REVIEW DAN SINOPSIS : VIGILANTE

REVIEW DAN SINOPSIS : VIGILANTE | Kdrama Vigilante disiarkan untuk saluran Disney+hotstar sejak 8 November 2023 dan disiarkan 8 episod dengan 2 episod setiap hari rabu. Kdrama vigilante dilakonkan oleh Nam Joo Hyuk dan Lee Jon Hyuk. Drama ini diarahkan oleh Choi Jeong Yeol .

VIGILANTE


Vigilante diadaptasi dari webcomic bertajuk Vigilante yang ditulis oleh Kim Kyu Sam pada tahun 2028. Menurut Nam Jon Hyuk, ini adalah drama aksi pertama yang dilakonkan nya. 

Review Vigilante

Saya dah tonton 2 episod awal Vigilante di siaran Disney+ Hotstar. Drama ni setiap minggu cuma 2 episod je. Episod baru setiap hari rabu. Untuk 2 episod awal ni memang drama ni agak menarik. Mungkin sebab episod ada 8 saja jadi drama ni agak pantas bergerak. Sebab tu tak rasa bosan.

VIGILANTE


Akhirnya dapat tengok Nam Joo Hyuk dalam drama aksi. Saya pun tak jangka drama ni sebaik ini. Nam Hyuk juga melakonkan wataknya dengan sangat baik. Siapa sangka wajah yang nampak tulus itu sebenarnya menyimpan 1000 dendam hingga dia bangkit bertindak sendiri untuk menegakkan keadilan untuk semua. 

Nam Jon Hyuk ni dia pandai buat muka sedih. Muka marah tengah meluat pun dia boleh buat. Jadi watak Kim Ji Young ni memang sesuai la untuk dia.

Paling saya suka babak aksi dalam drama ni. polis kan..  Tak kan nak buat aksi libas-libas tangan saja. Mesti lah kena buat macam MMA tu. Terbaik lah. saya sangat suka drama atau filem aksi macam ni. 

VIGILANTE


Ada beberapa watak lain yang sangat memberi kesan pada drama ni untuk menjadikan ianya drama yang best dan berbaloi di tonton. Contohnya macam Choi Mi Ryeo. Wartawan yang sangat komited mengejar berita dan memastikan vigilante bertindak seperti yang dia mahu. Nampak watak ni macam pengacau saja tetapi dia lah sebenarnya yang membuatkan vigilante bertindak pada awal-awal tu. 

BACA: Moon In A Day

Muncul pulak watak Jo Heon. Polis yang sangat tegas, baran dan tak ada kata dua. Dan yang best dia nampak gagah. Selalunya watak gini untuk samseng saja. Tapi ni watak ketua polis tau. Dia boleh lipat syiling jadi dua. Hebat tak hebat la ,kan??

Apa pun, ini drama wajib tonton untuk tahun 2023. 

VIGILANTE


Sinopsis Vigilante

Vigilante mengisahkan Kim Ji Young yang menghukum penjenayah yang menerima hukuman tidak setimpal dan mengulangi jenayah yang sama. Sewaktu kecil Kim Ji Young melihat seorang samseng membunuh ibunya. Tambah malang lagi penjenayah tersebut hanya diberikan hukuman 3 tahun penjara. Selepas tamat hukuman penjara samseng tersebut masih mengulagi jenayahnya.


VIGILANTE


Beberapa tahun kemudian Kim Ji Young kemudian nya memburu samseng tersebut dan membunuhnya. Sejak itu Kim Ji Young memburu setiap penjenayah yang tidak mendapat hukuman setimpal dan memastikan mereka mendapat hukuman darinya.

Kemunculan Vigilante menggemparkan seluruh negara dan pihak polis mula memburu Vigilante. Walaupun vigilante hebat dimata masyarakat namun bagi pihak polis vigilante tetap seorang penjenayah yang perlu diberkas.

VIGILANTE


Vigilante bertindak dengan lebih berani selepas mendapat bantuan dan sokongan dari Jo Gang Ok, seorang jutawan yang sangat mengagumi dan meminati vigilante.

Bukan sahaja pihak polis, malah wartawan juga mengambil peluang yang ada untuk  menaik kan rating siaran mereka. Wartawan Choi Mi Ryeo yang sentiasa bersemangat , memburu berita vigilante dengan rakus. 

VIGILANTE


Pelakon Vigilante

Nam Joo Hyuk

Yoo Ji Tae

Lee Joon Hyuk

Kim So Jin

Kwon Hae Hyo

Lee Seo Hwan

Kim Hak Sun

Catat Ulasan

0 Ulasan