JOSEON ATTORNEY: A MORALITY

JOSEON ATTORNEY: A MORALITY | Bulan ni agak banyak kdrama yang berkisarkan zaman joseon dan istana. Drama macam ni sebenarnya kurang saya gemari kerana selalunya jalan cerita agak klise. Kali ni saya nak review drama Joseon Attorney: A morality. Drama ni mula ditayangkan sejak 31 march lalu dan dah memasuki Episod ke 10.

JOSEON ATTORNEY: A MORALITY

Drama Korea 2023 terbaru ni dilakonkan oleh Woo Do Hwan , Bona dan Cha Hak Yeon dengan genre law and justice. Drama ni macam kurang sambutan dari penonton. Saya sendiri pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab bulan April terlalu banyak drama dengan bertemakan zaman Joseon seperti , The Secret Romantic Guest House dan Our Blomming Youth yang dah sampai ke penghujung episod pada waktu tu. 


Mungkin juga ramai yang punya perasaan sama macam saya yang menganggap drama bertemakan Joseon jalan ceritanya agak sama lagi-lagi bila melibatkan istana. Kisah menteri-menteri yang ingin berkuasa penuh mengatasi Raja. Sama macam drama Joseon yang lain. Cuma ada ada banyak babak-babak lucu dan menarik yang mampu membuatkan drama ni di tonton ramai pada episod seterusnya.

Joseon Attorney A Morality



Yang menarik tentang drama  Joseon Attorney: A morality ini ialah cara Kang Han Soo menyelesaikan setiap kes yang dia dapat. Ada yang menggunakan kepintaran nya tapi ada juga yang hanya kebetulan sahaja klu pada setiap kes muncul. Macam tak logik pun ada. Seperti Kang Han Soo adalah peguam terpilih untuk menyelesaikan kes dengan berjaya.Hahah. Tapi saya tetap enjoy menonton drama ni.

Where to watch this Kdrama? Drama ini boleh di tonton di Viu dan episod terakhir akan ditayangkan pada 20 Mei 2023.

Sinopsis Joseon Attorney: A Morality 

Drama ini mengisahkan Kang Han Soo yang merupakan seorang peguam muda yang banyak menyelesaikan kes-kes dengan dibantu sahabat yang dianggap seperti abangnya , Dong Chi.

Ketika kecil ibu dan ayah Kang Han Soo dianiaya dan mereka mati dibunuh. Disebabkan itulah dia menjadi peguam dan berniat mencari pembunuh sebenar kedua ibu bapanya.

Joseon Attorney A Morality



Selepas berjaya menjadi peguam dia menyelesaikan 1 kes penipuan dan kecekapan nya membuatkan banyak pihak tidak berpuas hati dengan nya. Tapi seorang puteri raja yang menyamar sebagai rakyat biasa agar dapat mendekati kesusahan rakya, mula memberi perhatian pada Kang Han Soo kerana dia percaya Kang Han Soo mampu membantu ramai rakyat nya yang sering di tindas dan menjadi mangsa jenayah.

Kang Han Soo tidak menyedari wanita yang sering bersamanya adalah seorang puteri raja.

 

Joseon Attorney: A Morality Cast

Woo Do Hwan

Bo Na

Cha Hak Yeon

Lee Kyu Sung

Shin Dong Mi

Cheon Ho Jin

Song Geon Hee
 

Catat Ulasan

0 Ulasan