MY HAPPY ENDING FULL REVIEW AND SYNOPSIS

MY HAPPY ENDING FULL REVIEW AND SYNOPSIS | Kdrama My Happy Ending lakonan hebat Jang Na Ra dan  Son Ho Jun disiarkan setiap sabtu dan ahad bermula 30 December 2023 di saluran Viu.

MY HAPPY ENDING


Drama ini diarahkan oleh Jo Soo Won yang pernah mengarahklan drama Pinocchio, I Can Hear Your Voice dan Still 17. My Happy Ending di tulis oleh Baek Sun He dengan 16 episod yang mendebarkan

Synopsis My Happy Ending

My Happy Ending mengisahkan Seo Jae Won seorang wanita bergelar CEO disebuah syarikat besar. Dia sudah berkahwin dengan Heo Soon Young dan mempunyai anak yang comel, Ai Rin. Kehidupan mereka sangat bahagia dan saling mencintai.

Namun keadaan mula berubah apabila Seo Jae Won  diserang seorang lelaki di pejabatnya. Dia mula risau dengan keselamatan nya. Dia juga menyedari suaminya sangat mencurigakan dan mula mengupah seorang penyiasat persendirian. 

MY HAPPY ENDING


Seo Jae Won mula mengintip dan mengekori suaminya dan dia sangat terkejut apabila mendapati suaminya mempunyai hubungan sulit dengan rakan baiknya sendiri iaitu Kwon Yoon Jin.

Sebaliknya apa yang terjadi adalah, Heo Soon Young sebenarnya  sengaja melakukan perkara tersebut hanya untuk membuatkan Jae Won sakit hati. Dia merasa tertipu kerana dia mendapat satu salinan yang mengesahkan Ai Rin sebenarnya bukan anak kandung nya. Dia juga menerima satu rakaman cctv yang menunjuk kan Jae Won masuk ke dalam bilik hotel dengan seorang lelaki yang tidak di kenali.

BACA: Flex X Cop

Jae Won cuba berbincang dengan Soon Young kerana dia sendiri tidak tahu selama ini Ai Rin bukan anak kandung soon Young.  Tapi Soon Young memutuskan untuk bercerai. 

MY HAPPY ENDING


Perkara tersebut membuatkan Jae Won sangat tertekan sehinggalah pada suatu hari Soon young mendapati Jae Won Seperti orang lain. Jae Won seolah-olah lupa dengan apa yang berlaku antara mereka. 

Soon Young menemui ubat sakit kepala milik Jae Won dan mendapati ubat tersebut sebenarnya adalah ubat bipolar. Ketika itu lah dia baru tahu yang Jae Won mengidap bipolar yang sangat serius.

Dia mula kesal dengan apa yang dilakukan kerana dia tidak tahu rupanya Jae Won sudah mengalami tekanan hidup sejak dari bangku sekolah lagi. Soon Youngemutuskan hubungan dengan Yoon Jin dan ini menyebabkan Yoon Jin bertindak dengan lebih jauh lagi hingga membuatkan Jae Won dan Soon Young kesal.

MY HAPPY ENDING


Malangnya satu hari polis datang ke rumah Jae Won dan memberitahu Soon Young sudah meninggal. Jae Won juga ditahan kerana menjadi suspek pembunuhan suaminya sendiri. 

Review My Happy Ending

Kalau korang baca sinopsis yang saya tulis panjang-panjang ni korang mesti rasa itu penamatnya. Sebenarnya tidak. Itu baru permulaan. Selepas je Soon Young mati jalan cerita drama ni lebih menarik dan mendebarkan.

Saya suka Jang Nara dalam drama ni yang lebih nampak matang walaupun wajahnya comel macam budak2. Saya suka emosi yang dia bawak sampai saya sendiri terbawa-bawa setiap perasaan Jae Won.

MY HAPPY ENDING


Bila dia sedih kita pun rasa sedih. Bila dia marah ,kita boleh rasa perasaan marah tu. Kalau Jae Won sendiri tak boleh percaya suaminya dah mati, itulah perasaan yang sama dirasai penonton-penonton dirumah ni. Macam tak percaya bila sampai part suami dia mati tu. Ye lah. Kita kan peminat setia Son Ho Jun. Macam tak percaya lah bila dia mati. Terlupa sekejap yang Jang Nara adalah watak utama sebenar dalam drama ni. Suaminya hanyalah sebahagian dari jalan cerita.

Tapi otak masih lagi berjalan memikirkan Son Ho Jun. Mula tertanya-tanya adakah penulis sengaja mematikan Son Ho Jun agar penonon sekali lagi meluahkan kemarahan sama seperti drama The First Responder dahulu? 

MY HAPPY ENDING


Drama ni memang berat sikit tapi best betul kalau dah layan. Penulis nya mesti tak tidur malam menulis naskah ni. Sebab jalan cerita nya sangat padat. Boleh dikatakan setiap episod tu ada je perkara besar yang berlaku yang mengubah jalan cerita jadi lebih suspend.

Sewaktu artikel ni ditulis drama ni dah masuk episod ke 12. Kenapa kah debaran nya tu terhenti di episod 12. Penulis sengaja nak menyiksa penonton nampaknya. Beruntunglah kalau korang jenis tunggu semua episod habis baru korang tengok drama ni. 

Pelakon My Happy Ending

Jang Na Ra

Son Ho Jun

So E Hyun

Lee Ki Taek

Kim Hong Fa

Park Ho San

Kim Myung So

Catat Ulasan

0 Ulasan