RASEPI PAJERI TERUNG PALING SIMPLE DAN SEDAP

RASEPI PAJERI TERUNG PALING SIMPLE DAN SEDAP | Setiap kali balik kampung anak-anak saudara saya sangat suka kalau saya masak pajeri terung ataupun pajeri nenas. Makan bertambah-tambah. Masak pulak ikan goreng dan ayam masak merah. laju je masing-masing makan.

Resepi pajeri terung


Tapi kalau dirumah sendiri saya memang tak masak pajeri terung atau nenas sebab anak-anak tak suka. kalau suami nak makan saya masak sikit je untuk dia. Dia pun bukan nya jenis makan banyak. Sekali makan dah cukup. Selalunya pajeri terung ni akan mudah didapati di rumah-rumah kenduri sebelah utara.Resepi pajeri terung utara

Walaupun pajeri terung ni dikategorikan sebagai lauk kenduri tapi cara memasaknya sangat mudah dan ringkas. Penggunaan kerisik dalam pajeri terung juga adalah wajib. Pajeri terung mempunyai rasa manis-manis berempah.Sangat sesuai dimakan dengan nasi minyak.Tapi kalau makan dengan nasi putih biasa pun dah  boleh membuka selera. 

Makanan lain yang sesuai dihidangkan dengan pajeri terung ialah acar nenas dan timun, ayam masak merah dan ikan kayu masak cuka.bagi yang nak mempelajari cara memasak Pajeri Terung, saya kongsikan resepinya disini.

BACA: RESEPI ACAR TIMUN DAN NENAS STYLE UTARA YANG SEDAP

Resepi Pajeri Terung yang simple.

Hidangan untuk 4 orang makan. Terung perlulah dibersihkan dan dibelah 2 tapi jangan putus. Potong tangkai terung tapi tinggalkan bahagian hijau pada pangkal terung. Gunakan periuk besar untuk memasak untuk memudahkan terung masak sempurna.Resepi Pajeri Terung yang simple.

pajeri terung


Bahan-bahan Masak pajeri Terung

4 biji terung panjang

5 biji bawang merah*

5 ulas bawang putih*

1 inci halia*

1/2 sudu besar udang kering*

(blend halus bahan bertanda *)

3 sudu besar rempah ikan + 250ml air.

2 sudu besar kerisik

1 batang kulit kayu manis siaz besar

5 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

1 kotak kecil santan +500 ml air 

1 senduk besar minyak untuk menumis

3 sudu besar gula.

Garam secukup rasa.

2 biji cili hijau besar belah 2.

Cara-cara masak Pajeri Terung

1. Panaskan minyak dalam periuk.

2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. 

3. Masuk kan bahan kisar. Tumis sampai bahan garing/

4. Masuk kan rempah ikan. Kacau sebati . Guna api perlahan. Masak rempah sampai pecah minyak.

5. Masuk kan kerisik dan gula. Kemudian masuk kan terung. Kacau sekejap supaya gula mencair.

6. Masuk kan santan. Kacau dan biarkan sampai mendidih.

7. Balik-balik kan terung agar bahagian dalam terung masak sempurna dan sebati dengan kuah. 

8. Masuk kan garam dan Cili bear. Biar pajeri diatas dapur dengan api sederhana. Bila terung sudah masak dan kuah sedikit pekat, tutup api dan sedia dihidangkan. 

resepi pajeri terung


Kuah pajeri terung tak perlu terlalu pekat. Gunakan air yang ditapis untuk mengelak kan pajeri mudah basi. Masak rempah dengan api perlahan sehingga rempah garing juga boleh membuatkan pajeri lebih tahan lama.

Pajeri terung juga boleh dimasak tanpa menggunakan udang kering. Boleh gantikan udang kering dengan ikan bilis.Apa sahaja jenis udang kering boleh digunakan untuk membuat pajeri terung.Resepi pajeri terung tanpa udang kering

Jika kuah terlalu pekat boleh masuk kan air sedikit demi sedikit mengikut citarasa sendiri. Pajeri terung juga boleh guna terung bulat. Jika terung besar boleh belah empat. Tapi kalau terung kecil , belah 2 pun dah cukup.

Jika lebih suka pajeri terung tanpa santan boleh lebihkan kerisik. Kerisik yang banyak akan menyedapkan lagi pajeri terung.

Resepi diatas juga boleh digunakan untuk masak Pajeri Nenas.

Catat Ulasan

0 Ulasan