiarkan dengan 16 episod.


Synopsis Queen Of Tears - Kdrama On Netflix 2024.

Queen Of Tears mengisahkan  Baek Hyun Woo seorang menantu kepada keluar chaebol. Perkahwinan dengan Hong Hae In adalah atas dasar cinta. Dia mengenali Hae In sewaktu Hae In bekerja dengan nya tanpa mengetahui Hae In anak kepada pemilik tempat dia bekerja. Selepas mereka berkahwin kehidupan nya berubah. Sedikit demi sedikit hubungan mereka semakin dingin.



Beberapa tahun kemudian perkahwinan mereka masih menjadi tumpuan media dan dikatakan tidak bahagia dan bakal bercerai. Namun dia tetap menyangkal tomahan media dan mengatakan rumahtangga nya bahagia. Namun sebaliknya berlaku, Hyun tidak bahagia dan berfikir untuk bercerai dengan Hae In

Sepanjang perkahwinan mereka ,dia terpaksa mengikut kata isteri dan keluarga mertuanya. Dia dimarahi isterinya didepan para pekerja. Dirumah pula dia sering dikritik ibu dan ayah mertua serta adik iparnya. Lebih membuat dia tertekan apabila dia terpaksa menyediakan hidangan setiap kali majlis memperingati kematian ahli keluarga isterinya.

Dia takut untuk bercerai kerana bapa mertuanya akan bertindak kejam jika ada sesiapa yang mengkhianati keluarganya.

Dia akhirnya nekad untuk berterus terang dengan Hae In bahawa dia ingin bercerai. Belum pun sempat dia membuka mulut, Hae In memberi tahu bahawa dia hanya mempunyai 3 bulan untuk hidup kerana mengidap barah otak.

Hyun Woo sangat terkejut namun perasaan sedihnya bercampur gembira apabila memikirkan yang dia tidak perlu bercerai dengan Hae In. Dia hanya perlu menunggu 3 bulan sahaja lagi. Dalam tempoh tersebut dia kan melayan Hae In dengan baik supaya mendapat sedikit manfaat dalam syarikat milik mertuanya. 


Review Queen Of Tears

Drama ni drama romcom.  Macam tak sangka Kim Soo Hyun boleh jadi kelakar jugak sekali sekala.  Episod 1 paling banyak scene Soo Hyun jadi kelakar . Tapi masuk episod kedua macam kurang dah kelakar tu. jadi serius memanjang la pulak. 



Dalam pada komedi tu ada lah ketegangan jugak sebab drama ni tentang keluarga Chaebol yang gila. Memang betul2 gila. Dari datuk sampai ke cucu semuanya ikut kepala sendiri saja. Semua ego dan tak nak mengalah. 

Tapi dalam ramai2 yang  macam tu, cuma makcik Heong Beom Ja tu saja yang saya rasa jenis iklas dan ada perasaan walaupun dia punya baran tu selangit. Tapi tak tahu la mungkin dia pun sama macam diaorang kita kena tunggu la. Tapi dapat rasa lah dia lain dengan ahli keluarganya yang lain.

Selalunya kalau drama romcom korea ni, hero la yang ada perangai sombong,kaya, kacak. Tapi drama ni terbalik pulak. 🤣. Hero kena tindas

Saya sangat suka jalan cerita drama ni. Mungkin nampak klise sebab benda2 yang berlaku dalam keluarga chaebol yang biasa kita tengok dalam drama lain. Tapi yang ni memang lebih menarik sebab ianya kisah cinta pasangan suami isteri yang awalnya dingin dan hilang rasa cinta kemudian tumbuh semula rasa cinta tu. Romantik suami isteri dengan romantik orang belum kahwin ni tak sama tau.  👉👈



Kim Ji Won dalam drama ni sangat cantik. Baju-baju dia semua menyerlahkan kecantikan dia. makeup pun soft je tapi sesuai dengan watak dia yang sombong tu.Tak la nampak dia macam perempuan jahat tapi nampak dia berkarisma dan classy.



Oh. sebelum terlupa ada beberapa bintang korea juga yang akan muncul sebagai cameo dalam drama ni. Masa episod 1 ada Oh Jung Se. Kalau korang ingat lagi dengan gandingan Kim Soo Hyun dan Oh Jung Se dulu dalam drama It's Okay To not Be Okay, macam satu fenomena. kan?? . Dengar2 nya akan datang ada Song Joong Ki juga akan muncul sebagai cameo dalam drama ni 😘😘

Pelakon Queen Of Tears



Kim Soo Hyun

Kim Ji Won

Kwak Dong Yeon

Park Sung Hoon

Na Young He

Kim Jung Nan

Jung Jin Young

Kim Kap Soo

Catat Ulasan

0 Ulasan