REVIEW DAN SINOPSIS : YUMI'S CELLS 2

REVIEW DAN SINOPSIS : YUMI'S CELLS 2 | Kdrama Yumi's Cells Season 2 adalah sambungan dari siri pertama yang siarkan pada tahun lepas. Drama ni memang dapat sambutan ramai walaupun jalan cerita ringan dan ringkas saja. Siapa yang tonton Yumi pada musim pertama comfirm tak kan lepas kan peluang untuk tonton Yumi' cells musim ke 2. Baca Review dan Sinopsis Yumi's Cells season 1



Drama ni korang kena tonton dari musim pertama . Baru lah boleh layan dan kenal semua cells yumi tu. Kalau musim pertama Yumi bercinta dengan Woong kali ni dengan Ba Bi  atau Bobby Yoo pulak. Lagi hensem dari Woong. 

Memang berbeza sangat personaliti kedua-dua lelaki ni. Wang lebih ego dan tak suka tunjuk kan kelemahan nya walaupun ada masanya Yumi dapat lihat kelemahan Wong. Tapi Ba Bi ni memang nampak sempurna. Dia penyayang, memahami, penurut dan paling penting dia tak pernah rasa nak nampak lebih hebat dari Yumi.


Untuk musim kedua, Yumi dah tak bekerja sebab dia nak pilih kerja baru iaitu sebagai penulis. Part ni aku macam sedih sikit sebab aku lebih suka dia bekerja kat situ. Lebih dekat dengan Ba Bi dan kawan-kawan dia.

Kalau musim lepas ada watak Seo Sae Yi yang annoying, untuk musim ni aku dapat rasa akan ada watak annoying yang mengganggu hubungan diaorang. Tapi entah la. Mungkin jugak tak de. Mungkin cabaran hubungan diaorang ni adalah disebabkan Yumi dah tak bekerja. siapa tahu..kan?

Apa pun memang tak sabar tunggu setiap episod drama ni.


Sinopsis Yumi's Cells Season 2

Selepas hubungan Yumi dan Woong putus, Yumi sering teringatkan Woong namun sikap Woong yang ego tidak dapat diterima Yumi. Ba Bi yang sejak awal memerhatikan Yumi, mula mendekati Yumi dan tanpa teragak-agak dia menyatakan hasrat nya untuk bercinta dengan Yumi. 



Awalnya Yumi menolak namun semakin lama dia tahu yang dia juga menyukai Ba Bi. Bermula lah hubungan cinta Babi dan Yumi. 

Dalam masa yang sama Woong yang masih mengingati Yumi, memulakan kehidupan baru dengan bekerja sebagai software enggineer. Satu hari dia ingin membeli periuk nasi. Satu iklan yang dilihat membuatkan dia tertarik untuk membeli periuk nasi tersebut. Woong membuat janji dengan penjual dan tidak disangka-sangka rupanya ia adalah Yumi.

Mengingatkan Woong yang langsung berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang sewaktu mereka putus dahulu, Yumi berbuat perkara yang sama pada hari itu. Tapi dia mula rasa serba salah.

Yumi memujuk hatinya supaya tidak rasa bersalah kerana melayan Woong dengan buruk. Dia terus menuju ke rumah Ba Bi kerana malam tersebut mereka mahu menyambut krimas bersama-sama. Ketika bersama Ba Bi , Yumi mendapat pesanan dari Woong yang mahu berjumpa. 

Dengan izin Ba Bi , Yumi menemui Woong dan mengembalikan barang Woong yang masih disimpan. Dia juga menjelaskan yang dia sudah mempunyai teman lelaki.



Pelakon Yumi's Cells

Kim Go Eun

Jin Young

Lee Yoo Bi

Mi Ram

Ahn Bo Hyun

Yun Yoo Sun

Sung Ji Ru 

Catat Ulasan

0 Ulasan