REVIEW AIR FRYER HIRAKI 7 LITER - SHOPEE 8.8

REVIEW AIR FRYER HIRAKI 7 LITER - SHOPEE 8.8 | Dah lama berniat nak beli air fryer sebab anak dara dirumah ni takut sangat nak masak guna dapur. Lagi pulak si anak dara ni ada panic attack. Tengok api besar pun takut. Kalau minyak meletup-letup pun dia takut. Jadi kami sepakat untuk belikan air fryer.



Sebelum ni tak pernah terfikir untuk beli air fryer memandangkan ianya tak mendesak. Tapi anak dah besar dan tak boleh la nak biar dia berharap pada ibu saja. Macam mana pun dia kena juga buat sendiri sesetengah kerja dapur tu.

Sebelum memilih air fryer saya banyak buat survey di shopee, facebook dan youtube. Memang kalau diikutkan saya nak pilih jenama Philips. Tapi mahal sangat harganya. Kalau kerap guna air fryer mungkin jenama Philips paling sesuai tapi disebabkan air fryer ni hanya untuk memasak makanan yang ringkas dan tak kerap digunakan saya pilih Hiraki.

Video Youtube yang membuat Hiraki adalah pilihan yang tepat.Saya perhatikan cara penggunaan nya, saiz, dan harga nya.

Untuk Saiz 7 liter harga sebenar ialah RM 249. Tapi saya beli ni masa Shopee 8.8 dan dapat harga lebih murah dari tu. Dah lebih sebulan menggunakan air fryer ni dan saya sangat berpuas hati. Saiznya lebih besar tu yang best. Berbaloi dengan harga.



Kelebihan Air Fryer Hiraki 7 Liter.

Model Code: AF20-680

Saiz yang besar - Sudah tentu saiz nya yang besar memberi kelebihan. Boleh masuk 2 ekor ayam saiz kecil. Kalau ayam besar, boleh masuk yang berat 2 kg. Sangat sesuai untuk masak ayam golek.

Tak perlu terbalik kan makanan - Ada banyak air fryer yang kita kena terbalik kan ayam atau ikan yang dibakar. Tapi yang ni memang tak payah terbalik kan makanan . Dia masak dengan sekata dibahagian atas dan bawah. Mungkin sebab saiz nya yang besar, jadi ruang didalam tu buat angin nya lebih sekata.

Single pot - Saya juga suka dengan konsep single pot untuk model baru air fryer Hiraki ni. Tak payah nak asingkan pot bila nak basuh selepas guna. 

Touch screen - Air fryer ni  guna touch screen. sangat mudah nak guna walaupun digital. Orang tua pun mudah faham. Kalau nak bakar ikan tekan je gambar ikan dan tekan button on. Kalau dah siap masak , dah bunyi ting! , terus je buka air fryer tu. tak payah tekan apa2 button.



Kalau tak mau guna menu yang dah diprogram kan tu boleh adjust suhu ikut yang kita suka.Tambah dan tolak di bahagian kanan untuk adjust suhu dan disebelah kiri untuk adjust masa. Senang sangat2.

nonstick crisper plate - di bahagian dalam pot ada diberikan plate untuk alas makanan ketika masak. nonstick plate ni sangat mudah dicuci. Tapi hati2 jangan calarkan nonstick ni. Jangan guna alatan besi  untuk membasuh dan mengalihkan makanan. Makanan memang tak melekat. bila diangkat bahagian bawah makanan tu pun garing dan masak sekata.

Ada yang suka gunakan kertas alas ketika memasak. Tapi untuk air fryer Hiraki ni tak perlu guna kertas tu. tapi kalau nak guna juga kertas alas tu kena hati2 sebab angin dalam air fryer ni kuat. kertas tu boleh bergerak dan  melekat dibahagian besi panas dalam air fryer dan terbakar. 

Kalau makanan tu berat boleh la guna. Tapi sebaiknya tak payah dan tak perlu pun.

Power 1800 w - Ini satu lagi perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membeli air fryer. Jumlah watt yang rendah biasanya akan membuatkan proses memasak menjadi lambat. Air Fryer Hiraki ni power dia 1800 watt. Memasak pun cepat, sekata dan Kebanyakan air fryer yag murah hanya mempunya 1500 watt ke bawah. Sebab tu proses memasaknya lama dan kadang tak sekata.

Mungkin korang rasa kalau watt tinggi nanti bill letrik tinggi. Tapi kalau watt rendah pun korang akan guna air fryer  untuk masa yang lama sebab kena tambah masa, tinggi juga bil tu , kan? Terpulang ada korang la sebenarnya. suka memasak lama atau cepat. Tapi sebulan lebih saya guna air fryer ni bil letrik tak berubah pun. sama je macam sebelum guna air fryer.

Mengawal suhu Air Fryer untuk masak lebih sempurna 

Untuk suhunya pula , bagi yang dah biasa menggunakan oven mungkin tak de masalah bagi mereka untuk mengagak suhu ketika memasak. Pilih suhu berdasarkan jenis makanan. Kalau makanan frozen, suhu dibawah 180 dengan 20 minit adalah yang terbaik. 

Didalam kotak turut disediakan panduan menggunakan suhu. Tapi kena hati-hati dan buat anggaran berdasarkan saiz makanan. Kalau makanan tu besar dan tebal , rendahkan suhu dan lebihkan masa.  

Kekurangan Air Fryer Hiraki 7 liter

Kalau ada kelebihan dah tentu ada kekurangan. Sebulan lebih menggunakan air Fryer Digital Hiraki ni saya cuma tak puas hati tentang satu perkara saja. Pada bahagian plate air fryer ni ada getah diletak kan disetiap sisi plate. Getah-getah ni kecil saja.

Setiap kali plate ni dicuci getah ini akan tercabut. Kalau tak perasan boleh hilang getah ni. Jadi kena hati-hati sikit ketika mencuci nonstick plate ini. Saiz nya yang kecil , dan warna nya yang sama dengan plate buat kita tak sedar getah ni dah tercabut.Kalau getah ni hilang , plate akan longgar bila dimasuk kan dalam pot.

Saya punya dah hilang satu.. Huwaaaaa.. Tak tahu nak cari kat mana. Mungkin dah masuk tong sampah bersama sisa makanan.



Plate ni juga sangat susah nak dicuci. Kena teliti sebab lubang2 tu tempat terperangkapnya minyak sisa lebihan makanan. Kalau warna putih mungkin senang sikit nampak kotoran yang masih melekat.

Juga pada pot nya. Walaupun menggunakan pengosok pinggan yang lembut tapi bahagian dalam nya tetap tinggalkan kesan pada permukaan dalam pot. 


Cuba tengok betul-betul dibahagian dalam nya tu. Tapi tak pe la. sebab kita tak masak terus dalam pot ni. Kita guna plate yang dia bagi..kan?? Cuma nampak tak sedap mata memandang je la..

Makanan yang sesuai untuk Air Fryer

Dibawah ni antara masakan yang saya dah cuba dengan menggunakan Air Fryer Hiraki  Digital. Selain Nuget, fries dan  sosej . 

- Karipap Frozen / Kuih Frozen - Suhu 180 ( 15 minit)

- Roti Pizza - suhu 160 (20 minit)

- Ayam Bakar - Suhu 200 (20 minit )

- Nutella  Puff - Suhu 180 ( 20 minit )

- Daging salai (saiz sederhana tebal) - suhu 150 (30 minit )

- Ikan Bakar - Suhu 180 ( 20 minit )

Itu saja review saya untuk Hiraki Air Fryer digital 7 Liter. 

Post a Comment

0 Comments