DOCTOR SLUMP - KDRAMA NETFLIX 2024

DOCTOR SLUMP - KDRAMA NETFLIX 2024 | Doctor Slump dilakonkan oleh Park Hyung Sik dan Park Shin Hye. Drama ini diarahkan oleh Oh Hyun Jong yang pernah mengarahkan drama Find Me In Your Memory. Doctor Slump mula ditayangkan pada 27 January setiap sabtu dan ahad dengan 16 eopisod.

doctor slump

Synopsis Doctor Slump

Doctor Slump mengisahkan Yeo Jeong Woo seorang pelajar cemerlang disekolah. Dia kemudian nya menjadi seorang pakar bedah plastik yang berjaya dan terkenal di Korea. Namun disebabkan satu kejadian kemalangan perubatan hingga menyebabkan kematian, dia di dakwa dan kliniknya juga di tutup. Kisahnya menjdi perhatian ramai.

Yeo Jeong Woo memutuskan untuk berpindah menyewa disebuah rumah bumbung.

doctor slump


Di saat dia berada diambang kejatuhan dia bertemu semula dengan Nam Ha Neul yang juga saingan nya ketika di sekolah. Nam Ha Neul seorang pakar bius . Namun dia mengalami banyak tekanan di tempat kerja dan sering di tindas sehinggalah dia disahkan mengalami kemurungan 

BACAMY HAPPY ENDING FULL REVIEW AND SYNOPSIS 

Dalam keadaan tertekan dia memilih untuk berhenti kerja dan ketika itulah dia bertemu semula dengan Yeo Jeong Woo yang kebetulan berpindah diatas rumahnya.

Walaupun dahulu mereka sering bermusuhan namun kini mereka saling menyokong satu sama lain. Semakin hari hubungan mereka menjadi lebih erat dan membuahkan perasaan romantis antara satu sama lain.

doctor slump

Review doctor Slump Kdrama Netflix 2024

Walaupun tajuknya Doctor Slump tapi ianya bukanlah drama perubatan. Ini adaah drama romantis. Drama ni ada 16 episod dan disiarkan di Netflix setiap sabtu dan ahad. Biasalah kalau sabtu ahad ni tak kemana-mana terpaksa lah tengok drama ni sementera nak tunggu drama lain keluar.

Jadi masa tayangan nya tu yang membuatkan ramai tonton drama ni walaupun drama ni bukanlah best sangat-sangat. Memang ada babak-babak lucu dalam drama ni yang saya suka. Terutamanya babak-babak masa diaorang di zaman sekolah. Ada banyak babak lucu. Itu yang best tentang drama ni.

doctor slump


Episod 1 dan 2 agak menarik mulanya. Tapi jalan cerita jadi slow selepas episod ke 3 dan seterusnya yang lebih banyak berkisar tentang mereka duduk minum dan berbual.  

Kebanyakan babak lain terutamanya di zaman diaorang dah bekerja ni, semuanya bosan dan hanya perbualan biasa saja. Semakin lama drama jadi makin bosan. Kalau ada babak trowback zaman sekolah baru lah rasa kelakar. 

Jalan cerita drama ni sama je macam drama lain. Disebalik kisah cinta ada seseorang yang menikam dari belakang.

doctor slump


Saya perhatikan netflix suka siarkan drama cinta yang macam ni. Drama-drama yang membosankan. Tak seperti kdrama di Disney+hotstar yang semuanya berbaloi di tonton.

Pelakon Doctor Slump 2024

Park Hyung Sik

Park Shin Hye

Yoon Park

Kong Seong Ha

Oh Dong Min

Jang Hye Jin

Yoon Sang Hyeon

Hyun Bong Sik 

Catat Ulasan

1 Ulasan