REVIEW DAN SINOPSIS : THE MATCHMAKERS

REVIEW DAN SINOPSIS : THE MATCHMAKERS | Mula disiarkan sejak 30 Oktober 2023, Kdrama The Matchmakers lakonan Rowoon dan Cho Yi Hyun boleh di tonton di saluran VIU premium. The Matchmakers diarahkan oleh Hwang Seung Ki dan ditulis oleh Ha Soo Jin yang pernah menulis drama popular Sell Your Haunted House.

The matchmakers

The Matchmakers Review

Satu lagi kdrama lakonan Rowoon untuk tahun 2023 selepas Destined With You. Ada satu temubual ,ketika ditanya kenapa Ro Woon menerima tawaran drama ni, dia jawab, "Sebab saya nak cuba watak komedi. Sebab watak komedi nampak susah. dan dia nak cuba"

Saya akui watak komedi dia belum cukup menjadi. Dia ok je dalam drama ni. Tapi untuk saya kalau ada pelakon komedi yang boleh digandingkan dengan RoWoon mungkin sedikit sebanyak membantu Rowoon bawa watak komedi dengan baik. Tapi sayang nya tak de. Skrip pun tak kelakar dan dilakonkan oleh pelakon bukan komedi. kau nak harap benda tu jadi lawak ke? Memang tak la...

The matchmakers


Saya suka dengan watak yang dibawakan Cho Yi Hyun dalam drama ni . Seorang pencari jodoh,  balu dan menantu seorang menteri. Dia ni sebenarnya bukan lah berusia pun. Tapi disebabkan watak ni dia kena nampak sedikit berusia. Memang dari pakaian nya, gaya percakapan nya sesuai dengan watak dia. 

BACAREVIEW DAN SINOPSIS : DAILY DOSE OF SUNSHINE

Plot cerita ni tak de la luar biasa pun. Sama je macam drama romcom yang lain. Agak bosan sedikit lagi-lagi babak yang ada Oh Ye Ju yang bawa watak Jo Ye Jin. 

Slow sangat plot dia. Lepas satu babak mengantuk, babak yang seterusnya pulak meleret-leret tak menarik. walaupun dah masuk episod 3 tapi masih perlahan jalan ceritanya.  

The Matchmakers Synopsis

The Matchmakers mengisahkan  Sim Jung Woo seorang lelaki yang kaya, kacak dan bijak. Dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaaan negeri. Dia sangat bercita-cita ingin menjadi pegawai kerajaan.  ketampanan dan kebijakan nya membuatkan Tuan Puteri jtauh cinta padanya. Keluarganya dan Raja bersetuju untuk menjodohkan Sim JUng Woo dengan tuan puteri.

The matchmakers


Walaupun dia kecewa dengan tindakan keluarganya yang mementingkan kedudukan  dia terpaksa juga mengikut kehendak mereka. Malangnya semasa majlis upacara perkahwinan , tuan puteri jatuh skit dan meninggal. 

Mengikut peraturan dan adat Joseon, menantu raja tidak boleh memegang jawaran kerajaan dan tidak boleh berkahwin semula. Walaupun dia tidak mempunyai apa-apa jawatan dia masih mengambil peduli tentang undang-undang Jaseon dan selalu membuat aduan jika ternampak sesuatu yang salah

Sikapnya itu tidak disenangi oleh Jung Song Deok, seorang pencari jodoh yang sangat terkenal di kota Hanyang. Jung Song Deok seorang balu dan menantu kepada keluarga seorang menteri.  Namun dia selalu keluar dan menukar idntitinya dan menjadi seorang pencari jodoh. Khidmatnya selalu digunakan oleh orang-orang kaya yang ingin mencari jodoh untuk anak mereka.

The matchmakers


The Matchmakers Cast

Ro Woon

Cho Yi Hyun

Jo Han Chul

Jin Hee Kyung

Park Ji Young

Lee Hae Young


Catat Ulasan

0 Ulasan