REVIEW DAN SINOPSIS : KISS SIXTH SENSE

REVIEW DAN SINOPSIS : KISS SIXTH SENSE | Dulu masa muda-muda bukan minat sangat pun band Kpop , GOD. Tak minat lansung tau. Tapi bila Yoon Kye Sang aktif belakon banyak pula tengok drama-drama lakonan dia. Aku suka sebab dia selalu bawa watak yang matang. Sesuai la dengan usia dia tu. Sama dengan Drama ni bagi aku yang menariknya ialah jalan cerita dan watak yang dia bawa.



Drama ni adaptasi dari web novel yang berjudul Kiss Sixth Sense yang diterbitkan pada tahun 2019 , karya Gatnyeo. Selain Yoon Kye Sang, pelakon wanita , Seo Ji Hye dan Kim Ji Suk pun turut membintangi drama ni.

Aku suka kan cerita cinta yang matang tapi masih ada babak-babak lucu. Itu lah yang ditonjolkan dalam drama ni. Ketiga-tiga pelakon ada keserasian. Kadang-kadang kesian juga dengan watak Pil Yo yang sangat mencintai Ye Sol tapi kalau dah bukan jodoh, cinta macam mana pun tetap kan kan bersama. 

Pil Yo ni bukan jahat tau, dia cuma menjengkelkan. Dia macam tak boleh terima hubungan mereka tu dah putus. Lelaki yang perangai macam ni memang menjengkelkan. Dia datang dan buat macam hubungan tu masih sama macam dulu. Tapi tak salahkan dia sebab mereka putus pun sebab Ye Sol Nampak di masa depan Pil Yo bersama dengan wanita lain.


Cha Min Hu dia jenis yang tenang saja. Dia tak mudah mengelabah, tak memaksa dan dia tenang saja. Mungkin sebab dia ada kuasa mendengar apa orang bualkan , jadi dia dapat hadapi keadaan sukar tu dengan lebih bersedia. Awal-awal episod memang tak dapat jangka keadaan sebenar yang Cha Min Hu. Rasanya episod ke 3 kot baru penonton tau dia sebenarnya ada kuasa yang dapat mendengar bunyi-bunyi dengan jelas walaupun bunyi degupan jantung.

Hong Ye Sol pulak wanita yang bekerja di bawah Cha Min Hu. Cha Min Hu ni mentor dia la. Hong Ye Sol ada kuasa dia boleh nampak masa depan sesiapa yang menyentuh bibir dia.

Memang best la drama ni bagi aku. Drama ni ada 12 episod aja dan ditayangkan di  Disney +.


Sinopsis Kiss Sixth Sense

Sejak kecil Hong Ye Sol mempunyai satu kuasa yang membolehkan dia melihat masa depan seseorang yang menyentuh bibirnya. Disebab kan itu dia tidak mempunyai hubungan cinta yang kekal kerana dia melihat berbagai perkara buruk hubungan nya dengan seseorang.



Ye Sol bekerja di sebuah syarikat pengiklanan yang diketuai oleh Cha Min Hu, ketua yang tegas , garang dan dianggap tidak berperasaan dikalangan rakan sekerja. Malah mereka sering bercakap buruk mengenai Cha Min Hu. Satu hari ketika membantu Cha Min Hu mengangkat barang, tiba-tiba dia terjatuh dan menyebabkan bibirnya menyentuh Cha Min Hu.

 

Ketika itu lah dia ternampak masa depan nya denan Cha Min Hu yang sangat tidak disangka-sangka. Dia melihat yang dia dan Cha Min Hu tidur bersama dan ketika itu wajahnya mengambarkan yang mereka sangat bahagia.

Sejak hari itu setiap kali dia berdepan dengan Cha Min Hu , jantung nya berdegup kencang dan hilang fokus. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Tidak mungkin lelaki yang tidak mempunyai perasaan itu akan menjadi kekasihnya.



Pelakon Kiss Sixth Sense

Yoon Kye Sang

Seo Ji Hye

Kim Ji Suk

Hwang Bo Ra

Kim Ki Doo

Kim Mi Soo

Yoon Jung Hoo

Kim Jae Hwa

Catat Ulasan

0 Ulasan