REVIEW DAN SINOPSIS : SQUID GAME

REVIEW DAN SINOPSIS : SQUID GAME | Pengarah Hwang Dong-hyuk yang sebelum ini pernah menghasilkan filem popular Miss Granny kini tampil dengan karya yang lebih segar dan ekstrim. Squid Game yang mula disiarkan di Netflix mendapat perhatian ramai peminat dan penonton siaran berbayar tersebut.




Dengan 9 episod yang sangat menarik dan mendebarkan, Squid Game ternyata berjaya menjadi bualan hangat netizen seluruh dunia termasuk Malaysia yang sememangnya mempunyai ramai peminat Kdrama.

Squid Game dibintangi ramai pelakon hebat dan popular :

Lee Jung-Jae - Gi Hun

Park Hae-Soo - Sang-Woo

Heo Sung-Tae - Deok-Soo

Wi Ha-Joon - Joon-Ho

Kim Joo-Ryung - Mi-Ryeong

Jung Ho-Yeon - Sae-Byeok

Oh Young Soo - Oh Ill Nam

Tripathi Anupham - Ali Abdul

Kim Young Ok - Ibu Gi Hun

Lee Byung Hun - Front Man

Gong Yo - Suit man

Lee Yoo Mi - Ji Yeong

Lee Jung Jun - Staf guard (ep 3)



Drama  ini tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak kerana mengandungi babak yang ganas. Di episod 4 juga ada sedikit babak 18sx yang tidak sesuai untuk tontonan umum. Saya sendiri pun tak rasa babak ni perlu dimasuk kan dalam drama ini. Disaat hidup dan mati jadi pertaruhan , macam mana dua orang manusia boleh berfikir untuk melakukan perkara tersebut didalam tandas. 

Di episod 7 juga , sewaktu VVIP menonton permainan diatas jambatan kaca, terdapat babak-babak yang tak sesuai untuk bawah umur. Sebab itu saya tegaskan drama ini tak sesuai untuk bawah umur disamping babak-babak ngeri kematian pemain.

Saya lebih suka waktu permainan bermula. Masa tu debaran bermula dan tak tahu siapa yang bakal disingkirkan. 

Agak kecewa bila detective mati dibunuh. saya sangka kan happy ending untuk nya. Tapi rupanya tidak.Sepanjang menonton drama ini , tak habis-habis meneka siapakah mastermind disebalik semua ini. Rupanya dilkalangan netizen dah ramai yang berikan spoiler. Mujurlah saya menonton sebelum terjumpa tweet2 tentang siapakah mastermind sebenar.

Apa pun pujian tetap saya berikan untuk drama ini. Walaupun ada drama dan filem dengan jalur cerita yang sekan-akan sama dengan Squid Game tapi bagi peminat-peminat genre ini , Squid Game lebih memberi kepuasan diakhir cerita. Saya menunggu untuk musim kedua Squid Game.

Tapi sampai sekarang saya tertanya-tanya kenapa memilih untuk mewarnakan rambut dengan warna pink????



Sinopsis

Seong Gi Hun seorang lelaki yang suka berjudi dan mempunyai hutang yang banyak.  Ketika dia ingin menaiki train bawah tanah dia bertemu seorang lelaki yang menawarkan nya 100,000 won untuk bermain permainan Dakji.

Gi Hun berusaha untuk menang dan mendapatkan sejumlah wang. Lelaki yang berpakaian kemas itu turut menawarkan permainan yang lebih menarik dengan hadiah wang yang lumayan jika Gi Hun setuju untuk menyertai nya.

Gi Hun akhirnya bersetuju dan seperti dijanjikan dia dibawa ke satu tempat yang dia sendiri tidak ketahui. selepas bersetuju dengan semua syarat , Gi Hun dan beratus pemain lain memula kan permainan pertama. 



Tidak disangka , siapa yang kalah akan ditembak hingga mati. Gi Hun dan sebahagian pemain lain bersetuju untuk menarik diri dari permainan gila tersebut. Dia kembali semula pada kehidupan lamanya yang penuh dengan masalah kewangan ditambah pula dengan masalah kesihatan ibunya.

Kerana terdesak Gi Hun memutuskan untuk kembali semula menyertai Squid Game untuk memenangi hadiah wang. Malah pemain2 yang sebelum ini menarik diri turut sama menyertai semula permainan termasuk la rakan sejak kecil Gi Hun yang  juga mengalami masalah kewangan.

Selamat menonton

Catat Ulasan

0 Ulasan