CHIEF DETECTIVE 1958

CHIEF DETECTIVE 1958 | Kdrama Chief Detective 1958 dilakonkan oleh Lee Je Hoon, Lee Dong Hwi, Choi Woo Sung dan Yoon Hyun Soo. Drama ini adalah prekuel bagi drama bersiri MBC berjudul 'Chief Isnpector' yang pernah disiarkan pada tahun 1971. Lee Je Hoon membawakan watak sebagai Park Yeong Han yang dibintangi oleh Choi Bul Am ketika itu.

Chief Detective 1958
Chief Detective 1958


Chief Detective 1958 diarahkan oleh Kim Sung Hoon yang pernah mengarahkan filem Rampant. Kdrama heid Detective 1958 ini mula disiarkan pada 19 April 2024 dan ditayangkan di Disney+Hotstar dengan 2 episod baru setiap minggu.

Review Chief Detective 1958

Selepas Taxi Driver yang menjadi fenomena dikalangan peminat Kdrama, kini Lee Je Hoon muncul sekali lagi dalam drama Chief Detective 1958 dan ramai yang menjangka kan drama ni sekali lagi akan menjadi bualan hangat. Tambah pulak drama ni adalah prekuel untuk drama yang popular pada tahun 1971. Awal drama ni ditayangkan pun dah mendapat rating paling tinggi untuk siaran hari jumaat-sabtu.





Drama ni baru tayang 2 episod dan untuk saya sendiri , episod awal ni cukup menghiburkan. Memandangkan drama ni berlatar belakang tahun 1950 an , jadi ada sedikit rasa kagum la bila produksi berjaya menjadikan suasana 50an tu.

Saya paling suka dengan watak yang dibawa Lee Je Hoon kali ni. Seorang polis terbaik dari kampung di tukarkan ke Jongnam dan mengubah situasi buruk yang berlaku di balai polis tersebut. Lebih menarik lagi dengan adanya 3 watak lain yang juga sangat-sangat menghiburkan dan kelakar.



Untuk 2 episod awal ada banyak babak kelakar dalam drama ni. Sangat santai bila menonton walaupun ianya drama polis dan samseng. Selalunya kalau drama polis dan samseng ni memang susah la nak tonton santai-santai sebab jadi drama yang berat. Tapi drama ni memang terbaik kerana boleh masuk kan unsur komedi dalam drama polis. Awal-awal drama ni pun da bagi mood yang baik pada penonton. 

Babak cinta mungkin ada cuma saya andaikan ianya bukan jalan cerita utama drama ni. Perjuangan 4 sekawan polis ini yang lebih ditonjolkan dalam jalan cerita Chief Detective 1958 ni.

Sinopsis Chief Detective 1958

Chief Detective 1958 mengisahkan Park Yeong Han seorang polis dari kawasan terpencil yang mempunyai semangat luar biasa menangani jenayah. Park Yeong Han kemudian nya bertugas di balai polis Jongnam. Situasi di balai polis tersebut sangat berbeza dengan tempat lama dia bertugas. Namun itu tidak menjadi penghalang bagi Park Yeong Han.

Chief Detective 1958



Pegawai-pegawai atasan dan rakan sekerjanya terlibat dengan rasuah dan menjadi tali barut samseng di kawasan tersebut. Park Yeong Han menangani jenayah di kawasan tersebut dengan caranya sendiri membuatkan rakan sekerjanya dari unit lain tidak berpuas hati dengan nya.

Park Yeong Han sebenarnya tidak bersendirian. Kim Sang Sun seorang pegawai polis yang tidak tunduk pada penjenayah dan samseng di situ. Dia bertindak mengikut cara seorang polis yang bermaruah. Dia kemudian nya bersama-sama dengan Park Yeong Han di unit 1 untuk membanteras jenayah. 


Mereka berdua merancang untuk merekrut polis baru dan menemui Jo Gyeong Hwan. Seorang lelaki yang bekerja mengangkat beras. Tubuh badan nya yang besar dan kuat menjadikan dia seorang yang sangat berani. Jo Gyeong Hwan mula menjalani temuduga dan menjadi pegawai polis di unit 1 bersama Park Yeong Han dan KIm Sang Sun.

Chief Detective 1958



Secara kebetulan mereka bekerjasama dengan Seo Ho Jeong yang pada asalnya bertugas di unit 2 sebagai penterjemah bahasa memandangkan dia lulusan universiti dan boleh berbahasa inggeris. Tapi kebanyakan masanya banyak digunakan untuk menggilap kasut dan menjadi orang suruhan unit 2. Namun sebaik dia bekerjasama dengan unit 1 dia mula merasa seperti seorang polis sebenar. 

Mereka berempat memerangi rasuah dan salah guna kuasa serta mengatasi pelbagai ujian dan kesusahan.

Pelakon Chief Detective 1958 

Lee Je-Hoon

Lee Dong-Hwi

Choi Woo-Sung

Yoon Hyun-soo

Ini Eun-Su

Choi Duk-Moon
Song Wook-Kyung
Ryu Yeon-Seok
Jo Han-Joon
Nam Hyeon-Woo




Catat Ulasan

0 Ulasan