MIRACULOUS BROTHER

MIRACULOUS BROTHER |Miraculous Brothers ialah siri televisyen Korea Selatan yang dibintangi oleh Jung Woo , Bae Hyun Sung dan Park Yoo Rim . Drama ini ditulis KIm Ji Woo dan diarahkan oleh Park Chan Hong yang pernah mengarahkan drama seperti Memori, Beautiful World dan Rebirth. Miraculous Brothers ditayangkan bermula 28 Jun 2023, dan disiarkan di VIU setiap rabu dan khamis jam 22:30 malam.

Miraculous Brothers


Drama ini juga adalah kerjasama ke 11 antara penulis Kim Ji Woo dan pengarah Park Chan Hong.

Review Kdrama Miraculous Brother

Bermula dari Gaus Electronic saya terus rasa suka menonton lakonan Bae Hyun Sung walaupun sebelum ni dia ada muncul dalam beberapa drama popular tapi mungkin sebab penampilan tak berapa menonjol jadi saya kurang memerhatikan sangat dia ni. Tapi selepas menonton Gaus Electronics saya rasa dia sangat berpotensi untuk diberikan watak yang lebih berat. 

Sekarang dapat tonton lakonan nya dalam Miraculous Brother yang digandingkan dengan pelakon hebat Jung Woo. Tak dinafikan lakonan cukup memberi kesan.

Miraculous Brothers

Drama ni genre fantasi dan penyiasatan. Dua genre yang paling diminati ramai termasuk saya sendiri lah. Awal-awal episod saya macam lambat sikit nak tangkap jalan cerita drama ni. Saya tak tahu sebenarnya apa yang berlaku pada Kang San ni. Kejap hilang kejap timbul, kejap pengsan. 

Kemudian dalam kepala dok fikir apa cerita dengan Kang San ni, disebaliknya pulak ada satu kes pembunuhan yang polis tengah siasat. Tu pun bikin pening. Episod pertama je dan berbelit-belit cara penyiasatan diaorang ni. Banyak sangat nama dia sebut.

Saya ni bukan boleh kalau awal-awal episod otak saya dah kena bekerja ni. Mula nak giveup. Mujur la sampai satu babak dia selamatkan sorang kanak-kanak, baru lah saya tahu apa sebenarnya jadi pada Kang San.

Sepanjang episod 1 dan 2 tu memang blur je saya rasa. Entah apa la cerita yang saya tengok ni. Hahah..

Tapi bila masuk episod 3 tu saya dah dapat dah gambaran sebenar jalan cerita drama ni.Rupanya si Kang San ni dia boleh dapat rasakan ada orang nak mati. Kiranya drama ni korang kena tonton dengan fokus tau. Jangan nak tonton sambil main phone. Memang lost terus jadinya.

Tapi drama ni best tau. Kisahnya sangat menarik sebab dia ada penyiasatan kes pembunuhan dan juga seorang lelaki ada kuasa luar biasa. Tapi sampai episod 3 yang saya tonton ni saya belum dapat lagi apa kaitan Kang San dengan pembunuhan tersebut.  

Saya kena sabar sikit lah nampaknya.

Synopsis Kdrama Miraculous Brother

Yook Dong Joo seorang  pemuda yang suka menulis. Namun selepas 7 tahun menamatkan pelajaran nya dia masih tercari-cari hala tuju dalam bidang penulisan. Impian nya untuk menerbitkan novel nya sendiri juga masih belum tercapai.

miraculous Brothers


Satu hari ketika sedang memandu tiba-tiba muncul seorang lelaki berlari di hadapan keretanya. Dong Joo tak sempat mengelak dan melanggar kangSan. Dong Joo segera membawa Kang San yang tidak sedarkan diri ke hospital.

Dong Joo membuka bag Kangsan untuk mencari identiti Kang San namun yang adahanya beberapa barangan lama dan sebuah naskah novel. Kangsan masih tidak sedarkan diri.

BACACELEBRITY - KDRAMA ON NETFLIX 2023

Dong Joo dalam keadaan terdesak terus bertemu seorang penerbit yang juga rakan lamanya. Dia mengakui naskah novel tersebut adalah miliknya. Novel tersebut menjadi best seller dan sekaligus mengubah kehidupan Dong Joo.

Kang San yang sekian lama tidak sedarkan diri, tiba-tiba bangun dan berkelakuan aneh. Dia mampu mengesan kematian dan mempunyai kuasa luar biasa. 

Hidup Dong Joo mula menjadi kucar apabila jalan cerita dalam buku yang diterbitkan nya sama persis dengan satu kes jenayah pembunuhan yang sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Miraculous Brother Cast

Jung Woo

Bae Hyun Sung

Park Yoo Rim

Oh Man Seok

Lee Ki Woo

Jo Bok Rae

Kang Mal Geum

Catat Ulasan

0 Ulasan