AN INCURABLE CASE OF LOVE

An Incurable Case Of Love | Drama bersiri Jepun yang dilakonkan oleh Takeru Satoh dan Mone Kamishiraishi ini disiarkan di Netflix. Drama ini diarahkan oleh Kenta Tanaka, Ryosuke Fukuda dan Fuminori Kaneko.



Drama ini adalah adaptasi dari manga berjudul Koi wa Tsuzuku yo Dokomademo yang ditulis oleh Maki Enjoji , penulis yang sama untuk siri drama. 

Drama dengan 10 episod ini mula ditayangkan pada 14 february 2024 disaliran Netflix.

 Sinopsis An Incurable Case Of Love

An Incurable Case Of Love mengisahkan  Nanase Sakura yang nekad menjadi jururawat selepas melihat seorang doktor yang sangat baik membantunya menyelamatkan seorang nenek ketika pulang dari sekolah. 



Dia terkejut dengan tindakan pantas Doktor Tendo yang menyelamatkan nenek tua tersebut. Doktor Tendo juga melayan nya dengan sangat baik dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

Selepas kejadian itu dia berusaha belajar dengan tekun selama 5 tahun agar dapat menjadi jururawat supaya dapat bertemu semula dengan doktor Tendo.

Hari pertama dia melaporkan diri di hospital dia dapat bertemu dengan doktor Tendo. Peluang tersebut digunakan untuk nya meluahkan perasàan pada doktor tendo. Malangnya dia di tolak malah dihina oleh doktor tendo. Dia tidak menyangka doktor tendo yang kacak, baik dan penyayang adalah seorang yang kejam dan dingin.



Walaupun begitu semua staf dan rakan sekerja menyokong Sakura dan memberi semangat pada Sakura untuk memikat Doktor Tendo. Mereka menggelarnya srikandi yang akan melawan Syaitan. Syaitan adalah julukan yang diberikan staf hospital pada doktor tendo kerana sikapnya yang dingin terhadap rakan sekerja.

Review An Incurable Case Of Love

Minggu ni baru tergerak hati nak menonton drama AICOL ni. Tu pun sebab dapat tahu drama ni adaptasi dari manga. Saya memang suka drama adaptasi sebab orang tak kan buat drama adaptasi kalau ianya bukan dari karya yang rami suka. Betul tak?



Boleh dikatakan ni drama perubatan. Banyak babak lebih berkisar di hospital walaupun ianya drama rom-com. Pelakon2 pun best. Paling saya suka adalah positif vibes yang ada di hospital tu. Semua saling menyokong saling bersemangat. Tertanya-tanya jugak betul ke hospital dijepun macam tu layanan nya.

Lain sangat ye dengan hospital Malaysia ni. Kita yang masuk hospital jadi bertambah sakit gara-gara layanan nursenya. Sorry nurse malaysia. Saya mudah terpedaya dengan fantasi. 🤣🤣

Jalan ceritanya biasa saja. Perempuan naif ,ceria jatuh cinta pada lelaki dingin dan kejam. Kemudian ada babak swet romantic dan lucu.. Itu benda2 klise yang ada dalam drama rom-com. Tapi tu yang lain nya adalah personaliti Sakura tu. 

Dia sangat berterus terang, mengalah sekejap kemudian bangkit, dia berusaha, Tak de rasa malu🤭🤭🤭 dan yang best sekali walaupun lelaki tu suka layan dia dengan buruk tapi dia tetap nampak tak menyedihkan. 



Kalau korang nak drama yang ringan-ringan dan boleh tonton sambil rilek2 boleh tonton drama ni.



Pelakon An Incurable Case Of Love

Takeru Satoh

Mone Kamishiraishi

Katsuya Maiguma

Keisuke Watanabe

Kousei

Kumi Takeuchi

Ai Yoshikawa

Kami Hiraiwa

Karina

Koji Yamamoto

Catat Ulasan

0 Ulasan