PERLUKAH SEORANG ISTERI DAN IBU MEMPUNYAI ME TIME ?

PERLUKAH SEORANG ISTERI MEMPUNYAI "ME TIME" ? Isu "me time" ini memang sering jadi bualan di group-group sembang sosial media. "Me time" ialah waktu sejenak untuk seorang bersendiri atau meluang kan waktu. Tapi ada juga orang yang menggunakan Me Time nya untuk bersama kawan-kawan dan saudara mara yang dah lama atau jarang tidak bertemu. Ada juga yang menggunakan Me Time untuk melakukan perkara yang jarang dia lakukan yang dia sukai seperti menonton drama kegemaran, menghadiri konsert atau membeli belah.



Mereka yang sudah berkahwin biasanya sangat memerlukan Me Time. Me time sangat penting untuk kesihatan mental. Waktu ini lah otak dan badan berehat dari memikirkan dan melakukan apa yang biasa dilakukan sebagai rutin. Contohnya menghantar anak kesekolah, menjaga anak-anak dan suami serta melakukan pekerjaan rumah.

Tak semua orang mendapat peluang untuk mempunyai Me Time. Bagi wanita yang mempunyai anak kecil, mungkin Me Time adalah perkara yang mustahil untuk dilakukan. Berbeza dengan lelaki mereka masih mempunyai peluang untuk keluar rumah dan menghabiskan masa minum bersama kawan-kawan. Tapi bagi wanita tak mungkin mereka akan membiarkan anak kecil dirumah atas pengawasan orang lain hanya untuk minum dan melepak dengan kawan-kawan.

Ianya bukan kerana suami atau ahli keluarga lain tidak membantu tapi ianya disebabkan naluri seorang ibu. Pasti terselit kerisauan apabila meninggalkan anak untuk masa yang lama. kerisauan apabila memikirkan anak yang akan mencari-cari ibu yang selalu ada disisi nya dan berbagai-bagai lagi kerisauan. Keluar dari rumah dengan perasaan tersebut akan membuatkan si isteri lebih tertekan. Jadi dia lebih memilih untuk tetap dirumah dari mempunyai Me Time nya sendiri.



Bagaimana caranya untuk isteri mempunyai Me Time tanpa memikirkan tentang anak-anak dirumah?

Sokongan ahli keluarga sangat penting bagi wanita yang mempunyai anak kecil. Suami dan ahli keluarga lain perlu lebih kerap membantu menguruskan bayi kecil agar isteri yakin yang suami dan ahli keluarganya juga mampu menguruskan anak dan rumahtangga dengan baik.

Suami juga perlu membiarkan isteri menentukan Me time nya sendiri. Apa yang dia ingin lakukan atau kemana dia ingin pergi. Isteri tentu akan menghargai peluang yang diberikan suaminya.

Ketika isteri kerap-kerap marah dan merungut keletihan suami perlu tahu waktu itu isteri sangat-sangat memerlukan Me Time. 

Me Time akan membuatkan isteri lebih tenang dan gembira dalam rumahtangga. Apa yang dilakukan isteri ketika Me Time mungkin nampak simple dan biasa saja pada pndangan suami tapi percayalah ianya sedikit sebanyak memberi isteri semangat dan  memulihkan mood isteri.



Wanita yang tiada anak juga memerlukan Me Time.

Me Time bukan hanya untuk wanita yang mempunyai anak-anak. Wanita yang tidak mempunyai anak juga memerlukan Me Time. Ada masa-masanya dia mahu bersendiri untuk satu jangka masa. 1 jam atau 1 hari ianya akan memberi kesan yang baik pada mentalnya.

Wanita yang tidak mempunyai anak mungkin fizikalnya tidak letih tapi mentalnya yang terkesan dengan pekerjaan di tempat kerja, masalah keluarga , masalah kewangan, masih memerlukan dia untuk mempunyai Me Time.

Sebagai suami cuba lah letak kan diri anda sendiri di tempat isteri. Adakah anda mampu melakukan seperti isteri anda. Bangun sebelum anda, seawal jam 6 pagi, sediakan makanan untuk keluarga, menghantar anak kesekolah, menguruskan rumahtangga, namun masih mampu membantu anda menjana ekonomi keluarga. Anda pulang kerumah dan melihat semuanya sudah tersedia rapi. 

Masihkan anda mahu menafikan hak isteri untuk mempunyai Me Time? 

Catat Ulasan

0 Ulasan