REVIEW DAN SINOPSIS : BRAVE CITIZEN

REVIEW DAN SINOPSIS : BRAVE CITIZEN | Mula ditayangkan sejak 25 oktober 2023, fiem ini dibintangi oleh Shin Hae Sun dan Lee Jun Young. Brave Citizen diarahkan oleh Park Jin Pyo dan di tulis oleh Kim Jung Hyun, Hyun Chung Yeol dan Yeo Ji Na .

REVIEW DAN SINOPSIS : BRAVE CITIZEN


Filem ini diadaptasi dari webcomic berjudul Yongamhan Shimin yang ditulis oleh Kim Jung Hyun pada tahun 2014.

Brave Citizen - Review

Filem yang ditunggu-tunggu sejak awal Shin Hae Sun dikhabarkan akan membintangi filem ni. Ramai yang teruja sebab filem ni adaptasi dari webcomic dan ramai juga yang nak tengok filem ni sebab dikatakan Shin Hae Sun mempunyai karektor yang sama dengan So Shi Mi.  

Filem ni filem aksi dan ada komedi juga sikit-sikit. jadi memang banyak la lawan-lawan. Ada aksi buli yang memang mengganggu sangat. Masa tengok filem ni memang meluat betul dengan cara pembuli-pembuli ni. 

REVIEW DAN SINOPSIS : BRAVE CITIZEN


Awal-awal filem korang akan diasak dengan aksi-aksi buli pelajar dan buli guru yang memang tak boleh ampun. Saya rasa ini lah sebab kenapa dihujung filem ada satu kepuasan bila selesai tonton filem ni. Pembalasan yang selayaknya diberikan pada Han Soo Gang. 

BACAREVIEW DAN SINOPSIS : VIGILANTE

Mungkin terdetik di hati, logik ke guru pun sampai takut pada Han Soo Gang? Penonton kena tahu yang sekolah tu berada dibawah kekuasaan Keluarga Han Soo Gang. Bayangkan ibu tirinya juga takut pada dia. Apa lagi setakat peguam, pengetua dan guru-guru yang langsung tak boleh buat apa-apa. Jadi punca Han Soo Gang jadi macam tu adalah disebakan ramai yang takut padanya. Tapi bila munculnya So Shi Mi dalam topeng kucing tu terus ramai yang jadi berani nak menentang Han Soo Gang.

REVIEW DAN SINOPSIS : BRAVE CITIZEN


Saya selalu fikir, cara nak mengajar pembuli bukan dengan cara nasihat, atau kata-kata lembut. Filem ni boleh dikatakan menjadi suara hati saya yang sebenarnya. Pembuli perlu diajar merasai kesakitan mental dan fizikal. Biar dia tahu rasa semua sakit itu.

Pembuli adalah Pengecut. 

Brave Citizen - Sinopsis

Adaptasi dari webcomic berjudul Yongamhan Shimin, Brave Citizen mengisahkan So Shimi seorang atlet peninju dan taekwando sejak dia masih belajar lagi. Dia kemudian nya mendapat pekerjaan secara kontrak untuk permulaan di sebuah sekolah. 

Impian nya adalah untuk menjadi guru tetap di sekolah tersebut membuatkan dia terpaksa menjadi lebih mesra dan tunduk pada guru-guru lain. Namun keadaan tersebut amat sukar untuknya memandangkan dia seorang yang kasar , tidak mengalah, mempunyai prinsip dan keyakinan diri yang tinggi .


REVIEW DAN SINOPSIS : BRAVE CITIZEN


Satu hari dia mendapat tahu disekolah tersebut dia perlu berhati-hati dengan seorang pelajar iaitu Han Soo Gang. Pelajar tersebut dikatakan seorang bermasalah dan sangat ditakuti pelajar dan guru-guru di situ.

Shi Mi dinasihatkan oleh guru lain supaya menutup mata dan telinga akan setiap masalah yang dilakukan oleh Han Soo Gang memandangkan pernah terdapat seorang guru yang meninggal disebabkan Han Soo Gang. Shi Mi juga dinasihatkan untuk tidak mencampuri masalah yang melibatkan murid-murid disitu demi keselamatan nya.

REVIEW DAN SINOPSIS : BRAVE CITIZEN


Shi Mi berjanji untuk tidak akan masuk campur dalam urusan murid-muridnya. Namun sebaliknya hati Shi Mi tidak tenang dan sangat geram dengan Han Soo Gang yang membuli salah seorang pelajarnya hingga Shi Mi melaporkan kejadian tersebut pada pihak atasan.

Disebabkan tu Shi Mi hampir di pecat namun dia nekad untuk memberi pengajaran kepada Han Soo Gang.


Brave Citizen - Cast

Shin Hae-Sun - So Shi-Min

Lee Jun-Young - Han Soo-Gang

Park Hyuk-Kwon

Cha Chung-Hwa

Catat Ulasan

0 Ulasan