HUNGER - NETFLIX 2023 KISAH DISEBALIK DUNIA MASAKAN

HUNGER - NETFLIX 2023 KISAH DISEBALIK DUNIA MASAKAN | Filem baru dari Thailand ini ditayangkan di Netflix dan berada dalam top 10 filem paling ramai di tonton untuk minggu ini. Filem ini dilakonkan oleh Chutimon Chuengcharoensukying dan Nopachai Chaiyanam. 2 pelakon hebat ni dah cukup untuk membuatkan filem ni di tonton ramai terutamanya peminat-peminat filem Thailand. 

hunger


Filem ni boleh ditonton di 190 buah negara melalui Netflix. Treler filem ni memang gempak. Disebabkan treler filem ni lah, saya menonton filem ni. Lagipun barisan pelakon dalam filem ni boleh dikatakan pelakon2 yang berprofil tinggi la di Thailand tu.Hunger Thai movie 2023

Hunger sebenarnya lebih kepada pendedahan realiti sebenar dunia masakan. Persaingan  yang mendesak untuk mengekalkan kedudukan, tekanan yang dialami untuk mendapat perhatian dan juga  apa yang mereka korbankan untuk berada ditahap mereka. Semuanya ditonjolkan dalam filem ni.

BACA: THE 30 BEST NETFLIX MOVIE 2023

Sinospsis Hunger - Netflix 2023

Hunger mengisahkan tentang gadis bernama Aoy yang menjalankan perniagaan kuetiaw goreng milik keluarganya. Sebagai anak sulung dia bertanggungjawab menyara keluarga.

hunger



Suatu hari dia di datangi seorang lelaki yang mempelawanya menyertai Hunger. Hunger milik seorang Chef yang sangat terkenal di Thailand. Chef Paul sangat dihormati dan selalu muncul dimajlis-majlis orang kaya dan ternama.

Hari pertama bekerja dengan Chef Paul , Aoy mengalami kesukaran dan dia berjaya mengatasi nya. Semakin lama dia semakin mengenali Chef Paul sebagai seorang yang tegas dan Kejam. Bagi Chef Paul makanan nya hanya untuk orang kaya sahaja.

hunger



Semakin lama Chef paul makin mempercayai Aoy. Dia diberikan tugas sebagai ketua chef menyebabkan ada chef lain yang berasa tak puas hati. Ditambah dengan ketegasan Chef Paul apabila ada chef yang membuat kesilapan dan yang membuatkan keadaan menjadi tegang hingga chef Paul ditikam oleh pembantunya sendiri.

Walaupun dapat bekerja dikalangan orang kaya Aoy sebenarnya tak pernah merasa gembira.. Dia tak suka cara Chef Paul. Tapi dalam tak sedar dia juga menjadi seperti chef Paul demi untuk menjadikan hidangan nya sebagai yang terbaik . Hunger netflix

hunger



Hunger Thai Movie Cast

Chutimon Chuengcharoensukying

Nopachai Chaiyanam

Gunn Svasti Na Ayudhya

Catat Ulasan

0 Ulasan