SINOPSIS DAN REVIEW : CAFE MINAMDANG

SINOPSIS DAN REVIEW : CAFE MINAMDANG | Percaya tak aku tak pernah tonton drama dan filem lakonan Seo In Guk sampai habis? Apa saja filem dan drama lakonan dia selalunya akan membosan kan bila di pertengahan. Aku pun tak tahu adakah sebab jalan cerita atau pun sebab dia sendiri. 



Sama macam drama Cafe Minamdang, awalnya memang cukup menarik dan layak di puji. Episod pertama berjaya buat aku nak tonton episod ke dua. Tapi bila dah masuk episod ke 4 aku dah rasa bosan , watak yang dibawa pun macam dah tak menarik. 

Mungkin sebab ada beberapa sence yang tak logik terutamanya masa aksi mereka menyiasat dan juga aksi pertarungan oleh Han Jae Hui yang lebih seperti ninja dalam anime. kalau buat lebih realistik rasanya lagi bagus. Lagipun drama ni bukan drama genre fantasi atau sains fiksyen.

Ada jugak scene throwback bila Nam Han Ju dan Han Je Hui berlatih takwando, jelas nampak jurang umur yang sangat jauh. Macam kanak-kanak sekolah rendah yang dilatih seorang lelaki berusia lebih 20 tahun. Jadi disini bagi aku pemilihan pelakon yang tak tepat. Lagi ok kalau watak Han Jae Hui semasa tu diberikan kepada gadis yang wajah nya berusia 18-19 tahun.

Episod pertama memang cukup kelakar dan buat kita tak kering gusi. Tapi bila dah masuk episod 4 , komedi tu dah kurang. Ada la babak lucu cuma tak cukup lucu bagi aku.

BACA: REVIEW DAN SINOPSIS : THE KILLER'S SHOPPING LIST

Tapi bagi peminat Seo In Guk aku percaya mereka tetap suka kan drama ni walaupun watak yang dibawa lebih kurang sama je dengan drama dan filem yang dia pernah lakon kan.

Sinopsis Cafe Minamdang

Mengisahkan Nam Han Jun seorang bekas polis yang baru dibebaskan dari penjara atas satu kesalahan memalsukan bahan bukti. Secara tidak sengaja dia menjadi bomoh dan menyelesaikan banyak masalah dan  mengaut keuntungan dari bisnesnya itu. 



Dia sebenarnya bukan seorang bomoh tapi rahsia dia menyelesaikan masalah pelanggan nya ialah dia dibantu skuad Cafe Minamdang yang beroperasi disebalik sebuah cafe yang sangat digemari gadis muda disebabkan wajah Nam Han Jun yang kacak dan barista yang tampan.

Disebabkan mereka setiap kes dapat diselesaikan dan dia mendapat kepercayaan dari ramai orang termasuk golongan elit.

Dalam masa yang sama seorang detektif, Han Jae Hui sejak sekian lama menyiasat tentang kematian abangnya dalam satu kes melibatkan Nam Han Jun. Dia wanita yang tangkas ,berani dan sentiasa bersemangat dengan pekerjaaan nya.

Nam Han Jun mula terlibat dengan Han Jae Hui disebabkan satu kes keganasan melibatkan seorang ahli perniagaan yang berpengaruh. Dari situ membuka ruang untuk Han Jae Hui  menyiasat tentang Nam Han Jun.



Pelakon Cafe Minamdang

Seo In Guk

Oh Yeon Seo

Kwak Si Yang

Kang Mi Na

Baek Seo Hoo

Jeong Man Sik

Jung Ha Joon

Catat Ulasan

0 Ulasan