REVIEW DAN SINOPSIS : THE GOOD BAD MOTHER

REVIEW DAN SINOPSIS : THE GOOD BAD MOTHER | Ramai yang memperkatakan tentang drama terbaru lakonan Lee Do Hyun dan Ra Mi Ran walaupun drama ni baru memasuki minggu ke dua episod ke 3 dan 4. Ini menggambarkan ramai yang berharap agar drama ni mencetuskan fenomena seperti kdrama lain di netflix sebelum ni.

THE GOOD BAD MOTHER


Saya sendiri pun berharap macam tu jugak. Untuk permulaan episod drama ni agak berlainan dari drama lain. Mungkin itu yang membuatkan drama ni mendapat rating yang tinggi sejak ditayangkan. Maklum balas dari penonton juga cukup baik dan itu menggalak kan ramai lagi untuk menonton drama ni.

sebenarnya masih terlalu awal untuk mengatakan drama ini bagus atau tidak sebab banyak Kdrama yang masuk ke plot menarik pada pertengahan episod 7-8. Tapi untuk saya sendiri episod 1 dan dua cukup menarik dan menyentuh hati sehinggakan saya tertunggu-tunggu untuk menonton episod seterusnya.

Episod awal pengarah sengaja menggambarkan Choi Kang Ho sebagai anak yang tak mengenang budi dan tak menghormati ibunya. Kita tunggu sajalah di episod seterusnya sama ada itu personaliti Choi Kang Ho atau dia hanya bertindak sebegitu agar dapat mendekati lawan nya yang sebenar.

BACA:HUNGER - NETFLIX 2023 KISAH DISEBALIK DUNIA MASAKAN

Satu lagi perkara yang saya suka tentang drama ni ialah kehidupan masyarakat desa yang selalu melakukan aktiviti bersama-sama. Disamping tu beberapa watak didesa mempunyai kisah gelap keluarga mereka. Tak sabar nak tahu lebih lanjut lagi tentang diaorang ni.

Sinopsis The Good Bad Mother

Jin Young Soon yang sedang hamil dan suaminya mempunyai sebuah ladang babi. Namun disebabkan satu projek pembinaan ladang mereka dibakar dan suaminya dibunuh oleh Song Woo Byeok. Tanpa pengetahuan Jin Young Soon, peguam nya juga bersubahat dengan pembunuh suaminya.

the good bad mother


Selepas melahirkan anak, Jin Young soon membesarkan anaknya, Choi Kang Ho. Dia sangat menekankan pelajaran anaknya dengan disiplin yang sangat ketat hingga kan Choi Kang Ho sangat membenci ibunya.

Jin Young Soon bertindak sedemikian disebabkan dia mahu Choi Kang Ho menjadi pendakwaraya agar dapat membela kematian suaminya. Selepas Choi Kang Ho lulus peperiksaan dan menjadi pendakwa raya, Choi Kang Ho menjalin hubungan cinta dengan anak peguam yang pernah menjadi pendakwaraya kes ayahnya dahulu. Dia juga bekerjasama dengan Song Woo Byeok dan membuat perjanjian dengan Song Woo Byeok agar mengambilnya menjadi anak sah Song Woo Byeok.

the good bad mother


Choi Kang Ho membawa teman wanitanya pulang ke kampung . Ketika bertemu dia meminta persetujuan dan tandatangan ibunya untuk menukar status dirinya menjadi anak kepada Song Woo Byeok. 

Dalam perjalanan pulang , sebuah lori melanggar kereta Choi Kang Ho dan dia koma selama berbulan-bulan. Sebaik sahaja dia sedar dari koma , dia menjadi seperti kanak-kanak berusia 7 tahun dan dia hanya mengingati perkara-perkara ketika dia menjadi kanak-kanak.

the good bad mother


The Good Bad Mother Cast

Ra Mi Ran

Lee Do Hyun

Ahn Eun Jin

Yoo In Soo

Choi Moo Sung

Jung Woong In

Hong Bi Ra

Catat Ulasan

0 Ulasan