FLEX X COP - REVIEW DAN SINOPSIS

FLEX X COP - REVIEW DAN SINOPSIS | Kdrama Flex X Cop lakonan Ahn Bo Hyun dan Park JI Hyun diarahkan oleh Kim Jae Hong dan di tulis oleh Kim Ba Da. Episod baru Flex X Cop boleh di tonton di saluran Disney + Hotstar setiap jumaat dan sabtu.

Flex X cop


Flex X Cop mula ditayangkan pada 26 January 2024 dengan 16 episod. 

Sinopsis Flex X Cop

Kdrama Flex X Cop mengisahkan Jin I Soo anak orang kaya yang kehidupan seharian nya di penuhi dengan apa yang dia suka. Dia ceria, suka berhibur namun tidak suka terlibat dengan masalah.

Sehinggalah suatu hari dia terlibat satu kes menyerang seorang lelaki . Kes tersebut membuatkan dia ditahan pihak polis dan ayahnya memutuskan untuk menyingkirkan I Soo dalam keluarganya kerana tidak mahu I Soo menjatuhkan maruah keluarga.

Flex X cop


Mujurlah lelaki yang I Soo pukul sebenarnya seorang penjenayah yang sudah lama dikehendaki pihak polis. Keadaan bertukar apabila polis menjadikan I Soo sebagai seorang wira yang berjaya menangkap penjenayah tersebut. Ianya demi menjaga nama baik polis yang selama ini gagal memburu penjenayah terbabit.

Pihak polis mengumumkan bahawa I Soo sebenarnya mata-mata pihak polis yang selama ini diberi peranan untuk memburu penjenayah tersebut. Disebabkan kes itu juga I Soo di pilih secara rasmi sebagai anggota polis.

Flex X Cop


Walaupun awalnya dia tidak mahu menerima jawatan tersebut namun demi abangnya dia memutuskan untuk melaporkan diri ke balai tempat dia bertugas. Keadaan tersebut membuatkan rakan polis yang lain tidak berpuas hati dengan I Soo. Namun I Soo membuktikan kemampuan nya menyelidiki berbagai kes jenayah sekaligus mengubah pandanga rakan polis lain terhadapnya.

Review Flex X Cop

Saya bukan tak suka kdrama tentang kepolisian tapi drama polis biasanya jalan ceritanya rumit dan berat. Untuk otak saya yang dah bekerja seharian memang tak sesuai untuk menonton drama kepolisian yang berat.

Flex X Cop


Tapi untuk Flex X Cop saya boleh katakan ini drama kepolisian yang santai dan tak terlalu tertumpu kepada kes jenayah. Drama ni juga tentang kekeluargaan. Ktta tak dihidangkan dengan pencarian bukti dan saksi yang berterusan sepanjang menonton drama ni.

Ianya lebih tenang dan ringan untuk di tonton dengan perasaan gembira. Tambah pulak drama ni ada juga scene kelakar dengan sikap I Soo yang santai dan ceria. 

Tapi macam biasalah dalam drama korea, watak uatama mesti ada sisi gelap dalam hidupnya.  I Soo ni dia ada kenangan pahit yang berkaitan dengan ibu dia yang dah meninggal dunia. Tekanan sentiasa datang dari ibu tirinya yang sangat risau harta keluarga jatuh pada I Soo. 

Flex X Cop


Dalam setiap episod ada kes jenayah yang berbeza. Jadi tak la bosan sangat dengan 1 kes yang meleret-leret dan rumit. Saya lebih suka drama macm ni.

BACA: Marry My Husband

Saya tak suka watak utama perempuan tu. Dia nampak macam sombong tapi tak de kebolahan pun. Nampak pemalas juga sebab kereta nya terlalu kotor. Polis pun ada ramai yang bersih dan tak suka bersepah. Tapi yang ni nampak berlebihan sangat pengotor tu. Saya tak tahu la kalau penulis memang nak bagi penonton benci pada watak wanita ni. Tak kan kottttt... Tapi dia memang annoying la. Walaupun I Soo dah tolong dapatkan bukti dan selesaikan kes dia masih nak berlagak dengan I Soo. Jadi jelas kot penulis nam buat penonton benci pada watak uatama wanita nih.

Yang lain semuanya ok dan saya serok tonton drama ni.

Pelakon Flex X Cop

Ahn Bo Hyun

Park Ji Hyun

Kang Sang Joon

Kim Shin Bi

Jang Hyun Sun

Kim Myung Soo

Kwak Si Yang

Catat Ulasan

0 Ulasan