REVIEW DAN SINOPSIS : A SHOP FOR KILLERS

REVIEW DAN SINOPSIS A SHOP FOR KILLERS| Kdrama lakonan Kim Hye Joon , Lee Dong Wook dan Park Ji Bin mula ditayangkan pada 17 January 2024 di saluran Disney+hotstar. Drama arahan Lee Kwon yang pernah mengarahkan filem Door Lock dan ditulis oleh Kang Ji Young.




A shop For Killer adalah adaptasi dari sebuah novel dengan judul " Salinjaui Shoppingmall" karya Kang Ji Young. Novel ni diterbitkan pada tahun 2020.

 

Sinopsis A Shop For Killers

Ketika masih kecil kedua ibu bapa Jeong Ji An dibunuh dan dia kemudian nya di jaga oleh pakciknya , Ji Man. Dia dijaga dengan penuh kasih sayang dan Ji Man sangat mengambil berat tentang keselamatan Ji An.




Dia kemudian nya menyambung pelajaran di universiti . Satu hari dia mendapat khabar bahawa Ji Man sudah meninggal dunia. Separuh dunianya hilang walaupun dia tidak dapat menitiskan air mata. Dia marah kerana Ji Man mati kerana membunuh diri.

Ji An pulang kerumah Ji Man . Ditemani Jung Min,  mereka memeriksa barang-barang milik Ji Man dan mendapati Ji Man mengusahakan perniagaan menjual paip melalui online. Namun apa yang mengejutkan apabila mereka mendapati laman web tersebut sebenarnya menjual senjata api.



Melalui website tersebut Ji An menerima satu pesanan bahawa dia akan dibunuh. sebaik menerima pesanan tersebut rumnya di serang dengan berdasw tembakan dan letupan. 

Ji An dan Jung Min to berusaha melindungi diri dari penyerang tersebut.

Review A Shop For Killers

Kdrama A Shop for killers lakonan Kim Hye Joon, Lee Dong Wook dan Park Ji Bin boleh di tonton di Saluran Disney+ Hotstar dengan 2 episod setiap minggu - Rabu dan Khamis.



Kalau kdrama di Disney Hotstar memang selalunya best2 jadi sebaik je drama ni ditayang terus saya tonton. Apalagi bila tengok pelakpn nya adalah Lee Dong Wook dan Park ji Bin. 2 Bintang yang memang lakonan mereka tak perlu dipertikaikan. 

BACA: Review dan sinopsis : Brave Citizen

Untuk 2 episod awal memang tak mengecewakan. Awal-awal je dah ada aksi mendebarkan  bila rumah Ji An di serang dan dia berusaha untuk memastikan tembakan tu datang dari mana. suspen tau.

Kemudian kita dibawa ke babak awal bagaimana sebenarnya semuanya bermula. Part ni baru ada Kim Dong Wook. Ada babak sedih la masa episod 2 kalau tak salah.



Masa Ji An larikan diri dari pembunuh kat hospital dan dia sembunyi kat bilik mayat. Serius la part ni saya dah tak mampu nak tahan air mata. Nak tau apa yang buat sedih tu kena tengok la.

Walaupun baru masuk episod 2 tapi saya yakin ni adalah drama aksi yang tak rugi di tonton.


Pelakon A Shop For Killers

Lee Dong Wook

Kim Hye Joon

Park Ji Bin


Catat Ulasan

0 Ulasan