REVIEW DAN SINOPSIS : LINK : EAT, LOVE, KILL

REVIEW DAN SINOPSIS : LINK : EAT, LOVE, KILL | Satu lagi kdrama yang on going sekarang ni. Drama ni pun tak kurang ramai juga peminatnya  dan dibarisi pelakon-pelakon terkenal yang biasa kita tonton dalam kdrama. Dibintangi Oleh Moon Ga Young, Yeo Jin Goo dan ramai lagi.




Drama genre thriller, komedi dan cinta. Ada yang kata drama ni bosan sebab banyak berbual dan jalan cerita lambat berkembang. Kalau korang suka drama thriller yang santai dan tak terlalu memikir, ini drama yang sesuai untuk korang. Tapi bagi aku drama ni biasa-biasa saja. Tak de rasa teruja nak tunggu setiap episod.

Drama ni nampak berwarna warni , tapi disebaliknya ada cerita yang gelap dan kelam. Mungkin jugak akan jadi menyedihkan. Kena tunggu epsiod seterunya.

Jalan cerita lambat berkembang, yang ni aku setuju sangat sedangkan ada kisah Ji Won Tak dan Hwang Min Jo yang masih kita tunggu-tunggu perkembangan watak diaorang. Satu lagi kisah Hong Bok Hee dan Ibu dia,. Na Chun Ok yang masih jadi teka teki bagi kita tentang siapa sebenarnya mereka berdua.

Aku cuma risau nanti dah masuk episod ke 10 baru nak dedahkan semua kisah mereka-mereka ni dan mula la jalan cerita jadi kelam kabut dan tak cantik jalan cerita nya. 

Pelakon memang best2. Dan aku rasa ramai yang tonton sebab 2 pelakon yang memang sangat popular dan diminati ramai. 



Ramai juga yang tertanya-tanya betul kah mereka kembar? Sampai episod yang terkini aku punya tekaan : Mereka bukan kembar. Adik kembarnya memang sudah mati dibunuh. No Da Hyun terima organ adik kembar Gye Hoon. Titik!!

Betul ke tidak, kena tunggu sampai habis episod..


Sinopsis Link: Eat, Love, kill . 


Eun Gye Hoon mempunyai kembar ketika kecil. Satu hari adik kembarnya hilang dan berbagai usaha mencari dijalan kan namun gagal. Menurut seorang peramal, salah seorang di kawasan tersebut adalah pelaku nya. 

Gye Hoon dan adik kembarnya berkongsi perasaan yang sama. Jika adiknya bersedih, dia juga dapat merasai kesedihan tersebut. Namun sejak adik kembarnya hilang dia tidak lagi merasai perasaan yang sama dengan adik kembarnya. Jadi dia menganggap adik kembarnya sudah mati.

Selepas dewasa, Gye Hoon menjadi seorang Chef terkenal. Tiba-tiba dia merasai satu perasaan yang  sudah lama tidak dia rasai. Tanpa sedar dia menangis. Ketika itu dia tahu perasaan tersebut adalah dari adik kembarnya. Dia yakin akan menemui adik kembarnya lagi.




Gye Hoon merancang membuka restoran di tempat tinggal lamanya dahulu.Dalam masa yang sma dia ingin mengetahui apa yang sebenarnya yang berlaku pada adik kembarnya.  Dia bertemu dengan No Da Hyun, gadis yang pernah dia temui ketika dia sedang berehat diatas bumbung seebuah hotel. Ketika itu No Da Hyun sedang bersedih dan perasaan sama dialami oleh Gye Hoon.

Pertemuan sekali lagi dengan No Da Hyun membuatkan dia keliru sama ada No Da Hyun adalah adik kembarnya yang hilang dahulu.


No Da Hyun , gadis yang cantik. Tanpa dia sedar dia sering diperhatikan oleh  Lee Jin geun. Satu Hari ketika dalam perjalanan pulang , Da Hyun menyedari yang Lee Jin Geun mengekorinya. Dia melarikan diri dan cepat-cepat masuk ke kedai milik ibunya. Malangnya Lee Jin Geun lebih pantas. Da Hyun bergelut untuk melepaskan diri dan dia terjatuh dan pengsan.

Sebaik sedar dia mendapati lelaki terebut sudah terbaring tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di lantai. Da Hyun ketakutan dan menuju ke balai polis. Tapi dia takut untuk melaporkan kejadian terebut. Dia pulang semula ke kedai dan mendapati ibu dan nenek nya didalam kedai tersebut.




Mereka merancang untuk menyembunyikan mayat lelaki tersebut didalam peti sejuk milik Gye Hoon. Apa yang terjadi seterunya.. teruskan menonton drama ini..

Pelakon Link: Eat, Love, Kill

Yeo Jin Goo

Moon Ga Young

Kim Ji Young

Ye Soo Jung

Ahn Se Bin

Kim Ha Eon

Lee Seol A

Lee Bom

Sung Dok Ho

Lee Bom Sori

Shin Jae Hwi

Catat Ulasan

1 Ulasan