KESAN DEDAHKAN ANAK-ANAK DENGAN BERBAGAI BAHASA SEJAK KECIL

KESAN DEDAHKAN ANAK-ANAK DENGAN BERBAGAI BAHASA SEJAK KECIL | Ada kawan saya yang tengah berkira-kira nak anaknya belajar bahasa asing. Dia nak anak nya tahu sekurang-kurangnya 3 bahasa asing.. Bahasa melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa cina. Kawan saya ni berbangsa India. Kalau dirumah katanya dia selalu cakap bahasa inggeris dan Melayu walaupun anak dia macam tak berapa faham tapi bila guna gerak badan dia akan faham dan ingat. Tapi kalau cakap saja , esok dia akan lupa. Jadi macam tu la dia hari2 ajar anak dia bahasa Melayu dan Inggeris.



Tapi bahasa Cina dia pun tak pandai dan dia nak anak dia masuk sekolah Cina Cuma si ayah tu tak benar kan.. Nenak nya pun tak suka dan rasa cucunya tu terlalu kecil nak diserapkan dengan macam-macam bahasa. Bagi Nenak dia cukup cucu dia tahu cakap Melayu dan Inggeris sebab tinggal di Malaysia ni kena penting untuk faham cakap Melayu.

Jadi kawan saya ni kecewa, keliru rasa tak de sokongan.. Sedangkan dia nak yang terbaik untuk anak dia.



Saya setuju memang penting anak kita tahu cakap bahasa lain . Saya tengok bapa saudara saya dia boleh cakap India, boleh berbahasa Inggeris, boleh cakap Melayu dan boleh berbahasa Cina juga. Mudah bagi dia nak berurusan dengan sesiapa je. Kenalan nya pun ramai. Itu untungnya bila kita tahu banyak bahasa.


Ramai yang kata 'nanti anak keliru kalau dipaksa-paksa' tapi sebenarnya kalau kita dedahkan santai-santai je pada anak lambat laun dia akan pandai juga. Tapi tahu tak kanak-kanak ni otak dia masa muda ni sangat cepat tangkap apa yang ada disekeliling dia. Sebab tu sebaiknya dedahkan mereka dengan berbagai bahasa sejak mereka kecil lagi.



Jangan fikir , umur 9 tahun nanti baru nak bagi anak masuk sekolah Cina.. Sebenarnya itu dah terlewat tau. Tak perlu bertahap-tahap. Kita bagi anak tengok tv tak de pulak fikir tahap-tahap nya.. Pagi drama, malam wrestling, petang cartoon.. malam pulak tonton Meletop.. Lepas tu cer tanya dia ingat tak semua yang dia tengok tadi. Dari pagi dia tengok tv sampai malam , percaya lah yang dia masih ingat 50 % apa yang dia tonton tadi.




Macam kawan saya ni dia suka campur-campur bahasa... Dalam English ada malay sikit.. ada India sikit..Tapi yang itu yang buat anak dia boleh faham sebab dia tahu ada kosakata yang dalam English dia tak faham tapi dalam melayu dia faham. Jadi campur-campur bahasa tu bagus sebanarnya.



Ajar anak dengan bahasa asing dari kecil ni juga boleh buat dia berminat untuk belajar. Belikan dia buku-buku atau video yang menarik.. Lama kelamaan benda tu jadi tabiat juga sampai dia besar. Nak tunggu dia besar dan belajar sendiri memang tak la.. Potong jari pun dia tak mau belajar sebab dia rasa cukup selesa dengan bahasa yang dia tahu je.

Lepas ni jom kita usahakan untuk anak-anak belajar bahasa asing... Bahasa Perancis ok tak?

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan