DELIGHTFULLY DECEITFUL

DELIGHTFULLY DECEITFUL | Siri televisyen Korea Delightfully Deceitful kdrama yang bersiaran sejak 29 Mei lalu dan berakhir pada 18 julai dengan 16 episod. Drama ini dilakonkan oleh Kim Dong Wook , Chun Woo Hee dan Yoon Park. Drama ini boleh ditonton di Viu dengan langganan premium.

DELIGHTFULLY DECEITFUL


Pada awalnya drama ini dibarisi pelakon Sung Duk Ho yang akan memegang watak Na Sa. Namun disebabkan kes rasuah yang berkaitan dengan perkhidmatan tentera, dia digugurkan dari senarai pelakon dan digantikan dengan Yoo Hee Je.

Review Delightfully Deceitful

Awalnya saya ingatkan drama ni genre komedi. Kalau dilihat pada posternya mesti ramai yang fikir ini filem komedi. Kalau korang google drama ni pun ianya disenaraikan dalam genre komedi. Tapi setakat ni saya belum rasa lagi mana-mana babak dalam drama ni yang lucu. 

DELIGHTFULLY DECEITFUL


Drama ni lebih kepada dendam, psikologi dan jenayah. Pembunuhan kejam, penipuan dan berbagai jenayah lain membuatkan drama ni terlalu sarat dengan kesedihan bagi saya. 

BACA: My Perfect Stranger

Untuk episod ke 5 dan 6 saya rasa lost sekejap. Tak tahu kenapa terlalu rumit sangat nak faham niat sebenar peguam Han Moo Young untuk terlibat dengan Lee Ro Um untuk memerangi kejahatan sedangkan mereka berdua mempunyai personaliti dan fahaman yang sangat-sangat berbeza. Lee Ro Um ingin mengaut keuntungan dan Moo Young ingin membantu orang lain.

DELIGHTFULLY DECEITFUL


Tapi saya layankan saje lah drama ni sebab nak isi masa lapang saja. Saya pun tak tahu saya yang lambat tangkap atau jalan ceritanya memang rumit. Lagi-lagi bila ada kes yang diaorang terlibat saya macam susah betul nak faham rancangan Ro Um, Berbelit-belit. Dah macam main dam haji. Makan sana , naik haji tikam sini.hahaha..

Apa pun korang kena tonton jugak la drama ni. Bagi saya penulis drama ni pemikiran nya sangat rumit. Hahah.

Sinopsis Delightfully Deceitful 

Han Moo Young seorang peguam yang mempunyai rasa empeti yang berlebihan pada orang lain. Dia masih dalam rawatan untuk mengatasi masalah tersebut. Di sebabkan rasa simpati yang terlalu tinggi itu juga dia memilih untuk menjadi peguam kepada Lee Ro Um, seorang banduan wanita yang dituduh membunuh kedua ibu bapanya sendiri.

DELIGHTFULLY DECEITFUL


Han Moo Young berjaya membebaskan Lee Ro Um dan awalnya dia merasa Lee Ro Um tidak bersalah. Lee Ro Um m seorang wanita yang suka memanipulasi orang lain. Sejak kecil dia mempunyai keupayaan mengingati semua perkara dengan mudah. Kelebihan tersebut digunakan untuk menipu ramai orang.

Lee Ro Um juga seorang yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan terhadap orang lain. Dia percaya bahawa apa yang paling penting adalah diri sendiri.Berbeza dengan Han Moo Yong yang sentiasa mengutamakan keadilan dan membantu orang lain.

DELIGHTFULLY DECEITFUL


Han Moo Young kemudian nya bekerjasama dengan Lee Ro Um untuk membalas dendam terhadap kejahatan. Namun perbezaan pendirian dan tujuan membuatkan mereka berdua sering berbeza pendapat dan rancangan awal sering berubah dengan sikap Lee Ro Um yang mementingkan diri sendiri.


Cast Delightfully Deceitful 

Kim Dong Wook

Chun Woo Hee

Soo Jin

Yoon Park

Lee Yeon

Hong Seung Bum

 

Catat Ulasan

0 Ulasan