REVIEW DAN SINOPSIS HOUSE OF NINJAS

REVIEW DAN SINOPSIS HOUSE OF NINJAS  | House Of Ninjas dilakonkan oleh Kento Kaku dan Riho Yoshioka. Drama ini diarahkan oleh Dave Boyle dan di tulis oleh Dave boyle sendiri bersama dengan Masahiro Yamaura , Kota Oura dan Kanna Kimura.

House Of Ninja boleh ditonton disaluran Netflix bermula 15 February 2024 dengan 8 episod.


Sinopsis House Of Ninja

House Of Ninja mengisahkan sebuah keluarga Shinobi . Mereka mempunyai sebuah kilang membuat Sake yang diusahakan turun temurun. Namun perniagaan tersebut menghadapi masalah dan sebagai ketua keluarga Soichi Tawara berusaha menyelamatkan kilang tersebut .

Soichi mahu keluarganya meninggalkan dunia Shinobi dan hidup seperti sebuah keluarga yang normal. Dia mahu ahli keluarganya melupakan segalanya tentang Shinobi sejak kematian anak sulungnya 6 tahun lalu. 


House Of Ninjas



Namun anak kedua nya, Haru Tawara tidak berminat untuk mewarisi kilang tersebut tambahan pula dia tahu disebalik kilang tersebut terdapat satu organisasi Shinobi. Dia tidak mahu terlibat dengan organisasi tersebut kerana pernah kehilangan abangnya, Gaku Tawara dalam satu misi yang pernah mereka lakukan 6 tahun lalu.

Dalam masa yang sama terdapat kes kematian penumpang sebuah kapal. ketua organisasi memaksa Haru Tawara dan ibunya, Yoko Tawara menyiasat kes tersebut. 

Penyiasatan Haru membawa kepada sebuah pertubuhan agama yang mempunyai ramai pengikut. 

Pembunuhan beramai-beramai yang berlaku diatas kapal sebenarnya ada kaitan dengan puak Fuma. Puak Fuma pernah di kalahkan oleh keluarga Hitori iaitu nama asal keluarga Tawara. Untuk sembunyikan identiti mereka dan merekrut ahli baru mereka berselindung di sebalik sebuah agama baru iaitu Gentenkai yang diketuai oleh Tsujioka Yosuke iaitu jelmaan Fuma Kotaro ke -19, orang yang sama membunuh Gaku Tawara.

House Of Ninjas


Nagi Tawara , adik perempuan Haru suka mencuri barangan purba di Muzium. Barang yang dicuri akan dipulangkan dalam masa 3 hari. kes kehilangan barang purba membuatkan polis sukar mengesan pencuri tersebut. Namun tanpa disedari Nagi sebenarnya diekori seseorang dan dia merasakan orang tersebut adalah abangnya, Gaku Tawara.

BACA: REVIEW DAN SINOPSIS TURN TO ME MUKAI-KUN

Organisasi yang hidup disebalik kilang sake milik keluarga Tawara tidak berputus asa mendesak Soichi Tawara kembali ke dunia Shinobi demi menyelesaikan kes misteri pembunuhan beramai-ramai di kapal dan juga kes-kes lain. Namun Soichi tidak mengendahkan permintaan tersebut . Namun sebaik sahaja dia tahu keadaan ahli keluarganya yang mendesak dia mula kembali beraksi sebagai Shinobi.

House Of Ninjas


Review House Of Ninja

House Of Ninjas  adalah sebuah drama jepun 2024. Korang boleh tengok drama ni dekat Netflix. Drama ni 8 episod saja. Drama genre aksi, komedi dan misteri. Tapi babak komedi tu tak banyak pun sebenarnya. Tapi unsur-unsur komedi dalam drama ni buat ianya agak menarik di tonton sebab ada keseimbangan dalam jalan cerita.

House Of Ninjas


Kalau jalan cerita serius saja tak best jugak kan. Bila ada komedi,aksi, romantis dan juga kekeluargaan tu menjadikan drama ni sesuai di tonton setiap lapisan umur.

Walaupun drama ni drama aksi tapi biasalah, drama jepun memang slow sikit.Drama ni kita kena tonton dengan penuh fokus sebab jalan ceritanya ada kisah lalu yang menjadi misteri. Tapi pada episod ke 5 korang dah dapat faham kisah sebenar keluarga Tawara dan dendam Fuma Kotaro.

Ada babak polis dibogelkan pada episod ke 5 minit ke 26. Mana lah tahu kalau2 korang nak menjaga mata .Walaupun tak tunjuk anunya tapi babak tu masih tak manis di tonton. Episod 5 memang banyak babak tak manis di tonton . Babak kissing je..

Best ke drama House Of Ninjas ni? Bagi saya best sebab jalan cerita dia. Cuma saya tak puas hati sebab babak aksi tu tak jelas pun sebab babak tu mesti dekat tempat gelap. Ye la.. Dah nama pun ninja. Diaorang bergerak pun dalam gelap. Kena bergerak seperti bayang-bayang. Lain sangat kalau kita tonton anime aksi-aksi ni. Gambarnya terang dan jelas. Sebab tu la kot ramai suka tonton anime. Kalau live action ni bab pencahayaan tu memang kurang lah.

House Of Ninjas


Itu saja lah review saya untuk drama House Of Ninjas . Kalau korang berminat boleh tonton di netflix bermula 15 february 2024.


Pelakon House Of Ninja

Kento Kaku - Haru Tawara

Yosuke Eguchi - Souichi Tawara

Tae Kimura - Yoko Tawara

Kengo Kora - Gaku Tawara

Aju Makita - Nagi Tawara

Nobuko Miyamoto - Taki Tawara

Riho Yoshioka - Karen Ito

Tomorowo Taguchi - Majin Hamashi

Tokio Emoto - Masamitsu Oki

Kyusaku Shimada - Kosaku Kuze

Pierre Taki - Zensuke Omi

Mariko Tsutsui - Toko Mukai

Tenta Banka - Riku Tawara

Catat Ulasan

0 Ulasan