MY PERFECT STRANGER - KDRAMA 2023

MY PERFECT STRANGER - KDRAMA 2023 | Baru masuk masuk minggu pertama drama ni ditayangkan aku dah teruja nak menulis tentang drama lakonan Kim Dong Wook dan Jin Ki Joo ni. Drama ni ditayangkan bermula 1 may yang lepas dan akan diikuti dengan 16 episod. Drama ini boleh ditonton di Viu.

MY PERFECT STRANGER


Sebagai peminat Kim Dong Wook, itu jadi sebab utama kenapa aku tonton drama ni pada awalnya. Lepas habis tonton episod 1 terus suka dengan jalan cerita yang misteri dan aku memang suka dengan drama dan filem tentang pengembaraan masa. 

Drama ni berlatar belakangkan era 80 an. Dapat la tengok trend-trend dulu zaman pakcik makcik kita tengah galak enjoy dengan kehidupan.Haha. Mula-mula watak utama di tahun 2000 dan kemudian membawa ke era 80 an yang lebih menarik dan penuh cerita.

BACAJOSEON ATTORNEY: A MORALITY

Jalan cerita drama ni sangat laju. Memang fokus sungguh pada episod pertama sebab episod pertama dan kedua ni pengenalan setiap watak dan situasi diterjemahkan dengan kemas dan menarik. Tak bosan menonton tambahan pula setiap watak dibawa dengan sangat baik oleh setiap pelakon.

MY PERFECT STRANGER


Sinopsis My Perfect Stranger - Kdrama 2023

Yoon Hae Joon seorang wartawan dan pembaca berita di stesyen penyiaran. Dia seorang yang tenang dan komited dengan kerjanya. Satu hari dia melalui satu terowong yang asing bagi dirinya. Ketika itu dia melihat sebuah kereta dan terkejut apabila mendapati kereta tersebut boleh membawanya merentas masa.

Dia memilih untuk menjelajah ke masa depan (2037)dan mendapati dirinya mati pada tahun tersebut. Dia cuba mencari sebab dan mendapati ianya mempunyai kaitan dengan seorang pembunuh yang sedang berada didalam penjara.

MY PERFECT STRANGER


Hae Joon kembali ke tahun 1987 di kampung Woojung dan menjalin hubungan baik dengan penduduk disitu. Dia menjadi guru dan dalam masa yang sama dia menyiasat tentang pembunuhan di woojung.

MY PERFECT STRANGER


Baek Yoon Young bekerja disebuah syarikat penerbitan dan menghadapi banyak tekanan dengan tugasnya. Namun demi menjaga ibunya dia terpaksa menghadapi tekanan tersebut sehinggalah satu hari berlaku satu kejadian yang mengubah nya. Kerana teramat sedih dia melalui terowong yang sama dengan Hae Joon dan berlaku kemalangan antara Hae Joon dan Yoon Young.

Tanpa Yoon Young sedari, akibat kemalangan tersebut dia telah merentas masa dan kembali ke tahun 1987.

MY PERFECT STRANGER


My Perfect Stranger Cast

Kim Dong Wook

Jin Ki Joo

Seo Ji Hye

Lee Won Jung

Choi Young Woo

Catat Ulasan

0 Ulasan