PENGALAMAN GUNA UNIFI FIBER - UNIFI FIBER OK KE TAK?

PENGALAMAN GUNA UNIFI FIBER - UNIFI FIBER OK KE TAK? | Saya dapat pertanyaan dari rakan sosial media yang minta saya kongsikan pengalaman guna Unifi Fiber.  Dia nak tahu ok atau tak ok Unifi Fiber nih.. Sebenarnya saya ni pun tak tahu kongsikan panjang berjela. Cuma tahu on Wifi, terus guna je.


pengalaman guna unifi fiber


Saya dah gunakan Unifi ni selama 4 tahun dah. Tahun 2019 bulan 8 saya tukar ke Unifi fiber. Untuk melanggan Unifi Fiber ni saya tak de kena telefon sesiapa atau pergi ke mana-mana cawangan TM. Semua urusan hanya melalui online.

 

Korang boleh pilih mana2 agent yang korang kena di sosial media ke, melalui kawan-kawan ke. Agent tu duduk mana pun tak pe.Lain negeri , lain daerah pun boleh. Agent ni nanti akan uruskan proses pendaftaran. Bila semua dah comfirm baru lah pihak TM akan hubungi kita melalui email atau whatsapp untuk tentukan tarikh pemasangan.


Pakej yang saya ambil masa tu ialah Unifi 100Mbps - Super Value YEP 2019. Bayaran awal RM100. Bayaran selebihnya akan masuk ke dalam bil akan datang. Selepas technician datang buat pemasangan baru lah kita akan bayar RM100 tu melalui online. Bukan melalui Technician tu tau.Proses pemasangan tak sampai 2 jam.

pengalaman guna unifi fiber
Benda ni saya gantung tinggi di dinding sebab tu gantung terbalik gini. 


Senang sangat urusan nak pasang Unifi ni. Tapi sebelum pasang korang chat dulu dengan agent unifi tu untuk check sama ada dekat rumah korang tu ada ke port nak cocok unifi ni. Port tu ada kat tiang letrik. Satu lagi kena check line unifi dekat rumah korang tu ok ke tidak.

 

Boleh la tanya jiran-jiran kat lorong yang sama dengan rumah korang tu. Tanya dia ok tak bro line unifi kat sini.  Boleh je check kat wifi dalam telefon korang tu berapa ramai yang guna unifi kat situ. Kalau ramai memang line cantik la.


Technician akan datang sehari selepas proses pendaftaran dan TM dah hantar email. Sebelum technician datang korang siapkan lah tempat nak letak moderm nak unifi ni. Lagi baik kalau tempat yang tinggi dan jauh dari benda besi.


Seingat saya sepanjang 4 tahun guna unifi fiber ni, baru 2 kali ada problem dengan line internet. Tapi dua-dua kes tu bukan sebab line tak bagus ke apa.


Kes pertama , ada rumah yang baru pasang unifi fiber, lepas tu technician dia cabut port saya dan letak port baru. Dia tak pasang semula port saya yang dia cabut. Geram je  rasa. 24 jam jugak la rumah saya tak de internet dan tak boleh tengok unifi tv.

pengalaman guna unifi fiber
Dari WIFI4 sebelum ni terus tukar WIFI 6 . mantap. laju giler..


Kes kedua, berlaku kilat dan kilat tu menyambar satu pokok kat tepi rumah. Pokok tu tumbang dan kena elektrik. Satu lorong rumah kami ni semua unifi terpadam.  Tapi dapat moderm baru yang lebih pantas. Cuma kena bayar la rm55. Yang tu rasa tak patut jugak sebab bukan salah pengguna pun. Tapi moderm baru WIFI 6. Lagi mantap la.


Pakej yang saya langgan tu 100Mbps saja. Tapi sejak Oktober 2023 dah dinaik taraf pakej tu kepada 300Mbps. Bayaran masih sama. Sebulan RM168.55. Bil ni termasuk  Unifi Tv dan juga GST.


pengalaman guna unifi fiber
Speed upgrade dari 100mbps ke 300mbps.



Mungkin bagi sesetengah orang rasa mahal. Tapi untuk keluarga kami ni dah cukup murah sebab kami  semua guna internet rumah saja. Kalau keluar rumah ada juga tumpang hotspot suami saya. kalau keluar sampai 2-3 hari baru lah masing-masing topup credit handphone. Tapi selalunya kalau keluar kejap-kejap kami tak guna internet pun. Tak perlu dan anak-anak pun tak guna internet bila keluar sekejap2 tu. Tunggu balik rumah baru guna internet.


pengalaman guna unifi fiber
lebih 20 Siaran unifi tv


Kami juga tak langgan Astro sebab dah ada Unifi Tv. Sebelum ni kami langgan Astro. Bil Astro sebulan RM98. Kemudian waktu tu kami juga langgan stremix sebulan RM60. Disebabkan Stremix terlalu slow,   saya kena topup smartphone RM30 untuk guna data mobile. Tu pun masih slow untuk saya . Kalau saya online guna komputer , semua orang tak boleh guna Wifi kena guna data mobile la diaorang tu.  Jadi dah terlebih-lebih bajet untuk internet tu disebabkan wifi yang slow.


BACAREVIEW AIR FRYER HIRAKI 7 LITER


Jadi dah habis fikir cara terbaiknya ialah terminate astro dan langgan Unifi Fiber. Boleh tengok TV, Guna internet pun laju, boleh guna 10 device dalam 1 masa , Semua orang boleh guna wifi yang sama dan bil setiap bulan adalah RM168.55 . Walaupun dari segi bil jimat sikit je tapi kami dapat internet yang laju berbanding sebelum ni.


Kami sekeluarga  juga boleh guna semua aplikasi streaming untuk tonton filem dan drama ni tv. Masa pakai streamix dulu nak tengok Netflix pun tak boleh. Tapi sekarang dah boleh tonton Netflix, Iqiyi, Viu, Disnest+ termasuk youtube melalui tv android tanpa sebarang masalah.

 

pengalaman guna unifi fiber
Lebih banyak aplikasi streaming bboleh di tonton


Bil setiap bulan korang boleh check melalui aplikasi Myunifi. kat situ korang boleh check bil setiap bulan, ada mata ganjaran, boleh chat dengan operator, boleh ubah pakej yang korang nak dan promo-promo. Aplikasi ni korang kena download di playstore. Dekat aplikasi ni juga korang boleh add disney+ dengan percuma.  Dan jugak langgan VIU RM5 saja.


Untuk keluarga saya , benda-benda gini tak rugi sebab kami memang tonton filem ,drama, youtube di android tv.Tak tonton melalui smartphone.



pengalaman guna unifi fiber
Aplikasi untuk check bil dan promo unifi 



Sebenarnya guna telco apa pun ok saja asalkan korang kena check liputan internet di kawasan korang. Tak payah ikut2 orang sebab setiap kawasan berbeza tahap coverage dia. Ada kawasan yang ok kalau guna maxis, ada yang ok kalau guna celcom. Macam kawasan rumah saya di Simpang Ampat , Penang ni semua liputan ok termasuk Unifi Fiber. Saya cuma pilih yang murah dan berbaloi sahaja.


Untuk lebih mudah korang buat pilihan, korang boleh tengok di website https://www.unifi.com.my/ . Lebih banyak maklumat lengkap, cara langgan sampailah ke proses pemasangan. 


Catat Ulasan

0 Ulasan