CELEBRITY - KDRAMA ON NETFLIX 2023

CELEBRITY - KDRAMA ON NETFLIX 2023 | Celebrity mula ditayangkan di Netflix pada 30 Jun lalu. Drama ini dilakonkan oleh Park Gyu Young dan Kang Min Hyuk. Celebrity memulakan pengambaran sejak disember 2021 arahan Kim Cheol Kyu yang pernah mengarahkan beberapa drama popular seperti Flower Of Evil, Chicago Typewriter dan Emergency Couple.

celebrity kdrama netflix


Selain Park Gyu Young, penampilan Lee Chung Ah juga membuatkan drama ini di tunggu peminat memandangkan kemunculan nya dalam drama 1 Dollar Lawyer sebagai watak sampingan sahaja.

Review Celebrity - kdrama on netflix 2023

Baru je habis menonton Kdrama Celebrity yang disiarkan di Netflix. Drama ni ada 12 episod dan setiap 1 episod berdurasi 40- 45 minit sahaja. Jadi tak ambil masa lama pun untuk habiskan 12 episod ni.

Drama ni tentang dendam, cemburu yang dilalui influencers korea yang masing-masing nak kejar glamour dan pengikut yang ramai. Saya tak tahu lah kalau perkara macam yang dalam drama ni memang betul-betul berlaku di korea. kalau betul, harap-harap budaya macam ni tak merebak di Malaysia dimana influencers disini lebih banyak buat hal sendiri dan tak de berpuak-puak dan tak ada niat nak menjatuhkan influencers lain.

celebrity kdrama netflix


Sangat sesuai watak Seo A Ri ni dipegang oleh Park Gyu Young sebab dia memang cantik dan sesuai dengan watak seorang influencers yang dicemburui ramai. 

Yang bestnya drama ni ialah ada banyak perkara yang kita boleh tonton. Biasalah kalau cerita tentang dengki-dengki ni memang seronok la tengok bila sikap sebenar si pendengki terbongar satu demi satu. macam kita pulak yang puas hati sebab tahu rahsia diaorang masing-masing. Hahaha.

Cuma satu yang saya tak faham kenapa perlu Seo A Ri buat live dengan menggunakan kawan baik dia. kan boleh dia je yang duduk di depan kamera tu sendiri. Lain la kalau Seo A Ri betul-betul dah mati. Kan? Tapi tak pe la. Best jugak bila kekasihnya datang tengok-tengok bukan Seo A Ri yng buat live. Ha!! Spoiler ni! Ambik..ambik. Hahaha

BACA: Bloodhounds

Sinopsis Celebrity - Kdrama On Netflix 2023

Celebrity mengisahkan Seo A Ri seorang gadis yang berasal dari keluarga yang kaya. Selepas ayahnya meninggal dunia mereka menjadi muflis dan kehidupan nya berubah, Dia mula menjual kosmetik dari rumah ke rumah.

celebrity kdrama netflix



Satu hari dia bertemu semula dengan rakan baiknya ketika bersekolah, Oh Min Hye. Awalnya Oh Min Hye menyangka A Ri masih lagi hidup dalam kemewahan. Dia mengajak A Ri menyertai parti yang dihadiri ramai influencers sosial media yang terkenal dan golongan kaya memandangkan Oh Min Hye sendiri adalah seorang influencers yang mempunyai jenama barangan nya sendiri.

Dalam parti tersebut dia bukan sahaja di pandang rendah malah dia sendiri berterus terang bahawa dia bukan lagi anak orang kaya seperti dahulu.


Sejak itu Seo A Ri nekad untuk menjadi kaya dan berjaya seperti Oh Min Hye malah impian nya lebih tinggi dari mereka. ketika dia mula mendapat perhatian pengguna sosial media muncul satu akaun bernama bbbfamous yang mendedahkan satu persatu rahsia gelap influencer -influncer yang pernah menghinanya.

celebrity kdrama netflix



kehidupan Seo A Ri Mula berubah apabila perniagaan online nya mendapat sambutan. Jatuh dan bangun nya dalam perniagaan dan kecaman yang diterima dihadapi dengan tenang namun Oh Min Hye dan kawan-kawan nya tidak berpuas hati dengan apa yang dikecapi Seo A Ri. Mereka sentiasa menunggu peluang untuk melihat kejatuhan Seo A Ri sehinggalah satu hari disebabkan gagal dalam perniagaan nya, mereka mendapat khabar Seo A Ri sudah mati.

Cast Celebrity - Kdrama On Netflix 2023

Park Gyu Young

Kang Min Hyuk

Lee Chung Ah

Jun Hyo Seung

Han Jae In

Park Ye Ni

Lee Dong Gun








Catat Ulasan

0 Ulasan