THE KILLING VOTE

THE KILLING VOTE | Kdrama september 2023 , The Killing Vote dilakonkan oleh Park Hae Jin, Park Sung Woong dan Lim Ji Yeon . Drama ini diarahkan oleh Park Shin Woo yang pernah mengarahkan drama It's Okay To Not Be Okay. 

The Killing Vote


The Killing Vote adalah Kdrama adaptasi dari sebuah webtoon popular berjudul Kookminsahyungtopyo yang ditulis oleh Eom Se-Yoon dan diterbitkan pada tahun 2015. Drama dengan genre pembunuhan ini boleh ditonton di Prime Video 

Review The Killing Vote


Drama ni tentang mencari keadilan. Drama tentang pembunuhan orang-orang yang pernah melakukan kejahatan tapi terlepas hukuman ketika pengadilan di mahkamah. Agak menarik jalan ceritanya sebab plot nya berkembang kemudian muncul watak-watak baru yang ada kaitan dengan pembunuh tu.

Ada suspen juga lah bagi saya sebab pembunuhan yang berlaku tu berdasarkan undian dari rakyat Korea. Benda tu yang mencabar pihak polis sebab polis-polis tu nak cari dalang sebenar yang buat undian tu tapi yang menggalak kan pembunuhan tu sebenarnya adalah orang yang mengundi iaitu rakyat korea sendiri.

The Killing Vote



Yang tak bestnya ialah tak banyak babak aksi walaupun ini drama thriller. Kalau banyak babak aksi mesti lagi best. Pelik juga bila anggota polis tak pandai lawan. Sekali penjenayah tolak terus jatuh pening lalat. Contohnya babak Jo Hyun yang diserang penghantar barang di hospital waktu dia berlari mengejar suspek. Sekali tolak terus jatuh tak boleh bangun. 


Kemudian ada lagi babak tak rasional lansung dimana Jo Hyun masuk ke rumah Kwon Seok Jo  siap bawak adik dia dan kawan adik dia sekali walaupun keadaan masa tu bukan mendesak. Bukan kah polis kalau dia nak bertindak dia tak kan melibatkan orang awam. Dah la masuk dalam rumah tu sorang-sorang je. Tak de senjata apa pun. Tak logik la.

Kemudian babak masa kereta nak meletup di padang sekolah tu pun sama. Apa keperluan Jo Hyun berlari meluru ke kereta yang nak meletup tu?? Sampai sekarang saya tertanya-tanya dia berlari kesitu untuk apa sedangkan ada ramai anggota polis, kereta peronda, ambulans penuh di kawasan tu.

The killing Vote



Sama juga macam episod yang terbaru ni dimana Kim Ji Hoon boleh ada di dalam bilik yang sama dengan Dr Oh. Sedangkan dia datang untuk rawatan susulan tangan dia.Terus dia jadi tebusan Dr Oh. Macam mana dia ada dalam bilik tu tak pulak dijelaskan.Tiba-tiba je, kan? Pelik tak?


Jalan cerita memang best tapi ada banyak babak yang macam tak logik dibuat untuk mewujudkan babak suspend. Zaman sekarang orang tengok drama bukan saja untuk hiburan tapi untuk minda juga. jadi kena la buat drama atau filem yang boleh diterima akal juga. Lain la kalau genre fantasi. Boleh la nak buat jalan cerita merapu sikit.
 
Apa pun drama ni masih boleh di tonton kerana jalan cerita best walaupun ada scene2 yang tak patut ada macam saya cerita kat ats ni. 

Synopsis The Killing Vote


The Killing Vote mengisahkan pembunuhan yang dilakukan melalui undian. Seorang lelaki muncul dengan memakai topeng anjing dan meminta rakyat Korea melakukan undian diatas talian untuk menghukum mereka yang bersalah tapi terlepas hukuman ketika perbicaraan mahkamah.

The Killing Vote



Pesalah yang mendapat undian akan dihukum bunuh sebaik sahaja undian berakhir.


Kim Mu Chan seorang anggota polis dengan dibantu oleh Joo Hyun menyiasat kes tersebut berusaha untuk menangkap lelaki bertopeng anjing yang di gelar Gaetal. Siasatan polis membawa kepada persamaan Gaetal dengan 
Kwon Seok Joo yang pernah membunuh seorang remaja OKU kerana remaja tersebut memperkosa dan membunuh anaknya.

The Killing Vote



Kwon Seok Joo diminta membantu pihak polis kerana Gaetal pernah menghantar surat kepada nya dan mengakui dia adalah peminat no 1 Kwon Seok Joo. Kwon Seok Joo mengesyaki Gaetal adalah orang yang dia kenali dan rapat dengan nya.

The Killing Vote Cast


Park Hae Jin

Park Sung Woong

Lim Ji Yeon

Kim Yu Mi

Kim Kwon

Kwon Ah Reum

Seo Young Joo

Choi Yu Hwa

Catat Ulasan

0 Ulasan