MARRY MY HUSBAND - KDRAMA KISAH ISTERI YANG BANGKIT MENGUBAH TAKDIR BURUK DALAM HIDUPNYA

MARRY MY HUSBAND - KDRAMA KISAH ISTERI YANG BANGKIT MENGUBAH TAKDIR BURUK DALAM HIDUPNYA  | Kdrama Marry My Husband lakonan Park Min Young, Naa In Woo dan Lee Yi Kyung ini diarahkan oleh Park Won Gok ya g pernah mengarahkan drama Poong, The Jeseon Psychiatrist . Drama ini di tulis oleh Seong So Jak yang juga penulis asal webcomic Marry My husband.

Marry My Husband disiarkan setiap malam isnin dan selasa d TVN dengan 16 episod bermula 1 januiary 2024

Marry My husband

Sinopsis Marry My Husband

Marry My Husband mengisahkan Kang Ji Won , wanita yang sudah berkahwin dan malangnya dia disahkan mengidap kanser dan sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Satu hari dia memutuskan untuk pulang kerumah dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati suaminya, Park Min Hwan bersama wanita lain di tempat tidur mereka. Lebih menyedihkan lagi wanita tersebut adalah rakan baiknya sendiri, Jeong Su Min.

BACAREVIEW DAN SINOPSIS A SHOP FOR KILLERS

Keadaan mula menjadi tegang apabila Park Min Hwan dan Jeong Su Min langsung tidak menunjuk kan rasa bersalah. Tiba-tiba Park Min Hwan menolak Ji Won dan dia terjatuh.


Marry My Husband

Apabila sedar, Ji Won berada di dalam pejabatnya. Dia sangat terkejut dan tiba-tiba menyerang Park Min Hwan yang berada di situ. Dia tidak dapat mengawal perasaan kelirunya dan berlari keluar.

Dia melihat sekeliling dan menyedari bahawa dia sebenarnya kembali ke tahun 2013. 


Marry My Husband

Ji Won masih terkejut dengan apa yang dialami. Dia percaya keadaan tersebut adalah peluang untuknya mengubah tadir buruk yang dialami selepas berkahwin dengan Park Min Hwan. Dia mahu membalas segala perbuatan jahat suami dan kawan baiknya sendiri terhadapnya.

Tanpa Ji Won sedari sebenarnya ketua di tempat kerjanya memahami apa yang sebenarnya dialami oleh Ji Won. Yoo Ji Hyeok nekad untuk membantu Ji Won mencapai impian mengubah takdir hidup Ji Won


Marry My Husband

Hubungan Ji Won dan Ji Hyeok semakin rapat. Malah Ji Hyeok berterus terang yang dia juga sebenarnya tahu apa yang berlaku pada Ji Won di tahun 2023. Dia juga mengakui perasaan nya selama ini pada Ji Won.



Marry My Husband
 
Jeong Su Min mula menyedari Ji Won sudah tidak patuh pada kehendaknya. Tidak seperti selalu. Ji Won yang mengikut segala katanya dan sanggup melakukan apa saja untuknya kini semakin menjauh darinya. Dalam masa sama dia tetap mahu merampas Park Min Hwan.


Jeong Su Min tidak tahu bahawa Ji Won memang mahu memastikan Jeong Su Min dan Park Min Hwan berkahwin agar takdir buruk Ji Won beralih kepada Su min.


Review Marry My Husband

Kdrama yang tengah hangat di perkatakan dimana-mana. Ramai yang bagi komen positif untuk drama ni. Saya selau baca komen2 penonton di sosial media tentang drama ni. Kebanyakan nya suka dengan jalan cerita.

Biasalah drama tentang kecurangan rumah tangga biasanya memang dapat sambutan hangat. Tambah pulak drama ni dilakonlan oleh pelakon yang ramai suka. Park Min Young, Na In Woo, Le Yi Kyung, Gong Min jUng, Joo Jin Se da ramai lagi la. 

Pelakon yang ramai suka ni biasanya akan bagi aura yang baik untuk drama tu.

Marry My Husband

Pemilihan pelakon pun sangat sesuai dengan watak diaorang ni. Kalau korang dah biasa tonton versi webtoon memang akan timbul juga lah perbandingan drama ni dengan webtoon. Tapi untuk saya yang tak tonton versi webtoon saya suka dengan drama ni.

Tambahan pulak Lee YI Kyung tu walaupun bawa watak jahat tapi ada masanya dia seperti si jahat yang kelakar. Park Min Young cantik dalam drama ni. Walaupun ada pihak2 yang minta drama ni di boikot sebab Park Min Young terkait dengan satu skandal dengan bekas kekasih dia tapi ramai yang rasa ianya satu kerugian jika tak menonton drama ni.

Yang nak boikot tu pasaipa entah. Bukan kes besar pun. Entah apa yang difikirkan oleh mereka yang nak boikot tu.


Marry My Husband

Yang menarik tentang drama ni ialah jalan cerita nya yang ringan, kelakar. Kalau babak2 romantis tu saya rasa ianya tak berapa sweet la bagi saya. Tak cukup sampai untuk saya kata satu-satu babak tu sweet atau romantis. Mungkin penulis tak cukup romantis kot. 


Watak ibu kepada Park Min Hwan sangat memberi kesan dalam drama ni. Rasa membara bila tengok sikap ibu Park Min Hwan ni. Itu yang buat detik pembalasan tu sangat memberi kepuasan kepada penonton. Di tambah dengan peragai Su Min yang princess syndrome,memang selayaknya la Ji Won bertindak sejauh itu untuk membalas perbuatan diaorang.

Boleh dikatakan semua watak antagonis dalam drama ni dibalas dengan cukup untuk memuaskan penonton.

Cuma yang tak bestnya, kenapakah watak Yoo Ji Hyeok nampak sentiasa menyedihkan. Walaupun Ji Won sentiasa ada dengan nya tapi dia nampak menyedihkan dalam drama ni.  
 

Pelakon Marry My Husband 

Park Min Young

Na In Woo

Le Yi Kyung

Song Ha Yoon

Lee Gi Kwang

Gong Min Jung

Choi Gyu Ri

Ha Do Kwon

Catat Ulasan

0 Ulasan