REVIEW DAN SINOPSIS : MOON IN A DAY

REVIEW DAN SINOPSIS : MOON IN A DAY | Mula disiarkan sejak 25 Oktober 2023 di saluran VIU dengan 14 episod. Kdrama ini dilakonkan oleh Kim Young Dae dan Pyo Ye Jin dan di tulis oleh He Yum. Moon In A Day adalah drama adaptasi dari webtoon popular dengan tajuk yang sama. 

MOON IN A DAY


Review Moon In A Day

Pyo Ye Jin ni selalunya dapat watak sampingan je . Selalu tengok muka dia kat banyak drama.  Paling diingati ialah watak Go Eun dalam Taxi Driver. Akhirnya dapat juga Ye Jin jadi watak utama dalam salah satu drama paling dinantikan untuk tahun 2023, walaupun cukup lama penantian peminat-peminat dia.


Untuk lakonan Ye jin saya lihat dia memang layak untuk dapat watak ini. Sesuai dengan persoalitinya yang ringkas dan bersahaja. Watak yang tak memerlukan dia untuk jadi cantik. Ye.. jujur saya kata dia memang bukan antara pelakon yang cantik menarik. Tapi tak semua kdrama memerlukan pelakon cantik untuk menjadi watak utama .

MOON IN A DAY



Watak Han Ri Ta ni sangat menyedihkan. Paling dapat rasa dia punya marah + sedih tu waktu dia pandang tepat pada Do Ha yang bunuh keluarga dia. Dalam ramai-ramai orang tu dia berdiri tegak, matanya tajam penuh dendam tapi ada kesedihan bila tengok ibu dia di gantung.  


Untuk episod pertama tak nampak keserasian dengan pelakon utama lelaki. Tapi saya percaya ikut pengalaman saya menonton drama, keserasian tu kita akan nampak bila dah masuk episod ke 8 dan seterusnya. Heeheh.. Sabar jap...

MOON IN A DAY


Saya bukan peminat Kang Young Dae tapi untuk drama ni saya suka dengan watak dia. Wajah dia pun nampak lebih matang dari drama2 sebelum ni. Mungkin watak yang dia bawak tu pun beri pengaruh besar dengan wajah dia. saya memang kurang suka dengan pelakon lelaki yang ada wajah budak sekolah tapi belakon watak DEWASA. Tak minattttt.. Tapi untuk drama ni wajah dia ngam dengan watak dia. Nampak matang ..kan??


Jalan cerita drama ni sangat menarik. tak la slow sangat dan meleret-leret. Waktu review di tulis dah masuk episod 3. Walaupun genre fantasi tapi masih ada logik la bila wujudnya sisatan polis dan sebagainya. Kadang ada drama genre fantasi tapi bunuh orang macam tampar nyamuk je. Tak de terlibat kes polis ke apa. Tertanya jugak la, "tak de ke siapa-siapa nampak mayat bergelimpangan tu?' hhahah


Cerita ni tak de komedi  tau , Bukan drama komedi la  setakat episod 3 ni. Ianya kisah cinta menyayat hati dan dendam yang menyedihkan. Gitu lah lebih kurang.Jadi korang kena tonton.. 


MOON IN A DAY


 

Synopsis Moon In A Day

Moon In A Day Mengisahkan 1500 tahun dahulu,Do Ha seorang Pahlawan perang dan bangsawan elit Dinasti Silla. Selepas membunuh ketua perang pihak musuh dia juga membunuh seluruh ahli keluarga general tersebut. Namun anak gadis kepada general,  Han Ri Ta berjaya melarikan diri tapi dendam dalam hatinya melihat keluarganya di bunuh oleh Do Ha membuatkan dia nekad untuk membunuh Do Ha.

MOON IN A DAY



Hubungan Han Ri Ta dan Do Ha berlanjutan sehinggalah Do Ha mati dan menjelma semula menjadi roh yang memburu pembunuhnya.


1500 tahun kemudian Han Joon O, terlibat dalam satu kemalangan kereta. Dia diselamatkan oleh seorang ahli bomba , Kang Young Hwa. Joon O meninggal disebabkan lemas . Do ha yang selama ini menjadi roh telah masuk ke dalam tubuh Joon O dan mula mendekati Young Hwa.

MOON IN A DAY




Young Hwa sebenarnya adalah kelahiran semula Han Ri Ta . Joon O tidak mahu melepaskan peluang ini untuk membalas dendam terhadap Young Hwa yang telah membunuhnya.

Tapi dia dapat rasakan ada satu kuasa yang melindungi Young Hwa menyebabkan dia tidak dapat bertindak. Roh Do Ha yang ada di dalam tubuh Joon O mula membiasakan diri menjalani kehidupan Joon O yang juga seorang pelakon dan penyanyi popular ,agar dia dapat terus mendekati young Hwa. 

MOON IN A DAY


Moon In A day Cast

Kim Young Dae

Pyo Ye Jin

On Joo Wan

Kim Dong Young

Jung Sin Hye

Jung Woong In

Lee Joon Hyuk

Catat Ulasan

0 Ulasan